
Baru-baru ini, pelakon jelita, Siti Saleha mencuri perhatian para peminat selepas berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya yang diberi nama Indra menerusi sebuah perkongsian di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, aktres berusia 36 tahun itu memuat naik sebuah klip video ringkas yang memaparkan kaki, tangan serta sedikit bahagian wajah bayi lelaki comel menggayakan baju romper, sekaligus mencuit perhatian para pengikutnya.
“Hello, nama saya ialah Indra,” tulis Saleha ringkas.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama berjudul ‘7 Hari Mencintaiku’ itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi kelahiran putera sulungnya itu, sebaliknya memilih untuk berkongsi detik istimewa tersebut secara sederhana.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan peminat tampil menzahirkan ucapan tahniah serta doa buat Saleha dan suami. Tidak kurang juga ada beberapa daripada mereka yang sudah mula menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka sekeluarga.


Terdahulu, pada Oktober 2025, Saleha pernah berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi satu perkongsian di Instagram dengan memuat naik momen istimewa majlis Mitoni atau mandi bunga yang diadakan bagi meraikan kehamilannya, sekaligus menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.
Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Joshua Fittin, pada 15 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah resort mewah di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Sumber: Instagram Siti Saleha
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



















