Malam ini Anugerah Bintang Popular 2020 berlangsung sederhana dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton secara fizikal.
Acara yang diterajui oleh Dato’ AC Mizal dan Nabila Huda itu diserikan dengan persembahan artis-artis boleh ditonton secara terus di TV3 ataupun secara digital di YouTube TV3.
Satu momen yang menarik perhatian apabila kategori pengacara TV paling popular diumumkan. Anugerah itu disampaikan oleh penyanyi muda Wanita Hasrita menyaksikan persaingan yang cukup sengit.
Ads
Apabila nama Sherry diumumkan, kelihatan Nabila Huda cukup bangga dan gembira dengan kejayaan temannya itu dan berkali-kali dia menyatakan betapa Sherry berkerja keras untuk mencapai impiannya ke tahap hari ini.
Dalam pada itu Dato’ AC Mizal juga berkongsi, “Tahu tak dulu sebelum Sherry Alhadad menjadi artis dia menjaga baju saya sewaktu saya berlakon berlakon cerita Puteri Gunung Ledang.”
Ads
Sherry Alhadad nyata menjadi satu contoh bahawa impian seharusnya dikejar dan jangan pernah berputus asa. Dalam ucapannya Ketika menerima trofi dia berkongsi satu kata-kata keramat yang patut kita pegang, “Hanya satu saya nak cakap, just be yourself! Bammm!”
Kemudiannya, Sherry diumumkan pula sebagai Artis Komedi Paling Popular dan anugerah tersebut disampaikan oleh aktor kacak, Zul Ariffin. Tahniah Sherry!
Ads
***P/S- Kejar impian anda tanpa pedulikan kata-kata orang lain. Kejayaan yang diperolehi pada hujungnya amat manis untuk dinikmati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular, Acha Septriasa, baru-baru ini dilaporkan sah bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma pada 19 Mei 2025 dan perkara ini disahkan menerusi keputusan verstek Mahkamah Agama Jakarta Pusat, Indonesia.
Menerusi laporan media tempatan, keputusan itu turut dimuat naik ke laman direktori Mahkamah Agung Republik Indonesia dan kini ia telah pun tular di media sosial. Di mana, rekod kes dengan nombor 1619/Pdt.G/2024/PA.JP menunjukkan pelakon wanita itu telah memfailkan permohonan cerai pada 13 Disember 2024.
Dalam pada itu, keputusan verstek dibuat selepas pihak suami, Vicky Kharisma tidak hadir ke prosiding mahkamah meskipun telah dipanggil secara sah.
Seterusnya, mahkamah memutuskan talak satu ba’in shughra dan mengenakan kos perbicaraan sebanyak Indonesia Rupiah 2,358,000 kepada pihak Acha.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 11 Disember 2016 dan telah menetap di Sydney, Australia sejak awal perkahwinan. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bridgia Kalina Kharisma yang lahir pada 21 September 2017.
Spekulasi mengenai status rumah tangga mereka mula menjadi perbualan ramai apabila Acha memuat naik hantaran di Instagram dengan tanda pagar #coparenting sehingga perkongsian itu dilihat seolah-olah memberi bayangan tentang status hubungan mereka.
Meskipun sebelum ini Acha jarang dikaitkan dengan kontroversi, berita mengenai penceraian ini nyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat serta pemerhati industri hiburan di Indonesia.
Dalam perkembangan terkini, Acha kembali aktif dalam dunia lakonan dan sedang terlibat dalam beberapa produksi filem. Antara projek terkini yang dibintanginya adalah filem berjudul Qodrat 2 yang menjalani penggambaran di Jakarta dan Sydney.
Sekadar Info, pemilik nama sebenar Jelita Septriasa IR Sagitta Ahimsha yang kini berusia 36 tahun itu kini dilihat semakin aktif berkongsi aktiviti kerjayanya di media sosial selepas melalui fasa penceraian ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan Remy Ishak dengan gaya rambut barunya menarik perhatian netizen apabila dia hadir ke Festival Filem Malaysia 30 bersama rambut ‘jambul’nya. Hiks!
Dengan caption “Sisi tepi saya bersama rambut sengol-sengolan,” IG pelakon popular tersebut dilimpahi dengan komen-komen nakal netizen yang memuji penampilan barunya.
Kalau korang pengikut setia Remy Ishak di Instagram, korang mesti dah tahu Remy ni macam mana orangnya. Caption yang ditulis, tak pernah tak lucu. Paling best, dia juga rajin melayan komen peminat di IG.
Jika sebelum ini kalau kita lihat kemunculan Remy Ishak di kebanyakan event, dia selalu berpenampilan kemas dengan rambut tersisir rapi, tetapi kali ni Remy nampaknya tampil dengan gaya rambut messy.
