Bak kata pepatah, hendak pilih isteri jangan hanya dilihat pada kecantikan wajah sahaja. Seelokanya, biarlah si dia indah luar dan dalam.
Okay, siapa dekat sini maish single? Kami ada berita baik untuk korang, hehe..
Bagi mereka yang selalu ‘menghadap’ Facebook, pastinya korang perasan pengumuman istimewa yang dilakukan oleh pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik mengenai pencarian calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik.
Sumber foto : BERNAMA (2017)
Menerusi catatan ringkas di akaun Facebook miliknya, Dr Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.
“Saya ingin mencari seorang isteri untuk anak saya Fariq. Seorang wanita solehah supaya kedua-dua mereka mampu menjadi kekuatan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan bersama.
“Jika anda seorang bapa atau saudara kepada wanita yang ingin saya cari ini, serta ingin dinikahkan dengan anak saya, saya dengan rendah diri meminta anda hubungi saya dengan maklumat yang diminta,” kata Dr Zakir dalam catatan tersebut.
Ads
Macam menarik juga kan kalau dapat berbapa mertuakan Dr Zakir Naik! Namun apabila kami melihat kriteria yang dicarinya boleh tahan juga terperinci segala keinginan yang ada pada seorang bakal menantunya ini.
Dah macam poster mencari pekerja baru pula.
Ads
Bukan itu sahaja, pendakwah ini turut menyenaraikan profil anak lelakinya, Fariq Zakir Naik.
Pada ketinggian 170sm, Fariq rupa-rupanya sedang menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan merupakan seorang graduan daripada Universiti Riyadh Arab Saudi dalam jurusan Shariah.
Fasih berbahasa Inggeris dan Fus’ha Arabic selain bahasa Urdu dan Hindi, Fariq seringkali menyampaikan tazkirah di rancangan televisyen mingguan ‘Teen Star’ dan juga program temu bual bernama ‘Ask Shaikh Fariq’ di Peace TV.
Bukan sekadar berilmu dari sudut agama, Fariq juga aktif bersukan dalam permainan bola sepak, berenang dan menunggang kuda selain pernah mempunyai tali pinggang hitam dalam sukan Taekwondo & Karate.
Ads
Sekarang, Fariq sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang Fiqh & Usul Al Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Pergumuman ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian warganet dari seluruh dunia disebabkan pengaruh ayahnya, Dr Zakir Naik. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.
Sekali lagi, portal hiburan Korea Selatan, Dispatch telah membongkarkan satu lagi pasangan selebriti yang kini dilaporkan sedang hangat bercinta.
Kali ini, ia melibatkan bintang K-Drama tvN, Crash Landing On You iaitu Kim Jung Hyun, 31 dan Seo Ji Hye, 37.
Menurut laporan tersebut, mereka berdua sebenarnya telahpun bercinta selama setahun sejak siri popular itu tamat bersiaran.
Dispatch tampil dengan bukti beberapa keping foto yang menunjukkan Ji Hye dan Jung Hyun kerap ber-dating di rumah mereka.
Ini kerana mereka berdua menetap di sekitar kawasan yang sama dan dipisahkan jarak 10 meter saja. Jung Hyun dilaporkan telah berpindah pada tahun lalu ke kawasan Sundong-gu yang terletak berdekatan dengan kediaman Ji Hye.
Dispatch juga mendakwa pasangan yang membawakan watak Alberto Gu Seung-jun dan Seo Dan dalam ‘Crash Landing On You’ itu sering meluangkan masa bersama dan tidak ketinggalan menyambut hari kelahiran masing-masing.
*
Bagaimanapun, semua dakwaan itu ditepis oleh agensi yang mewakili Seo Ji Hye iaitu Culture Depot sepantas 18 minit setelah Dispatch menyiarkan artikel tersebut.
Kata Cultere Depot, Kim Jun Hyun sedang mencari sebuah agensi baru untuk mewakilinya dan dia bertemu Ji Hye untuk mendapatkan pandangannya berkenaan hal ini. Pertemuan juga dilakukan di kediaman memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Korea Selatan.
“Ini adalah tidak benar sama sekali. Pihak agensi dan Seo Ji-hye memandangnya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.”
Agensi Jung Jyun juga menidakkan dakwaan itu dan berkata setakat ini, mereka tidak mengetahui sebarang berita berkenaan hubungan artis yang diwakili mereka itu dengan sesiapa.
Alah, kalau betul pun laporan ini apa salahnya. Masing-masing pun single dan cukup sepadan bersama!
Memang benar lelaki dan perempuan tu berbeza. Bukan hanya segi fizikal tapi cara pemikiran dan psikologinya juga.
