Sissy Imann Main Piano Cover Lagu How You Like That, Memang Power

Share

Lagu terbaru Blackpink, How You Like That menerima reaksi positif daripada peminat diseluruh dunia kerana sewaktu pelancarannya, baru 4 jam sahaja sudah mendapat 20 juta tontonan di YouTube.

Blackpink telah berjaya mencipta rekod apabila mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 1.65 juta semasa tayangan perdana, sekali gus mencipta rekod baru dan memintas tontonan tayangan perdana kumpulan BTS yang mendapat tontonan sebanyak 1.54 juta menerusi lagu ON.

Biasanya, ramai yang akan membuat cover tarian lagu-lagu Blackpink, namun sedikit kelainan yang telah dilakukan oleh penyanyi dan pemuzik, Sissy Imann apabila dia memainkan lagu How You Like That dengan petikan piano.

Memang power!

Rata-rata peminat juga turut memberi pujian dalam video yang telah dimuat naik oleh Sissy Imann di laman instagramnya.

Sebelum ini, Sissy juga turut membuat cover petikan piano untuk lagu Lathi.

Memang berbakat orangnya. Bukan hanya pandai menyanyi, gadis yang berusia 24 tahun ini juga berbakat dalam bermain instrumen.

Dengan bakat yang ada, kami doakan agar perjalanan kariernya dalam industri muzik tanah air semakin sukses.

IKLAN