NINA AMIN

Nama: Nik Nurul Amanina Binti Nik Mohd Amin
Usia: 23 Tahun
Asal: Selangor
Instagram: @ninaamin

Menarik Tentang Dewi Nina Amin:
Saat melangkah masuk sewaktu sesi ujibakat, penampilannya cukup menarik sesuai dengan profilnya sebagai peragawati sambilan. Namun karakternya yang pemalu membuatkan dia tidak berjaya di hari pertama ujibakat. Tidak kenal erti putus asa, Nina datang semula pada hari kedua ujibakat dengan keyakinan yang lebih tinggi. Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Psikologi, gadis berusia 23 tahun ini memiliki darah kacukan Cina di sebelah ibunya.