Kali ni, kita nak bercerita sikit tentang lelaki dan perempuan tapi bukan dari secara generalisasi, stereotaip mahu pun sexist. Ini cuma populasi umum yang telah dibuat oleh Aiman Psikologis selaku pembantu psikologis yang aktif berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkah laku manusia.
Untuk faham beza psikologi lelaki dan perempuan, penting untuk korang tahu dan faham daripada perbezaan perspektif Evolutionary Psychology. Maksudnya, psikologi, biologi dan fisiologi otak manusia yang berubah sejak awal zaman.
1. Perempuan lagi banyak fikir/tak fokus
Benar, sebab informasi dalam otak mereka bergerak antara otak kiri dan kanan dengan laju. Berbeza dengan lelaki, banyak fokus dalam satu sisi sahaja.
Foto: Twitter
2. Perempuan powertask-switching, lelaki power bab fokus
Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan. Perempuan punya lagi tebal daripada lelaki, maka transfer rate dia lagi cepat berbanding lelaki. Disebabkan itu perempuan power task-switching.
3. Lelaki lagi bagus baca peta, boleh parking lagi cepat
Parietal Lobe lelaki lebih luas permukaan berbanding perempuan. Fungsi dia, untuk Spatial Intelligence, kefahaman ruang 3D, jarak, navigasi dan lain-lain. Sebab itu juga lelaki lagi bagus baca peta, boleh parking lebih cepat berbanding otak perempuan.
Foto: Twitter
4. Lelaki pandang dengan bird-eye view
Lelaki pandang dengan “bird-eye” view. Lebih menyeluruh (globally). Perempuan pandang dengan spesifik (itemised).
5. Kulit lelaki lagi banyak saraf sentuhan
Kulit lelaki lagi banyak saraf sentuhan, jadi lagi sensitif/geli. Sebab itu lelaki cepat geli kalau jalan pegang tangan (cepat terangsang juga).
Perempuan deria lagi kurang sensitif, so kalau mereka jalan dengan kawan 10 orang semua pegang tangan pun tak ada masalah.
6. Cone cells mata perempuan lebih sensitif
Cone cells kat mata perempuan lagi sensitif (part kenal warna). Zaman purba waktu berjaga gua, mudah kenal buah, tumbuhan, beracun or tak. Kalau lelaki nampak semua oren je, perempuan akan nampak papaya, peach, apricot, carrot, tangerine dan macam-macam lagi.
Gambar hiasan
7. Reseptor mata lelaki lebih sensitif
Reseptor pada mata lelaki lebih sensitif pergerakan jarak jauh, sesuai dengan konsep pemburu memburu.
8. Parietal Lobe otak perempuan lebih besar berbanding lelaki
Dalam Parietal Lobe otak kita ada grey matter. Antara fungsinya, untuk proses bahasa, emosi dan perasaan. Parietal lobe kat otak perempuan lagi besar daripada lelaki.
9. Kuota perkataan harian perempuan 13k-20k lagi banyak daripada lelaki
Otak kita ada protein nama Foxp2, dikenali sebagai “language protein.” Perempuan ada lagi banyak protein ni dalam otak mereka. Dianggarkan, kuota perkataan harian dia 13k-20k lagi banyak dari lelaki. Jadi, jangan salahkan perempuan kenapa banyak sangat bercakap. Hiks!
Gambar hiasan
10. Lelaki tunnel vision, fokus ke depan dan nampak jauh
Lelaki tunnel vision, dia fokus ke depan dan nampak jauh. Perempuan peripheral vision, dia nampak dekat tapi sekeliling. Sebab tu lelaki pandu kereta, boleh sandar rileks tangan straight. Perempuan mesti dada dan lengan dia rapat ke stereng, paksa fokus kat depan (bukan semua la).
11. Manusia associate informasi dengan emosi
Manusia associate informasi dengan emosi, cuma perempuan lagi kuat (faktor grey matter dia lagi banyak). Warna baju suami minggu lepas, harga makanan first date, semua dia ingat.
12. Perempuan lebih laju nak detect orang menipu
Waktu nak faham bahasa badan, lagi banyak darah mengalir ke frontal lobe otak lelaki dari perempuan, sebab kena proses banyak untuk faham benda-benda indirect ni. Perempuan rileks je, otak tak perlu kerja keras untuk faham. Sebab tu mereka laju betul nak detect orang menipu.
13. Memori perempuan lagi kuat
Aktiviti kat Hippocampus perempuan lagi aktif (tempat simpan memori), jadi memori dia lagi kuat. Pantang larang nenek moyang, jangan gaduh sangat dengan perempuan. Haha!
Gambar hiasan
14. Perempuan power multi-tasking
Ingat lagi tak Corpus Callosum (penyambung otak kiri dan kanan) perempuan lagi tebal? Proses transfer info kat otak perempuan lagi laju, dia jadi power multi-tasking. Tengah masak dia boleh dukung anak, rebus telur, cakap telefon, dengar radio, menari dan macam-macam lagi.
