
Persembahan Istimewa Dari Biduanita Negara Siti Nurhaliza
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan persembahan istimewa buat pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Amira Othman, pada majlis resepsi mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.
Majlis penuh glamor itu dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan rapat, sempena meraikan penyatuan dua figura seni yang sering menjadi tumpuan peminat. Pasangan ini selamat diijab kabul pada 14 September lalu dalam sebuah majlis tertutup di resort mewah di Sepang, dan majlis resepsi kali ini menjadi tanda meraikan cinta mereka secara rasmi bersama rakan-rakan industri.
“Mak Iti Pernah Janji Akan Menyanyi Untuk Amira”
Dalam suasana penuh kasih dan gembira, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Mak Iti tampil membuat kejutan buat pasangan mempelai. Menurut Siti, persembahan tersebut merupakan janji lama yang pernah diucapkannya kepada Amira.
View this post on Instagram
“Sama-sama kita doakan pasangan Amira dan Fattah hingga ke syurga. Sebenarnya ini kejutan. Saya dan Cakra hadir untuk bahagiakan mereka. Saya pernah berjanji dengan Amira walaupun sebelum ini saya tidak tahu siapa pasangannya. Saya cakap, ‘Bila Amira naik pelamin, Mak Iti akan menyanyi untuk Amira.’”
Lebih manis, Siti Nurhaliza turut memenuhi impian Amira dengan mempersembahkan lagu ikoniknya, Bukan Cinta Biasa, yang menjadi permintaan khas daripada pengantin perempuan sendiri. Lagu tersebut membawa makna mendalam bagi Amira yang membesar mengagumi Siti sebagai idola.
View this post on Instagram
Doa & Pesanan Penuh Makna Dari Siti Nurhaliza
Tidak hanya membuat persembahan, Siti Nurhaliza turut menitipkan pesanan penuh nasihat dan doa buat pasangan pengantin baharu itu.
“Setiap manusia diberi perjalanan yang ada suka dan duka, tapi semua itu rahsia Allah. Pesanan saya, Fattah jaga Amira baik-baik. Amira seorang wanita solehah. Insya-Allah jadi isteri solehah dan Fattah jadi pemimpin serta imam yang baik. Saya tumpang bahagia dan gembira dengan kebahagiaan mereka.”
Ucapan penuh lembut itu bukan sekadar doa buat dua mempelai, tetapi turut menjadi pesanan berharga buat pasangan muda lain yang sedang meniti alam rumah tangga.
Inspirasi Untuk Pasangan Muda
Pesanan “jadilah imam yang baik dan isteri yang solehah” membawa maksud yang mendalam suami perlu memimpin dengan kasih dan tanggungjawab, manakala isteri menjadi penyejuk hati dan pendamping setia. Dalam dunia moden serba mencabar ini, nasihat Siti Nurhaliza menjadi cerminan nilai Islamik dan kekeluargaan yang wajar dicontohi remaja masa kini.
Sebagai ikon wanita dan artis disegani, Siti Nurhaliza bukan sekadar memberi hiburan, tetapi juga menyebarkan mesej positif tentang cinta yang berlandaskan keimanan dan kejujuran.
Cinta & Doa Dalam Satu Majlis
Malam resepsi Fattah dan Amira bukan sekadar perayaan cinta dua jiwa, tetapi turut menjadi momen indah yang menggabungkan kasih sayang, doa dan restu daripada insan-insan tersayang, termasuk Siti Nurhaliza sendiri.
Semoga pasangan ini terus bahagia dan saling melengkapi, seperti doa tulus yang dilafazkan oleh Mak Iti semoga Fattah menjadi imam yang baik dan Amira menjadi isteri yang solehah, hingga ke syurga.
SUMBER : mStar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



















