Isu pencemaran bahan sisa kimia di Sungai Kim Kim,Pasir Gudang biarpun dikatakan terkawal oleh pihak berkuasa, namun sejak dari tarikh 7 Mac sisa ini dibuang ke dalam sungai, seramai 3555 mangsa sudah pergi mendapatkan rawatan perubatan kerana mengalami simptom muntah, loya, pening dan lain lagi.
Angka ini bukan sedikit malah di media social, sudah ada yang merayu agar penduduk di Pasir Gudang berpindah keluar kerana ia ibarat bom jangka akan soal kesihatan mereka.
Terkini memetik dari laporan portal FTM, puluhan mangsa bersesak-sesak di pintu masuk Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang petang tadi untuk mendapatkan rawatan awal selepas terdedah kepada pencemaran kimia Sungai Kim Kim.
Mereka ini bakal menjadi penghuni baru stadium itu, yang dibuka petang semalam untuk menempatkan mangsa pencemaran, selepas Dewan Taman Pasir Putih berdekatan Sungai Kim Kim diisytihar termasuk dalam zon merah dan ditutup kerana tidak lagi selamat.
Seramai 780 mangsa baru dirujuk ke pusat rawatan awal di stadium itu dalam tempoh 6 jam bermula 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.
Seramai 780 mangsa baru dirujuk ke pusat rawatan awal di stadium sejak semalam dibuka
Sisa bahan kimia sudah merebak 10 km
Seorang penduduk yang duduk 10 km dari Sungai Kim Kim, Azhar Ahmad, 48 berkata, “isteri saya sakit, mula-mula dia mengadu sakit mata, selepas itu muntah-muntah dan hampir pengsan sewaktu tiba di stadium, katanya yang tinggal di Taman Cendana.
Ads
Taman Cendana terletak 10km dari Sungai Kim Kim tetapi pencemarannya sudah merebak ke kawasan perumahannya.
“Selepas dapat rawatan dan dimasukkan air dalam badan, keadaan isteri saya semakin lemah dan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail,” katanya. Sumber :Free Malaysia Today
Sungai Kim Kim tercemar teruk dan mendatangkan ancaman nyawa kepada penduduk sekitarKanak-kanak ini antara mangsa pencemaran sisa toksid di Sungai Kim Kim
Politeknik Ibrahim Sultan Tutup Selepas 131 mahasiswa sakit
Dalam pada itu, laporan dari Kosmo berkata, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ditutup bermula kelmarin selepas 131 penuntutnya mengalami sesak nafas, pedih mata, loya dan muntah-muntah akibat pencemaran Sungai Kim Kim.
Ads
Semua penuntut sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing manakala sebahagian yang tidak pulang atas beberapa faktor lain telah dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing di Mersing.
Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS, Abdul Razak Salim berkata, kesemua 131 penuntut yang terkesan dengan pencemaran tersebut dihantar untuk pemeriksaan lanjut di beberapa hospital kerajaan di negeri ini dan Melaka.
“Daripada jumlah itu 13 orang telah di wad di beberapa buah hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) selain hospital di Batu Pahat dan Hospital Segamat serta Hospital Besar Melaka.
“PIS telah menutup operasinya buat sementara waktu sehingga ada makluman terkini daripada pihak kementerian.
“Para pelajar dan kakitangan sudah dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing.
“Penghuni kuarters iaitu staf PIS juga tinggal sebilangan kecil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bencana alam sekitar itu turut memaksa 111 buah sekolah rendah dan menengah selain 92 tadika dan taska ditutup di daerah ini untuk keselamatan para pelajar sekali gus sebagai langkah mencegah peningkatan pesakit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac. Stesen televisyen berbayar, Astro, akan membuka semua saluran filemnya secara percuma kepada pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Menurut Astro Awani, pelanggan boleh mengekses semua saluran filem tersebut bermula 6 pagi esok sehingga 31 Mac ini.
Korang juga boleh menikmati musim baru Westworld di HBO, filem blokbuster seperti Avengers: End Game di FOX Movies, Parasite di tvN Movies dan banyak lagi!
Saluran filem yang dibuka adalah BOO, HBO, Cinemax, FOX Movies, FOX Family Movies, FOX Action Movies, tvN Movies, Celestial Movies, Astro Citra, Tayangan Hebat, Thangathirai, BollyOne, HITS Movies dan Celestial Classic Movies.
