Foto: United International Pictures

Sing 2 merupakan sekuel kepada filem animasi pertamanya dengan judul yang sama ditayangkan pada 2016. Selepas lebih kurang lima tahun, filem ini tampil dengan naskhah baharu yang pastinya bakal menarik penonton ke pawagam.

Remaja berpeluang menonton tayangan perdana Sing 2 bersama media yang bertempat di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Sejujurnya, sekuel ini lebih menarik berbanding filem pertama mereka kerana banyak babak-babak yang mencuit hati dan menghiburkan.

‘Sing 2’ Sekuel Animasi Muzikal Penuh Dengan Adegan Lucu & Menghiburkan
Foto: Flickering Myth

Sing 2 mengisahkan tentang Buster Moon dan rakan-rakannya yang mempunyai tekad untuk beraksi di pentas besar Crystal Tower Theater di Kota Redshore. Namun, bakat kebolehan mereka dipertikaikan, sehingga kumpulan ini bertekad untuk menyertai sesi uji bakat secara ‘membabi buta’.

Tidak disangka-sangka, idea persembahan mereka yang ingin menampilkan penyanyi Clay Calloway disukai oleh seekor serigala angkuh yang bernama Jimmy Crystal, pemilik teater tersebut. Namun begitu, masalah muncul apabila penyanyi Calloway itu sudah 15 tahun tidak membuat kemunculan gara-gara sedih kehilangan isterinya.

IKLAN
‘Sing 2’ Sekuel Animasi Muzikal Penuh Dengan Adegan Lucu & Menghiburkan
Foto: Variety

Buster Moon dan rakan-rakannya rungsing memikirkan cara bagaimana untuk mencari Clay Calloway dan bermulanya konflik ketika ini.

Tidak banyak yang kami harapkan sewaktu menonton filem ini, namun semuanya berubah apabila boleh dikatakan hampir setiap babak ada sahaja adegan yang bakal buat korang tertawa. Ya, selain daripada karakter animasi haiwan yang sememangnya lucu dan comel, Sing 2 tetap menyajikan penonton dengan mesej dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam kehidupan harian.

IKLAN
‘Sing 2’ Sekuel Animasi Muzikal Penuh Dengan Adegan Lucu & Menghiburkan
Foto: United International Pictures

Buster Moon, seekor koala telah membuktikan bahawa segala impian yang diinginkan tidak akan menjadi sia-sia sekiranya mereka berusaha keras untuk mencapainya. Semangat setia kawan yang ditonjolkan juga menjadikan filem ini bukanlah cerita ‘kosong’, tetapi sarat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

‘Sing 2’ Sekuel Animasi Muzikal Penuh Dengan Adegan Lucu & Menghiburkan
Foto: United International Pictures

Satu lagi yang menarik perhatian kami, pilihan lagu yang tepat bagi filem bergenre muzikal ini juga menambah keasyikan penonton yang senantiasa rasa terhibur sepanjang menonton filem yang berdurasi 1 jam 50 minit ini.

IKLAN

Nah, tak perlu kami nak cerita panjang lagi, bagi peminat filem animasi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Sing 2 di pawagam mulai 30 Disember 2021 kerana ia pastinya menjanjikan keseronokan sepanjang menonton filem ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI