“Shopping Hantaran Ke Tu?” Raysha Rizrose & Nabil Jeffri Hitung Hari Naik Pelamin?

Share

Sebuah hantaran teman lelaki bintang popular, Raysha Rizrose, iaitu Nabil Jeffri di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih perhatian warganet.

Bukan itu sahaja, perkongsian klip video tersebut juga menimbulkan pelbagai persoalan para netizen, apabila kelihatan pasangan merpati dua sejoli itu sedang membeli-belah di beberapa premis jenama terkemuka, di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Dengan Rakan Baik, Mikha Tambayong Cantik Gayakan Gaun Perkahwinan Milik Ibunya

Menerusi video pendek itu turut kelihatan pelumba kereta Formula 3 itu merakam momen teman wanitanya yang sedang memilih beg tangan, kasut, jam tangan, minyak wangi dan sebagainya.

Meskipun tidak memberitahu secara terperinci apakah tujuan mereka ke sana, namun kapsyen ringkas ‘Counting Days‘ yang ditulis Nabil di TikTok seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka sedang membeli barang hantaran sebagai persiapan sempena majlis perkahwinan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa gembira dengan berita tersebut selain akui tidak sabar menunggu hari bahagia pasangan tersebut.

“Wah, beli barang hantaran ke, tak sabarnya nak tengok. Tahniah,” komen seorang pengguna.

Can’t wait for it… congrats bro,” tulis juga pengguna lain.

Shopping hantaran ke tu?,” komen ringkas seorang netizen.

Sekadar informasi, juara Dewi Remaja 2014/2015 itu sudah hampir 11 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Nabil Jeffri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Raysha Rizrose & Nabil Jeffri

IKLAN