Pelakon jelita, Siti Saleha mengumumkan bahawa dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan selepas selesai penggambaran drama bersiri Bad Cop arahan Jason Chong.
Difahamkan, pelakon drama Nora Elena ini kini sedang hamil empat bulan dan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada fasa baharu dalam hidupnya.
“Selepas selesai projek yang sedang saya jalani ini, saya akan berhenti seketika daripada penggambaran kerana ia agak memenatkan.
“Buat masa ini, saya hanya mahu berehat dan menenangkan fikiran sehingga bersalin.
“Apabila keadaan badan kembali bertenaga dan ramping, barulah saya kembali ke set penggambaran,” jelas Saleha kepada media ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang berlangsung di PICC, Putrajaya.
Ads
Hamil Tapi Tetap Bertenaga!
Walaupun sedang meniti kehamilan pertamanya, Siti Saleha meluahkan rasa syukur kerana trimester pertama yang dilaluinya tidak terlalu mencabar.
“Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan, muntah atau mengidam. Cuma penat itu memang ada, seperti wanita hamil lain.
“Jika penggambaran dilakukan ketika trimester pertama dahulu, mungkin saya akan lebih bergelut walaupun tiada alahan.
Ads
“Jadi, saya bersyukur jadual penggambaran ditunda ke waktu sekarang,” tambahnya.
Sebelum ini, Siti Saleha ada berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah video manis di Instagram yang dirakam ketika percutiannya bersama suami tercinta, Joshua Fitton, di Bali, Indonesia.
Pasangan romantik ini sah bergelar suami isteri dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, Februari lalu.
Ads
Rezeki Berganda Buat Bakal Ibu!
Dalam masa sama, aktres ini turut menerima satu lagi berita gembira apabila diumumkan sebagai pemenang Selebriti Ikon Terhangat AMT 2025.
“Alhamdulillah, ini rezeki saya, rezeki ‘baby’ dan juga kelab peminat yang sentiasa setia menyokong kerjaya saya sejak lebih 15 tahun lalu.
“Saya berasa amat dihargai kerana mereka menerima saya seadanya dan tidak pernah berhenti memberikan undian,” ucap Saleha dengan penuh rasa syukur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlu lagi korang dari Sarawak untuk bersusah payah terbang ke Semenang untuk mendapatkan produk dari Mamonde selepas ini.
Sebelum ini, Mamonde telah menemui penggemar jenama penjagaan kecantikan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. Dan daripada sambutan yang diterima, ramai yang mengakui akan keberkesanan produk buatan Korea Selatan itu.
Kini, tiba masa untuk kiosk pertama Mamonde dibuka di Sarawak pula!
Bertempat di Ground Floor Vivacity Megamall, Kuching, korang boleh mendapatkan produk berasaskan bunga yang terbaru daripada jenama itu. Antara produk yang dijangka akan menjadi pilihan rakan-rakan kami di Sarawak ialahPang Pang Hair Shadow, Creamy Tint Squeeze Lip, Pore Clean Blackhead Stick, Everyday Sun Stick, Rose Water Toner dan banyak lagi.
Walaupun kiosk-nya tidaklah sebesar stor biasa, tetapi mereka pasti mempunyai stok yang disediakan khas untuk korang.
Tambahan pula dengan sijil Halal yang diterima Mamonde baru-baru ini daripada JAKIM, lebih ramai yang yakin untuk menggunakan jenama itu selepas ini.
Dengar cerita, kiosk kedua Mamonde akan dibuka di Lembah Klang pula pada tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kelahiran Malaysia yang sudah menempa nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh menjadi selebriti pertama di Asia yang menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangannya dalam industri filem.
Difahamkan, ijazah kehormat itu dianugerahkan oleh dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada majlis konvokesyen bagi felo-felo institusi filem di Hollywood. Gabungan kedua-dua pengarah filem yang digelar sebagai The Daniels itu terkenal dalam filem yang dibintangi Michelle Yeoh, Everything Everywhere All At Once.
