Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi dalam area tempatan mahupun serantau Asia. Beliau yang memukau jutaan pendengar dengan suara merdunya sejak 1995 terus menjadi salah seorang figura yang paling berpengaruh di Malaysia dan negara serantau.
Terbaharu, penyanyi nombor satu negara ini telah sekali lagi tersenarai sebagai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia. Beliau mula disenaraikan untuk berada dalam kelompok tersebut sejak tahun 2016. Semenjak itu, namanya saban tahun disenaraikan atas dasar sumbangannya kepada dunia seni dan budaya.
Berdasarkan catatan buku The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims 2022 yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan itu, ibu kepada dua cahaya mata ini tersenarai bersama-sama individu berpengaruh seluruh dunia termasuklah pemimpin dan juga cendekiawan Islam.
“Alhamdulillah. Semua ini daripada Allah. Sebagai hamba-Nya, semua yang baik itu daripada Allah, yang lemah dan kurang itu daripada diri saya sendiri,” tulis anak kelahiran Kuala Lipis ini dalam satu hantaran di Instagram sebaik mengetahui dirinya tersenarai sekali lagi. Bukan calang-calang orang boleh tersenarai, semestinya beliau membanggakan lagi nama Malaysia.
Dalam catatan di dalam buku tersebut, pengarang menyatakan, “Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan seorang penyanyi Malaysia yang sudah memenangi pelbagai anugerah dalam dunia muzik. Beliau juga dikenali kerana usahanya dalam dunia kebajikan dan merupakan salah seorang penerima anugerah Ikon Malaysia. Beliau memiliki lebih 14 juta pengikut di medium sosial media yang berbeza-beza.”
Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, seorang lagi anak seni Malaysia yang turut disenaraikan adalah penyanyi nasyid dan komposer, Hafiz Hamidun. Daripada 500 nama yang disenaraikan sebagai individu paling berpengaruh di dunia itu, terdapat dua personaliti hebat dinobatkan sebagai Muslim of The Year.
Ads
Yang pertama ialah Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan yang merupakan wanita pertama diangkat sebagai ketua negara tersebut. Manakala seorang lagi individu adalah pakar Imunologi, Ugur Sahin. Beliau merupakan seorang ahli perubatan dan juga CEO BioNtech yang mengeluarkan vaksin Pfizer bagi melawan virus Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, gara-gara kenyataan pelakon berkaliber, Datuk Aaron Aziz mengenai pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang sempat menjamah kuetiau goreng masakan isteri tercintanya, Datin Diana Halik ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini, ia sekaligus meraih perhatian warganet.
Apa yang menarik lagi, Aaron berkongsi pengarah filem Mat Kilau itu sampai menambah dua kali menikmati hidangan masakan isterinya sehingga rata-rata warganet meminta Diyana untuk berkongsi resipi tersebut.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula seorang Youtuber, Diyana tampil berkongsi resipi kuetiau goreng yang tular selepas menerima ‘demand’ yang tinggi daripada netizen.
Dalam sesi tersebut, isteri pelakon filem popular Ombak Rindu itu menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya bagi orang ramai yang ingin mencuba resipi berkenaan.
“Kuetiau itu biasa sahaja lah, pakai cili serbaguna jenama Sufi, sos tomato dan cili.
“Selepas itu letak sos tiram sedikit, dan kemudannya letak pula makanan laut dan kicap jenama ABC, itu sahaja,” kongsinya kepada pengikut.
Terdahulu, Aaron menerusi satu hantaran videodi laman Instagram mendedahkan hal sebenar yang terjadi antara dia dan pengarah filem Munafik itu.
Isu berkenaan timbul disebabkan Syamsul sebelum ini memaklumkan bahawa nama Aaron digugurkan atas beberapa faktor antaranya usia, saiz fizikal dan masalah kesihatan yang dialami laitu slip disc.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagaimanapun, apa yang menjadi sorotan adalah imej anak kelahiran bumi Kenyalang itu yang kelihatan sangat berbeza dengan imejnya sebelum ini.
Rata-rata netizen berasa terkejut dan mengatakan Henry kelihatan sedikit berusia meskipun umurnya belum lagi menginjak 40 tahun.
Malah, ada segelintir pengguna turut bertanya apakah yang berlaku kepada aktor itu sedangkan sebelum ini dia sentiasa berketerampilan segak dan kacak dalam mana-mana acara yang dihadiri.
Terdahulu, pelakon filem popular Crazy Rich Asians itu telah tersenarai sebagai 10 lelaki terkacak di dunia menurut kajian saintifik kuno yang dikeluarkan pada tahun 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram TIFF
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal kembali meraih perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Norsyasya Syafiqah Shahrizal itu ada berkongsi beberapa foto dirinya di sebuah kafe bersama seorang rakannya.
“Sedang mencipta keindahan untuk kehidupan saya sendiri, one kick at a time,” coretnya di ruangan kapsyen.
Namun begitu, lain pula yang diperhatikan pengikutnya apabila rata-rata mereka mendakwa melihat penampakan ‘baby bump’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencoretkan ucapan tahniah meskipun tiada sebarang penjelasan yang dibuat Syasya mengenai perkara tersebut.
“Oh my god, pregnant?” komen seorang pengikut.
“Baby bump aw,” tulis pengikut lain.
“Adakah Syasya…. tahniah!” komen juga seorang individu.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Selepas itu, Syasya juga mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.