Kalau diluar pun tiada masalah kerana korang boleh je strim program atau filem kegemaran anda di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang atau layari astrogo.astro.com.my
Pelanggan NJOI juga akan mendapat akses percuma kepada dua saluran tambahan iaitu KIX dan Nat Geo WILD.
Semua saluran percuma akan berakhir pada Selasa, 31 Mac 2020. pada jam 11.59 malam.
Untuk lebih informasi mengenai akses percuma ini, layari www.astro.com.my
Wow, so tak ada masalah la duduk rumah tengok movies 24 jam kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Fyn Jamal kembali menjadi bulan ramai, apabila lantang bersuara memberikan pendapat peribadinya di laman sosial berkaitan kes rogol. Penyanyi itu membangkitkan isu jenayah rogol dan beberapa status nya di laman sosial hingga mencetuskan kemarahan netizen yang mendakwa ia agak mengelirukan.
Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu rogol.
Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian netizen tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan.
Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story.
Netizen meminta pandangan Fynn Jamal mengenai isu rogol dalam sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya wanita yang menjadi mangsa. Fynn Jamal bagaimanapun menerusi IG Stories respon kepada soalan tersebut.
Pada pandangannya, tindakan wanita yang memuat naik gambar cantik dan comel di media sosial boleh mengundang kepada nafsu lelaki.
“Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu.
“Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.
“Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena,” katanya.
Namun, menariknya penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna turut memberikan respon berkaitan isu ini. Yuna Zarai juga menzahirkan pendiriannya di laman Twitter miliknya selepas isu ini semakin hangat diperkatakan oleh netizen.
In case yall still want to blame rape victims, you want to sound righteous, you want to sound religious.
Tambah Yuna, kes rogol di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2014 mencatatkan sebanyak 28,741 tapi hanya 4514 kes didakwa. Lagi menyedihkan cuma 2.7% iaitu 765 kes sahaja yang didapati bersalah. Yang lainnya bebas begitu sahaja.
Mangsa rogol sudah tentu akan berdepan dengan trauma dan stigma masyarakat terhadap kehidupan mereka. Yuna turut mendoakan supaya mangsa rogol diberikan kekuatan untuk harungi kehidupan.
Yuna turut menegaskan sekiranya sebahagian masyarakat menunding jari kepada golongan wanita yang didakwa menjadi punca kes ini, mereka perlu meneliti kes rogol yang melibatkan kanak-kanak terlebih dahulu. Yuna juga menegaskan untuk tidak salahkan mangsa rogol sewenang-wenangnya.
So apa pendapat korang tantang perkara ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pengguna perkhidmatan Uber diugut kerana tidak sengaja meninggalkan iPhone miliknya dalam kenderaan pemandu.
Menurut Facebook postAlvin, pemandu Uber itu tidak akan memulangkan semula iPhone miliknya melainkan dia mahu membayar sejumlah wang.
Ini merupakan perbualan mangsa bersama pemandu yang tak bertanggungjawab itu..
“Telefon ini mungkin penting untuk awak, tapi tidak saya. Bukan salah saya dan ianya adalah kesilapan awak sendiri. Berapa sanggup awak bayar untuk saya pulangkan telefon ni semula”
“Kalau setakat RM 100, awak boleh lupakan saja sebab tak berbaloi dan saya tak nak buang masa atas kesilapan orang lain. Lebih baik saya buang saja ke dalam tong sampah,” kata pemandu Uber tersebut.
Alvin tidak mempunyai pilihan lain dan bersetuju dengan permintaannya.
“Bagi saya RM200 dan saya akan hantar malam ini. Nak ke tak nak? Jangan buang masa, saya nak sambung bawa Uber ni,” tambah lelaki itu.
Namun begitu, setelah mereka bertemu lain pula jadinya. Pemandu tersebut meminta lagi RM100, bermakna Alvin terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Perghh cekik darah!
Ramai yang meninggalkan pesanan di ruangan komen menasihatkan Alvin supaya membuat laporan polis dan pihak Uber kerana ugutan pemandu tamak ini.
Harapnya lepas ni tiada lagi insiden seperti ini berlaku lagi dan kita juga patut lebih berhati-hati serta tidak cuai dalam menjaga barangan peribadi sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lisa BLACKPINK kembali menjadi perhatian selepas laporan Vanity Fair memberi bayangan hubungan beliau dengan Frédéric Arnault mungkin telah berakhir. Ketahui perkembangan terkini serta cabaran privasi yang dihadapi bintang global ini.