Penerjun remaja lelaki dari Singpura, Avvir Pac Lun Tham yang memecah dominasi emas kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 dalam acara terjun telah ‘membongkarkan’ kualiti di sebalik pingat yang dimenanginya, baru-baru ini.
Avvir telah menceriakan skuad Singapura pada hari pertama pertandingan di Aquatic Centre, Assumption University Suvarbhumi Campus setelah berjaya memenangi pingat emas dalam acara terjun 1 meter papan anjal lelaki dengan mengutip 370.35 poin.
Avvir mengenepikan saingan terdekatnya dari Thailand, Chawanwat Juntaphadawon yang mengutip 357.80 poin untuk meraih pingat perak. Sementara itu; wakil negara berusia 19 tahun, Yong Rui Jie berpuas hati di kedudukan gangsa dengan mengutip 354.55 poin.
Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan negara pesaing mengenepikan dominasi skuad terjun Malaysia sejak edisi 2019.
Ads
Uji Kualiti Pingat Emas Sukan SEA 2025
Menariknya, menerusi akaun Instagram-nya Avvir telah membandingkan kualiti dan rekaan pingat di peringkat Sukan SEA yang pernah dimenanginya sebelum ini; seperti di edisi Vietnam 2021 (yang dilangsungkan pada 2022) dan di edisi Kemboja 2023.
Menurut Avvir, pingat Sukan SEA Thailand mempunyai rekaan yang lebih minimalis dengan paten menarik serta perkataan Thailand 2025 di bahagian tengah pingat. Penerjun berusia 21 tahun itu juga lebih berat berbanding jangkaannya. Ia juga lebih berat daripada pingat-pingat pertandingan yang pernah diraihnya sebelum ini.
Selain itu, setiap pemenang podium di Sukan SEA Thailand 2025 akan menerima cenderahati maskot edisi ke-33 bernama ‘The Sans’ yang simbolik kepada warna bendera rasmi Thailand serta semangat kesepakatan antara negara-negara rantau Asia Tenggara.
Ads
Sebagai info, emas yang dimenangi oleh Avvir ini juga cukup bermakna buat Singapura kerana ia merupakan kemenangan pertama negara republik itu di peringat Sukan SEA dalam tempoh 60 tahun.
Selain pingat berkenaan, Avvir turut membawa menceriakan kem terjun Singapura dengan memenangi pingat perak dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ainsSiapa yang tidak kenal dengan Albert Einstein? Seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang dianggap sebagai ahli sains teragung pada abad ke-20.
Einstein juga dikatakan manusia paling genius pernah dilahirkan di atas muka bumi ini dan banyak teori beliau mencetuskan fenomena sejarah dalam dunia sains yang diguna sehingga ke hari ini.
Namun, tahukah korang cerita disebalik sejarah ahli saintis ini yang otaknya pernah dicuri dan hilang selepas kematian beliau pada umur 76 tahun?
Kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku? Jom kita ikuti perkongsian cerita yang telah dibuat oleh ahli fizik yang dikenali sebagai Zamir Mohyedin ini.
Pada 17 April 1955, Einstein telah dihantar ke hospiral di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya pada pukul 1 pagi, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana saluran aorta pada jantungnya yang pecah.
Einstein meninggal pada usia 76 tahun. Ketika beliau meninggal, otaknya telah dicuri dan hilang selama 50 tahun. Orang yang mencurinya ialah Dr. Thomas Stolz Harvey kerana beliaulah yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia.
7 jam selepas kematian Einstein
7 jam selepas mengenal pasti punca kematian Enstein, Thomas Stolz telah melakukan autopsi pula ke atas otak Einstein. Namun, apa yang memeranjatkan, Stolz sebenarnya bukanlah seorang pakar bedah otak ataupun pakar otak sekalipun.
Stolz mendakwa dia mendapat kebenaran untuk melakukan autopsi tersebut. Namun, sehingga ke hari ini, surat kebenaran yang didakwa langsung tidak dijumpai. Ketika melakukan autopsi, Stolz telah mengeluarkan otak Einstein dari kepala, mengukur, menimbang berat dan mengambil gambar-gambar otak Einstein.
Selepas itu, beliau merendamnya di dalam cecair formaldehyde. Tidak cukup dengan itu, Stolz turut mengeluarkan biji mata Einstein dan kemudian diserahkan kepada doktor mata Einstein bernama Henry Adam. Selebihnya, barulah Stolz menyerahkan jasad Einstein bagi tujuan pengebumian.
