Episod pertama pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun bermula pada Sabtu lepas. Merupakan episod pengenalan bagi musim terbaru, penonton disajikan dengan kupasan pengalaman para finalis semasa sesi ujibakat, pemilihan 12 finalis akhir di sidang media dan kemasukan mereka ke Vila Dewi.
Selepas episod pertama ditayangkan, sistem undia Dewi Favorite telah pun dibuka di www.remaja.my/dewi. Korang sudah boleh mula untuk mengundi barisan finalis pilihan untuk dinobatkan sebagai Dewi Favorite 2019 pada malam finale nanti.
Macam mana nak vote?
Berikut kami senaraikan 12 finalis akhir yang bertanding dan hanya klik pada profile mereka untuk membuat undian.
Undian hanya boleh dibuat sekali sehari bagi setiap user. So, jangan malas nak vote setiap hari kalau nak Dewi korang menang kategori ini ya. Hiks!
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam pencarian Dewi Remaja 2019 yang ditayangkan di Astro Ria (CH104) dan Ria HD (CH123) setiap Sabtu jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dia dikatakan mengada-ngada. Kuat menangis serta serba tidak tahu. Paling teruk dituduh mempergunakan keluarga terutama kekuarangan adiknya, Adam yang mengidap autisme untuk meraih simpati.
Ermm, tak baik dakwaan begitukan.
Bagi yang kurang rapat atau kurang memahaminya serta hanya melihat dari permukaan, itulah gambaran yang korang akan nampak dengan mata kasar.
Hakikatnya, Arena Imaan Wan bukan sebegitu seperti yang korang sangkakan.
“Lebih baik orang datang tanya Arena depan-depan dari cakap dekat belakang. Sedih bila orang cakap macam-macam terutama tentang family. Arena akui Arena memang banyak habiskan masa dengan keluarga sebaik habis sekolah.
” Lagipun sebagai anak sulung Arena adalah harapan keluarga untuk bersama-sama menjaga Adam. Ada adik begini membuatkan kami semua lebih erat kerana Adam perlukan pemerhatian yang teliti. Sebagai remaja yang tidak biasa bergaul bebas, Arena akui kena banyak belajar bermula dari bawah. Ya pendedahan dalam Dewi Remaja buat Arena banyak belajar erti kehidupan sebenar,” katanya ketika ditemui di rehearsal finale Dewi Remaja.
Masa yang sama, Arena menolak isu dirinya mempergunakan keluarga untuk meraih simpati sebaliknya Arena berkata orang harus mengenali dirinya dengan lebih rapat.
Betullah tu, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau terlebih kenal takut jatuh cinta pula padanya yang cantikkan. Hikz.
Jelas Arena, mama dan papanya sentiasa memberi galakan kepadanya untuk.meneroka dunia luar dan pertandingan Dewi Remaja adalah platformnya.
“Masih banyak yang Arena kena belajar dan pelajari,” katanya mengharapkan peminatnya bertanya terus kepadanya andai ada sebarang kemusykilan yang peminat mahu tahu mengenai dirinya.
Hokay, betul jugakan. Kita tak boleh menilai orang dengan melihat kepada luarannya sahaja. Kenalah kenal lebih rapat dan dekat supaya tak timbul persepsi.
Jom tanya Arena lagi apa dia nak buat selepas habis Dewi Remaja ni ya.
Disebabkan darah seni mengalir dalam dirinya di mana papanya adalah komposer terkenal suatu ketika dahulu, kata Arena dia mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam industri seni.
“Kalau boleh Arena nak buat album. Arena nak jadi penyanyi. Masa yang sama semasa episod 6 iaitu task lakonan pengarah Micheal Ang cakap bakat Arena perlu diasah lagi.
” Arena memang suka menyanyi dan berlakon. Habis pertandingan ini bukan penamat sebaliknya adalah permulaan bagi Arena.
” Ia mungkin mengambil masa tapi Arena mahu buktikan,”katanya mengukir senyuman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Shaza Bae dan Ash Azhan, seorang lagi finalis Dewi Remaja 2019 Dian Fernandez bakal bergelar sebagai hos rancangan Hlive. Tidak dinafikan Dewi Remaja merupakan platform untuk gadis ini mengetengahkan dan mengasah bakat seni yang dimiliki.
“Saya sangat bersyukur kerana berjaya menempatkan diri dalam pencarian Dewi Remaja 2019. Sewaktu dalam program tersebut, kami dijaga oleh seorang pelatih praktikal yang kini bekerja di Astro. Dia yang menghantar mesej kepada saya memberitahu bahawa Hlive kini sedang membuat close casting untuk mencari hos baharu,”
“Tidak dinafikan ramai personaliti-personaliti popular yang menghadiri sesi close casting itu. Pada mulanya saya agak gementar jika ingin dibandingkan dengan mereka, namun rezeki sudah tertulis dan akhirnya saya bersama dua lagi hos baharu bakal beraksi untuk program Hlive ini,” jelas Dian.
Selepas tamat program Dewi Remaja, Dian bekerja sebagai content creator di salah sebuah syarikat korporat, selain menerima beberapa job untuk berlakon. Kini, anak kelahiran Kuala Lumpur ini ingin memberi fokus dalam bidang pengacaraan dan berharap agar dapat memberikan yang terbaik untuk program Hlive nanti.