“Kami amat bertuah mendapat peluang untuk bekerjasama dengan legenda, Michelle Yeoh. Antara perkara pertama yang kami sedar adalah kebaikan hatinya terhadap orang lain,” kata duo pengarah itu ketika menyampaikan anugerah tersebut.
Datuk Seri Michelle Yeoh turut berucap dan memberi saranan kepada artis generasi baharu supaya berpegang kepada cinta terhadap karya mereka dan berani untuk merebut peluang.
Antrara selebriti-selebriti popular yang pernah dianugerahkan ijazah kehormat itu adalah Maya Angelou, Jodie Foster, James Earl Jones, David Lynch, Quentin Tarantino dan Angela Bassett.
Sebelum ini, Michelle juga telah tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022. Michelle Yeoh terpilih dalam kategori Titans yang turut menyenaraikan individu-individu hebat seperti Tim Cook dari Apple, Oprah Winfrey, Hwang Dong Hyuk dan Kris Jenner. Terdapat lima lagi kategori iaitu Artis, Inovator, Pemimpin, Ikon dan Perintis dalam senarai Time.
Sepanjang hayat kerjaya Michelle dalam dunia lakonan, beliau telah terlibat dalam lebih daripada 70 produksi filem termasuklah Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asian, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings dan banyak lagi.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Michelle Yeoh, beliau memang selayaknya menerima penganugerahan ini kerana berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan antarabangsa dan terkenal di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2018 bakal berlabuh hari ini. Esok adalah permulaan tahun baru 2019. Sudah pasti memasuki tahun baru, kita bercakap tentang azam baru.
Dalam banyak-banyak azam, salah satunya pasti ada nak pergi melancongkan. Hari ini, melancong tidak memerlukan banyak duit sangat. Cukup dengan keberanian, ada kawan yang sekepala, duit pun ala-ala saja, dah boleh gerak dah ke negara yang korang yang pergi sangat.
Jom baca perkongsian dari Nurul H. Miszdae yang baru saja balik bercuti dari Korea. Apa yang ohsemnya, Nurul hanya memerlukan RM1500 sahaja, ini dah dikira tiket flight ya untuk melihat ramai Oppa Hensem (hikz).
Syokkan dapat main salji dengan hanya kos travel hanya RM1500, amazing!Banyaknya key love. Hope ada jodoh korang tahun 2019 bila dah berjaya pergi travel macam Nurul, hikzIni halal food ya, jangan bimbang kerana restoran halal sudah ada di Korea
Tapi nak cakap satu je, penulis dah pun sampai di Korea dan negara gangnam ini memang satu tempat best untuk pergi. Pengangkutan awamnya effisen, walau penduduknya tak fasih cakap Inggeris especially golongan pertengahan dan tua, korang sure tak akan sesat bila di sini. Just baca map yang korang boleh ambil di air port mereka. Makanan mentah boleh la bawa dari sini (tiada larangan seperti Australia khususnya produk dari tenusu), itupun kalau korang rajin nak masak di Guest House. Tapi kalau nak beli saja pun boleh.
Lagi senang, kalau korang tempah hotel je dengan kod promo ni:
So, tanamkan azam you all. Cari geng sekepala. Tahun 2019, kita ke Korea. Yeay.
Korang bacalah itenary detail yang dikongsikan oleh Nurul ini. Paling best, budget back packnya hanya RM1500 untuk 8 hari perjalanan meliputi Busan, Seoul dan Gapyeong (Nami Island).
Tahniah Nurul dari REMAJA kerana perkongsian begini boleh memberi inspirasi kepada gadis di luar sana untuk travel dengan kos yang sangat rendah.
Bila dapat travel memang syokkan, release semua tension
Baca catatannya:
Backpack Korea 8 hari dengan bajet RM 1500 cover Busan, Seoul dan Gapyeong (Nami Island).
RM1500 dah termasuk tiket penerbangan pergi balik, Hotel di Busan dan Seoul, pengangkutan keretapi dari Busan ke Seoul pergi balik, segala entrance fees dan pengangkutan sepanjang di sana.
Hai semua. Saya baru balik dari Korea dan sementara masih fresh ni, maka saya pun nak kongsikan itinerari dan bajet ringkas sepanjang saya berada di sana…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!