
Baru-baru ini, skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) wanita Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara e-Sukan, pada semalam.
Dalam pada itu, kejayaan tersebut diraih selepas skuad kebangsaan menewaskan pasukan pilihan, Filipina, dalam aksi final yang berlangsung di Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand.
Pada masa yang sama, skuad negara yang dibarisi oleh Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi juga mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.
Dalam perlawanan penentuan pingat emas itu, Malaysia mencipta kejutan apabila menewaskan Filipina dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan.
Kemenangan bersejarah berkenaan turut menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam saingan MLBB wanita sejak acara tersebut diperkenalkan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Di samping itu, ia juga merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam acara MLBB sejak sukan itu dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA 2019 di Manila.
Kejayaan skuad wanita negara ini turut menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam e-Sukan sejak edisi Sukan SEA Manila 2019, ketika Dr Yew Weng Kean muncul juara dalam acara Hearthstone.
Sementara itu, bagi skuad MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina dalam aksi final yang berlangsung lebih awal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.