Sherry Alhadad Kini Penyampai Radio ERA

Share

Khabar terbaru dunia radio Malaysia, pelakon dan pengacara serba boleh, Sherry Alhadad kini melebarkan sayapnya apabila telah diangkat menjadi penyampai radio ERA yang terbaharu. Sherry akan menyertai segmen pagi era bersaya Johan, Haniff dan Ray bermula 1 Mac ini.

Sementelah dengan kemunculan pengacara dan artis komedi paling popular 2020 tersebut, kini segmen pagi Era telah dinamakan semula sebagai ‘JoHaRaRy Pagi Era’.

Menurut Erman Zaki selaku Pengurus Kandungan radio tersebut,“Kami sangat teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami. Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.


.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA. Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.”

Menerusi segmen pagi ini, para pendengar akan disajikan dengan pengisian seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA dan juga Sam Leper. Nampaknya pagi anda selepas ini akan lebih gamat dengan celoteh Sherry!

IKLAN