Setiap kali berlaku kematian, pasti kita akan dapat melihat pusara ditabur bunga dan disiram air oleh ahli keluarga sebaik habis bacaan talkin dilakukan.
Hal yang sama dapat dilihat ketika seseorang menziarahi kubur selain mengadakan membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.
Menabur bunga di atas kubur tergantung kepada niat individu yang melakukannyaPerbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus- Uztas Azhar Idrus
Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum letak bunga di kubur bergantung kepada niat dan tujuan. Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur.
Ads
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :
“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT.
Ads
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Ads
Sumber : FB Ustaz Azhar Idrus (original)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“I nak tengok filem Melayu macam filem Hollywood.”
Impian untuk menerbitkan sebuah filem gempak dan diminati oleh ramai orang itu memanglah bukan satu kerja yag mudah.
Tak semua orang tahu betapa susah dan renyahnya proses menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Yang kebanyakan orang kita tahu adalah mengkritik sesebuah filem kerana kurangnya teknologi CGI, jalan cerita yang klise dan lakonan yang kurang memberangsangkan.
Tapi di sebalik filem berdurasi lebih sejam yang korang tonton itu, adakah korang faham apa yang dilalui oleh pihak produksi?
Penulis merasakan itu adalah satu kekuatan yang dipegang oleh filem terbaru Astro Shaw berjudul BIKIN FILEM ini.
Kata penerbitnya iaitu Mohamad Zubir Badarshair, BIKIN FILEM memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.
“Kami ingin membuka mata lebih ramai pihak agar tidak mengkritik secara keterlaluan terhadap filem tempatan yang dihasilkan. Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan meraka yang melaluinya saja yang dapat memahami,” jelas Zubir.
Secara ringkasnya, BIKIN FILEM menceritakan mengenai kisah yang selalu terjadi di sebalik pembikinan sebuah filem. Haa, gosip-gosip yang selalu korang baca dalam portal dan surat khabar tu. Agak-agak betul ke semua tu terjadi?
BIKIN FILEM bermula dengan adegan seorang bintang filem (Sherry Alhadad) bernama Khaty Bale yang terkenal dengan gosip-gosip liar. Khaty ingin menerbitkan sebuah filem berjudul ‘Dendam Berbalas’ dan diarahkan oleh Rahim G (Azhan Rani).
Sepanjang pembikinan Dendam Berbalas, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh pihak produksi dan pelakon untuk menjayakan filem tersebut. Bukan itu saja, setiap kru, barisan pelakon dan pengarah Dendam Berbalas juga mempunyai macam-macam kerenah dan ragam sendiri.
Well guys, Remaja belum berkesempatan untuk menonton filem karya Latiff Zami dan terbitan Zubir Badarshair ini.
Namun menerusi klip acah yang baru dimuat naik oleh Astro Shaw semalam, nampaknya filem ini mempunyai lebih banyak mesej tersirat walaupun ia bergenre komedi. Macam nak ‘menganjing’ industri lakonan tempatan pun ada juga. Hehe..
Pada hemat penulis, BIKIN FILEM mampu menjadi di antara filem terbaik tempatan yang pernah ditayangkan pada tahun ini. X-factor yang ada BIKIN FILEM bermula dengan barisan pelakonnya.
Gabungan ‘3 Sharifah’ iaitu Sherry Alhadad, Sharifah Sakinan (Yasmin Gamat) dan Scha Alyahya (Zarina Ishak) saja sudah membuatkan kita bayangkan gelak dekah yang akan menyusuli babak masing-masing.
BIKIN FILEM juga kelihatan ‘kuat’ di atas kertas dengan adanya kemunculan Azhan Rani, Mark Adam (Malik Rizzuan Chin), Ucopppp (Sufian Kassim), Erra Fazira (Datin Azizah), Jasmin Hamid (Kakak Zarina lakonan Scha), Syazwan Zulkifly, Azrel Ismail, Amerul Affendi dan ramai lagi!
Malah, dalam klip acah berdurasi 2 minit 7 saat ini, kemunculan sebentar Kamarool Hj Yusoff sebagai Bomoh Hujan sudah menjadikan Bikin ‘worth-watching’.
Penulis juga tertarik dengan beberapa dialog yang dimasukkan ke dalam klip acah (teaser)
Contohnya seperti monolog Erra Fazira yang menyebut, “Kalau awak benar-benar seorang pembikin filem, awak mesti nak penonton merasa puas dengan karya kolaborasi kan? You have to be strong.” Ia menunjukkan betapa pentingnya kualiti dan strategi yang perlu ada untuk menjadikan sesebuah naskah itu berjaya.
Monolog ‘royan’ yang menyebut, “Kenapa filem kita tak laku?! Tahu tak puncanya? Puncanya sebab kita!” juga merupakan satu persoalan yang selalu bermain di minda pengkarya dan peminat dunia filem tempatan.
Kadangkala skripnya bagus, para pelakonnya berpengalaman tetapi entah di mana silapnya, filem terbitan Malaysia masih tidak mendatangkan keuntungan atau tidak mampu menarik perhatian penonton untuk mengunjungi pawagam. BIKIN FILEM cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan itu.
BIKIN FILEM bakal ditayangkan menerusi Astro First (Saluran 480) bermula 5 November ini. Dengan hanya RM15, korang boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Korang juga boleh strim filem ini menerusi aplikasi Astro Go atau On Demand.
*
Selain BIKIN FILEM, ini adalah satu lagi filem terbaru yang diterbitkan oleh Astro.
Ibu mana yang tidak terharu apabila anak yang selama ini dijaga rapi berjaya dalam akademik. Selebriti terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa terharu apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bin Mohamad Aidil Zafuan berjaya memperoleh anugerah kecemerlangan dalam bidang akademik.
