Hiburan

“Sisterhood Is Still Alive…” Ucapan Ahli-Ahli Dolla Termasuk Syasya Rizal Untuk Sabronzo Curi Perhatian

Share

Segala persoalan akhirnya terjawab!

Penyanyi berkumpulan wanita Dolla, Sabronzo menamatkan segala spekulasi mengenai status perhubungannya dengan deejay antarabangsa terkenal, Dash Berlin apabila memuat naik foto-foto perkahwinannya pada 29 September.

Terdahulu pada minggu lepas, ramai netizen mula berteka-teki sama ada Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli selamat melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihannya itu setelah tular foto yang menampakkan wanita menyerupai Sabronzo dan Dash di lokasi bersebelahan pantai.

Tambahan pula, foto majlis tersebut yang kelihatan menyerupai adat kebaratan menghangatkan lagi spekulasi pasangan tersebut Sabronzo memilih jejaka asing sebagai pasangan hidupnya.

Kini, semua boleh menarik nafas lega apabila Sabronzo menyelitkan foto yang menampakkan proses akad nikah di samping beberapa lagi foto romantis bersama suaminya.

Begitupun, penyanyi berkenaan tidak berkongsi makluman lanjut mengenai kedua-dua majlis tersebut.

Persahabatan Dolla Kekal Hingga Ke Hati Ini

Seperti yang pernah berlaku sewaktu bekas ahli Dolla, Syasya Rizal mengambil keputusan untuk berkahwin pada 21 April 2024; kesemua anggota Dolla mengambil pendirian untuk tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai majlis ahli yang lain sebelum empunya badan membuka mulut.

Untuk momen bahagia Sabronzo kali ini; Syasya, Angel dan Tabby hanya menantikan perkongsian foto semalam sebelum menghantarkan ucapan ringkas masing-masing di ruangan komen hantaran tersebut.

“Saya amat gembira untuk kamu, kakakku. She’s the baddest bride ever existed.” – Angel

“Tahniah sis.” – Syasya Rizal

“Sayang kamu sis. Tahniah dan saya tidak boleh percaya! Amat-amat gembira untuk kamu. Satu lagi memori indah untuk disertakan ke dalam kehidupan Dolla kami.”

Meninjau respon daripada iDolla khususnya, masing-masing menghargai persahabatan atau ‘sisterhood’ yang masih terjalin di antara mereka berempat biarpun ada yang telah meninggalkan grup dan dua daripada mereka telahpun menamatkan zaman bujang.

“Friendship never ends.”

“Sisterhood is still alive!”

“You girls are each other’s biggest supporters and we love to see it!”

Seperti yang kita tahu, bukan mudah untuk sesebuah kumpulan nyanyian sama ada di persada muzik lokal mahupun di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan hubungan baik di antara ahlinya.

Dolla yang telah menempa nama sejak tahun 2019 telah melalui pelbagai ranjau sejak awal kemunculan mereka dan REMAJA pasti, masing-masing tidak akan memutuskan hubungan mereka begitu sahaja.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