“Alhamdulillah saya baharu selesai merakamkan episod pertama Hlive bersama Adriana Adnan. Mula-mula memang saya sangat gementar dan ada sedikit fumble, tetapi Adriana memang terbaik kerana dia banyak mengajar dan memberikan tip untuk saya lebih yakin dan memudahkan kerja pengacaraan,”
“Di rumah juga saya turut membuat sedikit homework, dimana saya melihat semula tugasan hosting ketika di Dewi Remaja dahulu. Untuk task pertama pengacaraan, saya diberi tanggungjawab mengacarakan Gegar Vaganza secara langsung. Jadi, dari situ saya banyak lihat semula cara saya bercakap dan sedikit demi sedikit cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik,” tambahnya lagi.
Dian juga bakal ‘bertemu’ kembali dengan rakan-rakan seperjuangannya di Dewi Remaja, iaitu Shaza Bae dan Ash Azhan. Ditanya apakah perasaannya dapat bergandingan bersama ‘Dewi Sisters’, ini jawapan yang diberikan kepada Remaja.
“Sudah tentu saya excited nak bertemu kembali dengan rakan-rakan Dewi. Episod seterusnya insyaAllah saya akan digandingkan dengan Ash. Saya sangat teruja kerana sememangnya kami berdua rapat dan untuk bergandingan bersama, saya yakin vibe yang kami ada akan membuatkan kami lebih mudah untuk bekerja,”
“Apa-apa pun saya berharap agar dapat memberikan yang terbaik dan selepas ini saya juga ingin mengembangkan sayap untuk mencuba berlakon filem pula,” jelasnya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dian dan semoga perjalanan kariernya dalam bidang hiburan semakin berkembang dan mampu menapak dengan lebih jauh lagi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbulan bertanding bersama, melakar momen indah dan pahit sepanjang bergelar finalis Hero Dewi Remaja 2023 ternyata bakal berakhir tidak lama lagi apabila kemuncak finale pertandingan pencarian bakat ini akan berlangsung secara langsung besok di CIDB Convention Centre, Cheras.
Semestinya acara yang dinanti-nantikan adalah pengumuman siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Hero Dewi Remaja 2023.
Adakah bakal ada kejutan daripada jangkaan peminat atau peserta yang kekal konsisten pada setiap kali cabaran mingguan bakal bergelar juara?
Turut sama teruja menantikan pengumuman ini adalah Azqa, Jaysong, Razin dan Qistina. Sebagai finalis yang sudah tersingkir, mereka ternyata cukup berbahagia dan tumpang bangga melihat percapaian rakan seperjuangan selama ini.
“Bagi Razin, semua orang ada bakat tersendiri dan semua layak dinobatkan sebagai juara. Namun apa yang akan membezakan setiap finalis adalah cara mereka menjawab soalan ketika sesi Q&A berlangsung,” jelas Razin Qidran yang kini sedang menjalankan penggambaran drama bersiri yang bakal disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi.
Manakala bagi si cantik manis dari Sabah pula, Azqa melihat kesemua 16 peserta sebagai pelapis anak seni yang mempunyai potensi untuk melakar jauh dan mencipta sejarah masing-masing.
“Bagi Azqa, kesemua peserta berhak untuk menang kerana karakter dan kebolehan yang tersendiri. Tapi tidak dinafikan setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
“Ada yang rasa finalis yang sorang ini lebih mempunyai karakter yang sangat sesuai untuk gelaran tersebut dan ada yang rasa sebaliknya kerana lebih tertarik dengan peserta yang lain.
“Bagi Azqa, untuk gelaran juara Dewi Remaja mungkin akan dimenangi oleh Cora. Saya sendiri lihat dia punya kesungguhan selama ini. Kami sangat rapat kerana bergelar roommate sebelum ini dan untuk dia stay in that earnest character truly shows that she is Dewi Cora,” jelasnya lagi.
Jaysong yang merupakan satu-satunya finalis berbangsa Cina pula mempunyai pendapat tersendiri berkenaan siapakah yang mempunyai potensi bergelar juara.
“Sejujurnya saya merasakan Adrina bakal dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2023 dek kerana personalitinya yang tidak malu bertanyakan soalan dan sering mengetuai kami semua. Lakonannya juga sangat bagus dan diakui sendiri oleh netizen di luar sana.
“Manakala bagi gelaran juara Hero Remaja pula mungkin bakal diberikan kepada Ameer. Dia sangat optimis bagi saya! Sentiasa encourage & cheer people up sepanjang pertandingan berlangsung,” komennya ketika dihubungi pihak REMAJA.
Akhir sekali, finalis Dewi iaitu Qistina Rania yang kini sedang menjalankan penggambaran drama bersiri turut sebulat hati merasakan Ameer sebagai Hero yang selayaknya bergelar juara.
“Pada pendapat Qist, juara untuk Hero remaja kali ini ialah Aiman Ameer dan kenapa Qist pilih dia sebab since episode 1 setiap kali saya sekumpulan dengannya, saya dapat rasakan dia mempunyai idea di luar kotak dan mungkin sebab itu juga dia bergelar pemenang untuk cabaran episod 1,2,3 dan 7.
“Manakala bagi dewi pula Qist mengangkat Nurel sebagai juara Dewi Remaja kerana dia adalah seorang yang very hardworkingand she knows what she wants.
Nurel, antara Dewi yang nama sering disebut sebagai finalis kesukaan ramai.
“Dia pun ada pengalaman menjadi seorang pelajar teater jadi Qist rasa dia adalah ‘ready product’ untuk bergelar juara Dewi Remaja. Dengan effort dia yang tak pernah putus, I think she will ace the final,” jelasnya lagi.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!