Bukan calang-calang pelajar boleh diberikan anugerah tersebut memandangkan pelajar yang berada di sekolah tersebut semuanya merupakan pelajar cemerlang yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.
Dalam hantaran video berdurasi 1.08 minit yang dimuat naik di Instagram Rita, dapat dilihat Ryan yang kini merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan menaiki pentas menerima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua.
“Tahun lepas ketika birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tertinggo. Syukur Alhamdulillah. Mummy nak anak-anak mummy buktikan kepada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal. Rita turut memberikan kata-kata semangat buat puteranya itu agar tidak mempedulikan kata-kata negatif.
“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi yang terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai. Rezeki Ramadan,” pesannya.
Meluahkan rasa dalam coretan yang cukup panjang. Hantaran tersebut setakat ini telah menerima lebih 50 ribu tanda suka dan menerima hampir setengah juta tontonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang menonton filem hindi Bajrangi Bhaijaan, mesti rasa geram je bila melihat keindahan Kashmir. Filem itu telah mengetengahkan latar belakang kehijauan yang mendamaikan dan sedikit sebanyak membuatkan ramai yang menyimpan hasrat untuk ke sana.
Negara ini terletak di pergunungan Himalaya di mana Pakistan, India dan China bertemu. Jadi ada yang claim, Kashmir ni di India, Pakistan dan sebahagiannya dikatakan berada di China.
Tidak kiralah daerah ini dimiliki oleh siapa pun, tapi yang jelas Kashmir memang antara lokasi wajib untuk korang lawati.
Kalau tak familiar dengan negara ini, Adila Rahized telah pun berkongsi sedikit sebanyak tentang selok belok mengenai Kashmir kerana ini merupakan kali ketiga dia berkunjung ke sana.
Bagi yang belum pernah ke Kashmir, apa kata baca tip dan perkongsian serba sedikit tentang budaya di sana. Sebelum tu, jangan lupa cari tempat penginapan yang selesa dengan harga berpatutan di OYO Rooms. Muat turun app OYOdi sini.
Harga dan jual beli
Wajib bargain. kalau betul nak beli sesuatu barang tu,bargain sampai dapat harga yang kita nak + harga tu biar masuk akal lah, jangan lah minta melampau sangat especially kalau menginap di houseboat, peniaga ni akan datang ke houseboat tak kira pagi2 buta atau malam hari,utk jual barang2 so bargain as much as possible tapi berpada pada lah.
Makanan
Dari segi pemakanan untuk muslim don’t worry di kashmir makanan nya semua halal sebab 90% rakyat di Kashmir adalah islam. Di sana famous dengan mutton, so sesiapa spesies macam saya, tak makan kambing jangan risau, masakan ayam pun banyak.ada yang tanya, diorang makan nasi ke?? Yes makanan rutin harian diorang nasi juga untuk lunch dan dinner tapi bukan breakfast! Breakfast biasanya makan puri, pratha omelette, dhal, roti dan seangkatan dengannya, no nasi at all okay.
Aktiviti dan tempat lawatan
Di Srinagar, biasanya akan melawat taman taman seperti Pari Mahal, Chesham Shahi, Nishat, Shalimaar Garden dan juga masjid terkenal di Srinagar iaitu Jamia Masjid dan Hazratbal Shrine (White Mosque).
Aktiviti di Srinagar tak lain tak bukan Shikara Ride di Dal Lake. Tasiknya yang tenang, sambil menikmati view banjaran Himalaya yang tersergam indah, pasang pula lagu pulanglah oleh aisyah, fuh! Boleh meleleh tu lagi lagi untuk traveller yang jiwa kacau ni.. Hihi
Di Gulmarg mostly aktiviti skiing, sledge, gondola ride dan snowbike. Tapi tu untuk musim salji sahaja, kalau pergi time summer, aktiviti yang boleh dilakukan di sini hanyalah gondola ride dan pony ride. Di Gulmarg biasanya kita akan sewa special gulmarg guide, harga around 600 rupee // rm 35-40 per guide . So guide ni akan lead satu group ni untuk berjalan di Gulmarg.
Di Pahalgam biasanya aktiviti pony ride. Harga berbeza based on berapa tempat kita nak pergi. Kalau boleh, cover lah semua sampai ke Baisaran, harga around rs 1000-2000 berbaloi dengan perjalanan selama 3 jam setengah pergi dan 30 minit balik. Kalau tak nak pony ride, in case atas faktor usia atau condition, boleh ambil sightseeing car khas di Pahalgam (around rs1500-2000 per car) untuk melihat pemandangan Pahalgam ke Aru Valley // Beetab Valley. Untuk sightseeing car ni lebih berbaloi time spring/summer/ early autumn sebab view yang sangat cantik.
Tipping
Di sini tipping ada lah benda biasa dan almost look like wajib walaupun tak wajib. Kita akan bagi tips based on their service. Selalunya tips akan beri kepada driver for whole journey, pony man, orang Shikara ride dan Gulmarg guide. Basically kita bagi tips tu sebagai tanda penghargaan dan tak perlu banyak, hanya sebagai ucapan terima kasih. Eh satu lagi, orang yang angkat-angkat bagasi kita tu kena bagi tips tau, yang ni diorang akan minta tips walau kita tak bagi. So kalau tak nak diorang minta tips, angkat sndri ye bagasi anda semua.. Hihi
Nah kami belanja lagi gambar-gambar cantik mereka yang boleh buat korang bikin panas. Hiks!
Apa lagi, jom kita kumpul duit pi Kashmir!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.