Rasanya kalau di hari-hari biasa, peminat semua memang dah tahu bahawa rambut Remy kerinting macam tu. Tapi mungkin sekarang dia lebih selesa untuk bergaya dengan rambut seperti itu di majlis-majlis formal.
Maka, ramailah wanita-wanita meninggalkan komen di ruangan IG dengan mengatakan tidak kira macam mana pun penampilan Remy Ishak, mereka tetap jatuh hati. Cewah!
Masih ramai yang tergila-gilakan kanda ya? Hiks! Ala, kami pasti yang komen tu pun nak bergurau dengan kanda kan? Janganlah serious sangat. Kanda okay je layan komen ‘nakal’ mereka. Hehe..
Apa-apa pun kami doakan agar karier Remy Ishak terus sukses dan semoga cepat-cepat bertemu jodoh. Eh! Okay gurau je.
All the best to you!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyingkiran penyanyi lagu hit Casablanca, Naufal Azrin pada konsert minggu ketiga program Big Stage 2023 tempoh hari seakan sudah dapat dijangkakan oleh para juri tetap, Ajai dan Aina Abdul.
Persembahan Naufal yang mendedikasikan lagu berbahasa Korea, Only nyanyian asal Lee Hi buat arwah ayahnya dirasakan agak goyah dari aspek vokal dan penyampaian buat kedua-dua orang juri tetap itu.
Begitupun, Naufal punya sebab kukuh mengapa kualiti persembahan tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Bercakap kepada REMAJA selepas tamat konsert, Naufal mendedahkan bahawa persediaannya untuk menyanyikan lagu Only itu amat terganggu setelah dia diserang isu kesihatan pada bahagian kerongkong. Sekaligus, Naufal menolak persepsi penonton kononnya dia tidak selesa membawakan lagu bahasa asing.
“Tentunya kecewa sebab saya sudah berikan 100 peratus dalam persembahan saya. Saya sakit tekak sebenarnya.
“Dari minggu lepas apabila saya mendapat lagu Korea, Only; saya sudah all out untuk hafal lirik dan sebagainya sehingga jam 5 pagi selepas pulang dari Big Stage
“(Untuk menyanyikan) lagu Korea sebenarnya tiada masalah. Tetapi masuk hari Rabu, tekak saya mula buat hal sehingga ke hari ini (Ahad). Suara saya pun tiada.”
“Bila tekak bermasalah, saya tidak boleh pergi ke banyak key seperti falsetto. Cuma saya puas bila tempo vokal saya semasa live lebih baik berbanding semasa rehearsal. Feeling untuk arwah ayah juga ‘masuk’ walaupun menyanyikan lagu bahasa asing,” ulas penyanyi kecil molek berusia 23 tahun itu.
“Nak buat macam mana, sampai di sini sahaja rezeki saya. InsyaAllah di luar nanti saya akan buat yang terbaik.”
Melihat kepada papan skor markah juri tetap dan juri undangan, Ernie Zakri pada malam tersebut, Naufal Azrin sebenarnya bukanlah peserta yang memperolehi skor terendah.
Dia memperolehi jumlah markah sebanyak 62.33 peratus, sekaligus berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding Meer Nash (57.33 peratus) dan kumpulan Coex (58.33 peratus).
Ternyata, undian peminat yang menjadi penghalang buat Naufal melangkah ke peringkat seterusnya.
“Itu semua hak netizen dan peminat, jadi tidak timbul rasa tidak puas hati kerana undian terhadap saya rendah. Tapi saya percaya, semua yang berlaku dalam hidup saya sudah ditentukan oleh Tuhan. Jadi saya follow the flow sahaja,” katanya.
Bercakap mengenai following the flow, kongsi Naufal, dia bakal muncul dengan satu lagi buah tangan bersama rakan duetnya, Nuha Bahrin dalam masa terdekat memandangkan permintaan peminat terhadap gandingan tersebut masih kuat selepas mereka muncul sebelum ini dengan lagu seperti Casablanca dan Jika (versi Arab daripada nyanyian asal Melly Goeslow ft Ari Lasso).
“InsyaAllah saya akan keluarkan sebuah lagi single bersama Nuha. Selepas single ini, mungkin saya akan fikirkan kemunculan lagu solo pula. Nyanyian adalah minat saya, jadi tidak mungkin saya akan berhenti walaupun perjalanan pertandingan di Big Stage terhenti setakat minggu ketiga.
Terdahulu, Naufal Azrin telah diselamatkan oleh Ajai dan Aina Abdul daripada penyingkiran konsert minggu kedua selepas mereka menggunakan tiket ‘Imunity X’ ke atas seorang lagi peserta, Isaac Voo.
“Isaac pun dah buat yang terbaik, saya pun dah buat yang terbaik. Kami kena terima sahaja nasib dalam pertandingan. Bila dah tersingkir, kami perlu banyak merancang untuk jadi yang lebih baik dan kuat dalam industri nyanyian,” komen Naufal.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.