Sebagaimana kita seda maklum, golongan agama ini sering dipandang mulia dan cukup tinggi dalam kita mencari bekalan yang dicari. Namun di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, masih ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan menjadi penunggang agama atas nama nafsu.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Produk ‘Muslim’ Yang Pernah Jual Nama Agama Untuk Kaut Untung
Satu Malaysia gempar apabila seorang penceramah bebas popular ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Melalui perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial TikTok, dikenali sebagai nama @omyqay mendakwa platform Instagram menjadi permulaan terjalinnya hubungan perkenalan ustaz dengan gadis itu.
Wanita itu juga mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa. Katanya lagi, gadis tersebut memulakan perbualan dengan bertanya mengenai perihal agama lantas diberikan nombor telefon oleh penceramah berumur 30an itu.
“mangsa mengikuti ustaz ini dekat Instagram kemudian DM (direct message) tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya kerana jarang buka DM.
Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan terkutuk itu dibuat oleh pelaku ketika sedang berada melakukan roadtrip bersama mangsa, namun begitu ada seorang individu mendakwa dirinya rakan kepada ibu mengsa mendedahkan cara dia ‘umpan’ mangsa.
Dalam pada itu, individu ini juga turut mendedahkan bahawa sebelum ini pelaku itu mempunyai ramai isteri.
Rentetan dari kes ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Hasil siasatan awal mendapati, remaja tersebut telah berkenalan dengan suspek iaitu merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.
“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.”
Anda mungkin berminat dengan
Menurut Sasikala Devi juga mereka telah menahan suspek tersebut pada jam 4.50 petang di kediamannya. Walaupun hubungan suka sama suka, ia tetap menjadi satu kesalahan rogol apabila dilakukan terhadap remaja bawah umur atau bawah 18 tahun.
Menurut laporan Berita Harian, setakat ini empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.
Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini. Ambil berita ini sebagai menjadi iktibar buat diri kita semua.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bermula semalam, Zionis Israel telah menyerang Semenanjung Gaza dari segenap sudut. Sehingga pagi ini seramai 11 orang telah terkorban dan berpuluh lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera penjajah Israel. Majoriti yang terkorban dan cedera adalah orang awam.
Semuanya bermula apabila apabila tentera penjajah Israel dan pasukan perisikan tenteranya membunuh Bahaa Abu Al Atta, seorang pemimpin kanan Jihad Islami dalam serangan udara yang dilancarkan keatas kediamannya. Turut terbunuh ialah isteri beliau yang bersamanya ketika itu.


Serangan sehingga terbunuhnya pemimpin kanan Jihad Islami tersebut telah memuncakkan ketegangan di Semenanjung Gaza dengan tentera penjajah Israel dan pejuang Palestin berbalas serangan sehingga ke saat ini.
Dengan tentera penjajah Israel yang memiliki pelbagai kelebihan ketenteraan, mereka menyerang bertubi – tubi kedudukan pejuang Palestin tanpa mengira orang awam, kanak – kanak, wanita dan warga emas serta menghancurkan kediaman mahupun infrastuktur awam.
Serangan tentera penjajah Israel ini dijangka berlanjutan beberapa hari berikutan pengumuman operasi ketenteraan oleh Zionist Israel untuk menghapuskan pejuang Palestin kerana menggugat Keselamatan negara Haram Israel.
Bagaimana sebuah negara penjajah seperti Zionist Israel menggangap Palestin dan rakyatnya mengugat keselamatan mereka sedangkan merekalah yang mengugat keselamatan rakyat Palestin kerana menjajah tanah air mereka.



Ternyata kenyataan ini semakin gila kerana terbukti Zionis Israel semakin gila kuasa kerana disokong negara besar.
Sama –sama kita doakan keselamatan buat rakyat Palestin agar terhindar dari kecelakaan dan kezaliman tentera penjajah Isreal serta mendoakan kemenangan buat mereka agar memperolehi kembali tanah air dan kebebasan mereka. Namun sehingga ke saat ini, saya masih belum nampak secara jelas negara – negara di Asia Barat mengutuk tindakan tentera Zionist Israel. Apakah sudah hilang jatidiri Islam pada negara – negara tersebut?
Sumber : FB Muhammad Khalil Abdul Hadi
∞
Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Dalam kita menghadapi pandemik COVID-19, negara jiran ditimpa dugaan dengan letusan gunung berapi yang bahaya.
Jika sebelum ini, berita tentang gunung Etna di Sicily, Itali meletus sekali lagi semalam. Terbaru, gunung berapi di sempadan Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah mengeluarkan lava sebanyak lima kali dengan jarak luncuran maksimum 800 meter ke barat daya.

Ketua Pusat Penyelidikan Bencana Geologi dan Pembangunan Teknologi (BPPTKG), Hanik Humaida mengatakan bahawa sepanjang tempoh pemerhatian, Gunung Merapi juga mengalami 25 longsoran gempa dengan ampitud 3 hingga 18 MM dan selama 8 hingga 78 saat.
Malah, letusan gunung berapi boleh berlaku sehingga radius tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi. Penduduk juga diingatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan berpotensi bahaya dan sentiasa berjaga-jaga semasa hujan di sekitar Gunung Merapi.

Untuk info, Gunung Merapi sering meletus sejak sedekad yang lalu dan pada tahun 2010, ANTARA melaporkan letusan gunung berkenaan meragut sehingga 300 nyawa.
Pada 21 Jun lalu, gunung berapi setinggi 2,930 meter, yang terletak di sempadan daerah Sleman, Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, meletus dua kali dengan memuntahkan debu setinggi 6,000 meter.
Sumber: liputan6
∞
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilihat sangat kecewa dengan berita berkenaan dakwaan skandal zakat melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sehingga mencecah ratusan juta ringgit.
Susulan daripada kekecewaan tersebut, Aliff Syukri telah memuat naik satu hantaran di media sosial dengan bertanyakan kepada pengikutnya tentang kawasan parlimen yang dilihat sesuai untuk dirinya bertanding, sekiranya diberi peluang untuk membela nasib rakyat.
“Sanggup eh mereka gunakan duit yang sepatutnya disalurkan untuk zakat. Tindakan apakah yang wajar untuk penjahat seperti ini?
“Dan kalau saya diberi peluang untuk bertanding di parlimen, kawasan manakah yang layak untuk saya bertanding? Kerusi mana korang nak Papa bertanding untuk memperjuangkan nasihat rakyat.
“Ada yang nak offer saya kerusi ke next PRU?” soalnya.

Persoal Kelayakan Diri Sertai PRU
Dalam pada masa sama, beliau turut mempersoalkan sama ada dirinya layak atau tidak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Aliff Syukri, beliau berjanji akan menjaga tingkah laku serta mengutamakan kepentingan rakyat, di samping meminta pandangan orang ramai sama ada dirinya sesuai memegang jawatan sebagai Menteri Keusahawanan.
“Korang rasa layak tak papa bertanding PRU akan datang? Papa janji akan behave demi menjaga kepentingan rakyat. Kalau jadi menteri, papa jadi Menteri Keusahawanan okay tak?,” tanyanya lagi.

Kesal Isu Dana RM250 Juta Didakwa Disalah Guna
Sebelum ini, usahawan tersebut turut meluahkan rasa kesal terhadap laporan mengenai dana RM250 juta yang didakwa telah ‘disakau’ oleh beberapa pihak dalam NGO.
Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak telah menyebabkan individu yang benar-benar memerlukan bantuan tercicir, walaupun mereka telah membuat rayuan.
Isu ini sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan soal amanah dan pengurusan dana yang sepatutnya disalurkan kepada golongan memerlukan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