15. Lelaki power betul bab fokus
Lelaki pula, informasi dia banyak bergerak pada side otak yang sama, jadi dia power betul bab fokus. Daya tumpuan dia tinggi. Tak fikir benda lain dah.
16. Perempuan lebih emosi, empati dan menyeluruh (banyak fikir)
Otak kita ada limbic system, fungsi untuk proses emosi dan perasaan. Dalam otak perempuan, limbic system mereka lagi besar. That’s why bila berfikir, perempuan lagi emosi, empati dan menyeluruh (banyak fikir). Tapi ingat, emosi tak semestinya tak bagus. Buktinya, naluri ibu.
17. Lelaki lebih rasional dalam buat keputusan
Otak lelaki ada Inferior-Parietal Lobule (IPL) yang lagi besar berbanding perempuan. Fungsi dia untuk proses matematik dan logik. Sebab itu kita nampak lelaki lagi rasional dalam sesuatu keputusan, tak emosi.
18. Definisi toilet bagi lelaki dan perempuan berbeza
Perempuan anggap toilet time itu macam waktu sosial. Sebab tu suka pergi ramai-ramai. Yang tak nak buang air pun nak ikut rombongan. Waktu itu dia sembang, pinjam mekap, tumpang bedak dan lain-lain.
Lelaki tak. Tandas untuk buang air kecil, besar, hingus dan lain-lain, fungsi sebenar tandas.
Gambar hiasan
19. Perbezaan penyelesaian masalah lelaki dan perempuan
Bila bercakap pasal masalah, lelaki berfikiran rasional. Dia akan fokus cari solusi, nak tahu pendapat dll. Bila dah jumpa jawapan dia rasa lega (walaupun tak buat lagi). Beza dengan perempuan, dia just nak luahkan. Cerita punya cerita, asalkan ada orang sudi dengar, dia lega. Betul tak?
Walau bagaimanapun, perbezaan psikologi ini bukanlah untuk merendahkan mana-mana jantina. Tak ada siapa atau siapa lebih buruk. Cuma, berbeza sikit saja.
Kalau cakap perempuan power multi-tasking, tak semestinya lelaki tak power langsung. Sama juga skil baca peta dan parking kereta, faham emosi dan lain-lain.
So, chill je ok? Apa-apa pun lelaki tetap perlukan perempuan dan perempuan pun perlukan lelaki. Setuju?
Selepas hatinya dipatahkan oleh ramai lelaki, akhirnya penyanyi popular Taylor Swift mengecapi kebahagian apabila kini bergelar tunangan kekasihnya, Travis Kalce yang merupakan seorang atlet American Football (AFC).
Taylor, 36 mengenali lelaki berkenaan pada Julai 2023 ketika konsert jelajah Eras Tour. Tidak lama selepas itu, Taylor dilihat sering berada di dalam bilik VIP ketika perlawanan Travis bersama-sama ibunya, Donna Kelce.
Selepas dua tahun menyulam cinta, akhirnya Travis melamar Taylor dalam persekitaran taman indah dengan gubahan bunga-bungaan and the star of the show? Tentulah cincin tunang Taylor!
Selain gembira dengan perkhabaran mengenai penyanyi kegemaran mereka, peminat juga tertarik dengan jenis cincin yang disarungkan ke jari Taylor berpotongan brilliant-cut, berbentuk potongan kusyen dan diperbuat daripada emas kuning 18k. Cukup klasik dan ‘whimsical’, seperti bintang pop itu sendiri.
Khabarnya, Travis menempah khas cincin tersebut dengan rekaan one-of-a-kind bersama pihak Kindred Lubeck of Artifex Fine Jewelry. Biarpun perincian mengenai cincin ini masih belum diketahui, pakar barangan kemas telahpun mula berspekulasi terutamanya mengenai nilai harganya.
Kongsi Rich Goldberg daripada Safian & Rudolph Jewellers kepada The Independent, berlian antik itu dianggarkan dalam kategori lima ke tujuh karat, manakala bahagian sisi cincin itu pula diserlahkan dengan batuan permata kecil. Bagaimana pula dengan harganya?
Well, ia bergantung kepada harga pasaran dan siapakah yang menjualnya kepada Travis. Besar kemungkinan, harganya boleh mencecah antara US$1.5 juta ke US$2 juta. Ada juga pakar lain yang merasakan nilainya berada pada nilai US$1 juta.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenali nilai cincin pertunangan penyanyi popular lain termasuklah Selena Gomez yang bertunang pada Januari tahun ini dan Ariana Grande pada Disember 2020.