Wasiat Einstein
Apa yang dilakukan oleh Stolz benar-benar bertentangan dengan apa yang diwasiatkan oleh Einstein. Sebelum meninggal, Einstein telah memesan agar tubuhnya dibakar bersama-sama dengan otaknya sekali. Einstein berwasiat begini sebab dia tak mahu dirinya dijadikan pemujaan.
Peristiwa ini menyebabkan Stolz hampir dibuang kerja dari Hospital Princeton. Namun beliau berjaya menyelamatkan kerjayanya apabila mendakwa hal autopsi tersebut mendapat kebenaran (retroactive permission) daripada anak lelaki Albert Einstein iaitu Hans Einstein.
Namun, apabila pihak hospital meminta otak Einstein daripada Stolz, beliau enggan menyerahkannya sebaliknya beliau telah lari dari Hospital Princeton. Selepas dunia mengetahui otak Einstein dimiliki oleh Stolz, ramai telah meminta sebahagian daripadanya bagi tujuan penyelidikan.
Ramai penyelidik ingin mengkaji otak Einstein bagi mengetahui rahsia kepintaran luar biasa yang dimiliki oleh manusia seperti Einstein. Adakah kecerdasan, kepintaran dan kepandaian lahir disebabkan oleh genetik atau semata-mata usaha berterusan dari individu itu sendiri?
Saintis berharap persoalan ini dapat dirungkaikan apabila mereka membedah dan menyelidiki otak Einstein kelak.
Setelah itu, Stolz telah pergi ke Universiti Pennsylvania di mana dia telah mengerat otak Einstein kepada 240 bahagian. Sebahagiannya diserahkan kepada Dr. Zimmerman (sebanyak 6 bahagian) dan sebahagian lagi turut di hantar kepada saintis yang lain.
Ada satu ketika, Stolz telah menghantar sebahagian otak Einstein kepada seorang saintis di Barkeley dengan menggunakan bekas mayonis! Manakala selebihnya disimpan ke dalam 2 bikar yang dipenuhi dengan formalin.
Terdapat beberapa kemungkinan mengapa Stolz melakukan autopsi tersebut. Antaranya kerana beliau telah dipesan oleh Harry Zimmermann sendiri. Namun dakwaan ini ditolak oleh Zimmermann.
Selepas 40 tahun berada dalam simpanan
Selepas 40 tahun otak Einstein berada dalam simpanan Stolz, tidak ada satu pun kertas penyelidikan yang dikeluarkan olehnya. Kesudahannya, setelah 40 tahun kemudian Stolz telah membawa otak Einstein di dalam bekas tupperware untuk dipulangkan kepada cucu Einstein bernama Evelyn.
Namun, Evelyn tidak mahu menerimanya. Evelyn juga turut memarahi Stolz apabila beliau secara tidak sengaja tertinggal bekas otak Einstein di rumahnya. Setelah Stolz meninggal dunia pada tahun 2007, otak Einstein telah disimpan oleh warisnya supaya diserahkan bagi penyelidikan.
Pada tahun 2010, pewaris kepada Stolz telah menyerahkan otak Einstein kepada National Museum of Health & Medicine di Washington. Selain dari National Museum of Health & Medicine, serpihan otak Einstein juga boleh dilawati di Mutter Museum, Philadelphia.
Otak Einstein sebenarnya lebih kurang dengan manusia
Kajian setakat ini mendapati, saiz otak Einstein sebenarnya lebih kurang saja dengan manusia biasa. Cuma yang membuatkan dia cerdik ialah hubungan saraf yang begitu kuat antara bahagian-bahagian otak. Hal ini meningkatkan daya pemikirannya dan meningkatkan daya kecekapan otak.
Selepas Einstein meninggal dunia, tubuhnya dibakar dan di mana abunya dibuang, tiada siapa yang tahu. Sama seperti Genghiz Khan yang tidak diketahui di mana mayatnya. Otaknya saja pun orang dah tercari-cari. Entah-entah kalau batang tubuhnya ada, boleh jadi tempat pemujaan.
Selain itu, walaupun saiz otak Einstein lebih kurang macam manusia biasa, tetapi perkadaran saiz di bahagian² tertentu agak tak seimbang dan berlainan dari manusia biasa. Ada bahagian yang lebih tebal, ada bahagian yang besar sikit. Ini menunjukkan kadang genius itu dari lahir.
