Simple Yet Classy, PANDORA ME Tonjolkan Identiti Diri. Sesuai Dengan Jiwa Remaja

Share

Bukan hanya wanita, lelaki masa kini suka dengan aksesori bukan, apatah lagi aksesori tersebut dari jenama terkemuka seperti Pandora ini.

Jika korang menggemari barang perhiasan bersaiz kecil dan cute, sesuai sangatlah kalau korang berkunjung ke butik Pandora yang berdekatan. Ia memang ikonik dengan produk gelangnya yang boleh dihiasi dengan pelbagai jenis “charm,”  dengan pilihan bergantung kepada cita rasa pemakai.

 

Kini Pandora memperkenalkan desain leksikon baru, Pandora ME yang direka khas untuk mewakili semua peringkat generasi. Koleksi ini memberi peluang kepada semua orang menggayakan dan memakai reka bentuk yang dipersonalisasi dan disesuaikan. Menariknya korang juga boleh mencipta sendiri barang kemas anda dengan rangkaian barang perhiasan terbaru oleh Pandora ME.

Pandora Me, dihadirkan dengan gelang (Pandora ME Link Chain Bracelet), Medal (Pandora ME Medallions), Loket Nama (Pandora ME Styling Word Links) dan Cincin (Pandora ME Rings). Cantik sungguh!

 

Setiap satu simbol memberikan maksud yang unik bagi pemakai seperti memori indah, item kegemaran, harta peribadi, pencapaian dalam hidup dan sebagainya. Terpulanglah kepada korang untuk menonjolkan identiti diri seperti mana yang anda mahu dalam pelbagai gaya penampilan yang unik.

Wah min suka betul style Pandora Me ni, simple je tapi ada class.

IKLAN