Begitulah sedikit sebanyak tentang kisah bagaimana otak ahli sains ini dicuri. Macam-macam yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata ingin membuat kajian atas kebijakan Albert Einstein.
Aduhhh, rasa lapar pulak. Pekena ”instant mee’ ataupun mi segera dengan macam padu je!
Bagi orang bujang, rasanya menu utama sudah tentulah mi segera. Betul tak? Haa, jangan tipu lah kalau korang tak pernah makan mi segera langsung dalam hidup korang.
Come on, mi segera antara makanan paling popular di Malaysia kot.hehe
Foto Kredit : Pexels
Tapi korang tahu tak yang terdapat satu produk mi segera buatan Malaysia yang berjaya tersenarai sebagai “10 Mi Segera Terbaik Dunia” oleh barisan lapan pakar pemakanan Amerika Syarikat daripada pelbagai bidang antaranya penulis makanan, penulis buku resepi, wartawan dan sebagainya.
Mi segera buatan tempatan yang dimaksudkan adalah MyKuali Penang White Curry Noodles! Fuh, cayalah.
Los Angeles Times menyatakan mi segera itu memuaskan selera
Kategori Mi Segera Berkuah Terbaik
1. MyKuali Penang White Curry Noodles (Malaysia)
Kolumnis kulinari Los Angeles Times, Lucas Kwan Peterson menyatakan mi segera itu memuaskan seleranya.
2. Sapporo Ichiban Tokyo Chicken Momosan Ramen (Jepun)
Sumber Gmbar : Twitter
Peterson memberitahu rasa mi ini antara yang terbaik dan merupakan kegemaran pemilik restoran Tin Roof dan penulis buku Cook Real Hawaii, Sheldon Simeon yang menyatakan ia luar biasa.
3. Maggi Masala 2-Minutes Noodles (India)
Foto Via India Store
“Saya telah menjadi pemuja mi Maggi Masala sepanjang hidup saya. Ia adalah jawapan kepada mi segera dan ia cukup sempurna – pedas, masin dan lazat,” kata Priya Krishna seorang wartawan kuliner New York Times.
4. Mama Instant Noodle Shrimp Creamy Tom Yum (Thailand)
Mama’s Creamy Tom Yum Noodles dipilih kerana mempunyai rasa yang tajam dan beraroma.
5. Nissin Instant Ramen Noodles With Soup Base, Black Garlic Oil, Tonkotsu Pork (Jepun)
Foto Via orientalmart.co.uk
Penulis kulinari dan The Food of Taiwan, Cathy Erway mengatakan mi segera ini datang dengan bahan tambahan untuk membuatkan hidangan menjadi lebih lazat.
Mi Segera dari negara jiran, Indonesia tidak kurang hebatnya. Bagi kategori Mi Segera Kering atau Tidak Berkuah Terbaik, Indomie Mi Goreng tersenarai bersama satu lagi produknya, Indomie Mi Goreng Ayam Panggang.
Indomie dari Indonesia tersenarai menerusi dua kategori.
Manakala dua mi segera Korea Selatan iaitu Nongshim Chapagetti Chajang Noodle turut tersenarai dalam kategori tersebut, manakala Nongshim Shin Noodle Ramyun tersenarai dalam kategori Mi Segera Pedas Terbaik.
Nongshim Shin Noodle Ramyun tersenarai dalam kategori Mi Segera Pedas Terbaik.. Foto Via nongshimusa.com
Dalam kategori sama, Tseng Noodles Scallion With Sichuan Pepper Instant Noodles (Taiwan) turut mendapat pengiktirafan.
Korang dah rasa ke MyKuali Penang White Curry Noodles tu. Ini buat penulis terus nak serbu pasar raya ni…hehehe
Sumber: Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Potongan rambut yang popular sejak tahun 1960-an ini sampai sehingga kini masih digemari oleh ramai wanita. Alasan mereka kerana potongan sebegini sangat selesa, langsung tidak merimaskan dan mudah dari segi rawatan.
Park Shin Hye antara yang membuktikan bahawa stail bob ini boleh menjadi moden, muda, segar, dan sedikit seksi. Penampilan terus berubah dengan stail bob, nampak lagi cool dan edgy sekali.
Jika dahulu, Park Shin Hye selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu, kini dia tampil dengan rambut baru .
Terbaru, semalam Park Shin Hye memuat naik gambar swafoto dengan potongan rambut bob. Dalam foto yang dimuat naik, aktres itu kelihatan malu dan menyembunyikan separuh wajahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!