Buat kali pertamanya di Malaysia, jenama fesyen atas talian popular SHEIN tampil dengan koleksi persalinan ‘modest-wear’ yang bertepatan dengan mood bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Istimewanya bagi meraikan koleksi blaus, skirt labuh dan aksesori beg mini serta tali pinggang yang bersesuaian untuk korang gayakan sewaktu beraya kelak, SHEIN bersama-sama dengan Iman Troye telahpun mencipta beberapa looks sebagai inspirasi gaya agar korang tidak lagi perlu tertanya-tanya which item matches with what anymore.
Sekilas pandangan terhadap koleksi bersama penyanyi Pejam Celik Hari Raya ini, ia telah distailkan khas untuk mengikut gaya penyanyi genit ini yang selalunya selesa dengan pemakaian feminin dan menutup aurat.
Ia hadir dengan palet warna neutral serta pastel yang (1) boleh dipakai semula walaupun selepas musim perayaan dan (2) boleh disuai padan dengan mana-mana item lain mengikut kreativiti serta stail korang.
“SHEIN belum pernah lagi mengecewakan saya dengan pemilihan pakaian yang banyak untuk saya sesuaikan dengan stail peribadi. Saya berharap koleksi eksklusif ini akan membuatkan koleksi anda lebih ceria!” katanya.
Bersempena pelancaran koleksi tersebut, SHEIN Malaysia akan menganjurkan sesi live streaming hari Jumaat ini (15 April) bermula jam 9.00 malam dengan pelbagai tawaran ‘flash sale’ dan hadiah untuk dimenangi. Tak sabarnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyertai pertandingan ratu cantik bukanlah satu perkara yang mudah, sebaliknya peserta perlu memberikan tumpuan 100% agar prestasi kekal terjaga sekaligus mengharumkan nama negara yang dibawa bersama.
Terbaharu daripada dunia ratu cantik Malaysia, gadis berusia 20 tahun, Dheper Reshaa Teh mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Teen Universe 2022 setelah ditunda tahun lalu dek pandemik Covid-19.
Dalam acara yang berlangsung di Dubai itu, dia telah berjaya menggondol gelaran Miss Teen Elegance.
Biarpun tidak tersenarai dalam kedudukan tiga peserta terbaik, namun sedikit sebanyak kemenangan menerusi kategori tersebut menunjukkan kesungguhan dan semangat juangnya berjaya membuahkan hasil.
“Saya sangat gembira dan berbesar hati kerana dinamakan Miss Teen Elegance. Gelaran ini adalah salah satu gelaran yang paling penting, dan seorang wanita pastinya memerlukan keanggunan!
Saya berterima kasih untuk gelaran yang diberi ini. Banyak usaha telah saya curahkan untuk pertandingan ini, dan saya gembira usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Selain itu, gdis berkulit sawo matang ini turut berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan tim Malaysia yang menyokongnya tanpa henti sepanjang pertandingan itu berlangsung.
Gelaran Miss Teen Universe 2022 telah jatuh kepada wakil dari Peru, Daniela Lei. Manakala, wakil dari negara jiran Malaysia, Filipina menerusi perwakilan Kylie Luy telah berjaya dinobatkan sebagai Miss Teen Asia 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kecil lagi, kita sudah dihidangkan dengan imej cantik dan sempurna si Disney Princess..
Cinderella, Snow White, Red Riding Hood dan ramai lagi puteri Disney ditonjolkan sebagai perempuan yang ramping, berdagu runcing dan tubuhnya bersaiz tidak masuk akal jika dibandingkan dengan realiti sebenar tubuh manusia.
Disney pernah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi latar belakang, warna kulit dan bentuk tubuh badan karakter utama di dalam filem keluaran mereka. Antaranya ialah Merida dari filem Brave dan Moana yang bertubuh normal seperti kanak-kanak perempuan biasa.
Namun selain daripada itu, tak banyak imej lain yang sebegitu rupanya.
Oleh sebab itu, seorang artis ilustrator melalui akaun Instagram-nya, Neoqlassical Art Official telah mempamerkan karya lukisan grafiknya yang meraikan perempuan bertubuh normal.
Ini termasuklah koleksi puteri-puteri Disney yang diolah. To be honest, they look just as beautiful as the original version!
Cuba lihat 12Puteri Disney pilihan kami, mana satu yang paling korang gemari?
01
Ariel dari Little Mermaid
02
Merida dari Brave
03
Alice dari Alice In Wonderland
04
Snow White
05
Mulan
06
Moana
07
Anna & Elsa dari Frozen
08
Rapunzel dari Tangled
09
Jane dari Tarzan
10
Cinderella
11
Jasmine dari Aladdin
12
Aurora dari Sleeping Beauty
Cantikkan! Kita semua patut berbangga dengan tubuh badan sendiri.
#GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fesyen dan Anugerah Juara Lagu sememangnya berpisah tiada.
Sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) selama 38 edisi, pelbagai jenis fesyen dan gaya solekan pernah mewarnai pentas berprestij industri muzik tempatan itu. Rata-rata edisi pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu dua gaya ikonik yang akan kekal diingati dan disebut-sebut biarpun bertahun-tahun telah berlalu. (Hello gaun hati berlampu Ramlah Ram dari Juara Lagu 1988!).
Edisi ke-38 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 3 Mac lalu tidak terkecuali apabila beberapa fesyen unik yang digayakan oleh para pesertanya berjaya mencuri perhatian sehingga menjadi topik perbualan tular di media sosial.
Antara yang diperkatakan tentulah gaya menyerlah pelantun lagu Astana, Ernie Zakri yang juga merupakan persembahan penutup penuh gemilang.
Seperti tahun-tahun sudah, Ernie kekal setia dengan pereka fesyen duo, AMAZE bagi melunaskan gayanya di pentas AJL. Namun kali ini, Ernie tampil sedikit berbeza apabila persalinan serba merahnya dengan perincian lipatan fabrik (pleats) bukan hanya tampak elegan lagi menyelesakan.
Bahkan, gaya Ernie juga disebut-sebut dek aksesori berbentuk ‘hijab helmet’ dengan perincian manik kemas bagi melengkapi konsep sebagai pahlawan wanita yang bersedia untuk berjuang.
Ketika dihubungi REMAJA, penata gaya hijabnya, Nazrul Anas yang lebih mesra dengan pena media sosialnya, @nazlivingastyle berkongsi bahawa persalinan kali ini adalah buah minda Ernie sendiri baik dari segi baju, solekan hinggalah ke gaya hijabnya.
Utus pemenang kategori Vokal Terbaik AJL ke-32 dan AJL ke-35 itu, beliau ingin tampil ibarat pahlawan feminis dan seorang goddess di atas pentas. Ia bersesuaian dengan mesej Astana yang mengajak wanita agar bangkit semula, ibarat burung phoenix yang mengepakkan sayapnya dari celahan abu yang membukit.
“Input yang diberikan Ernie cukup mudah, beliau ingin tampil seperti pejuang. Busana oleh AMAZE sendiri sudah sarat dengan elemen warrior seperti perincian tali di bahagian hadapan. Jadi saya gabungkan pula dengan hijab ala topi gladiator. Begitulah idea wanita yang bersedia untuk berjuang untuk nasib kehidupannya.
“Ia merupakan intepretasi visual agar Ernie kelihatan gagah namun masih memberikan keselesaan maksimum untuknya beraksi,” kata Naz.
Menariknya, gaya hijab ini merupakan prototaip kedua yang diusulkan Naz bersama pasukannya selepas prototaip hijab pertama ditolak Ernie demi tidak menjentik sensitiviti masyarakat.
“Glam team Ernie menolak prototaip pertama secara baik kerana tidak mahu mengundang cemuhan. Prototaip untuk menampilkan hair extension dari bahagian atas helmet.
“Memandangkan Ernie merupakan seorang selebriti berhijab, elemen rambut palsu ini dilihat tidak bersesuaian dengannya. Seperkara lagi, ia sedikit over-the-top lalu menganggu gerak-gerinya nanti. Oleh itu, kami usulkan prototaip kedua dan ia merupakan padanan sempurna buatnya,” ujar Naz lagi.
Fun fact! ‘Hijab helmet’ tersebut disiapkan sehingga ke detik-detik terakhir sebelum Ernie melangkah naik ke pentas demi mendapatkan ukuran terbaik dari segi diameter kepalanya dan bahagian ‘inner ninja’ yang menutupi lehernya.
“Nasib baiklah Ernie menutupi AJL tempoh hari. Oleh itu, kami mendapat kelebihan masa yang lebih panjang untuk menyiapkannya for last touch ups.”
Menyentuh mengenai hubungan profesionalnya dengan Ernie Zakri sebagai penata gaya hijab, Naz bersyukur Ernie sentiasa memudahkan proses dari A-Z apabila mendapatkan perkhidmatannya.
“Kita rasa appreciated bila bersama Ernie dan pasukannya.”
“Tidak kiralah apa juga keputusan AJL yang diterimanya, seluruh pasukan Ernie akan selalu merasa puas kerana setiap individu telah memberikan kudrat sehabis baik.
“Beliau selalu memesan kepada kami to always do what you love and spread positivity. It is always fun to be a part of her team,” simpulnya.
Dalam perkembangan lain, Naz kini bersiap sedia untuk dua buah projek berskala besar yang bakal menjelang iaitu konsert Aina Abdul Bersama MPO (11 Mei) dan Ziana Zain Konsert 2024 (25 Mei).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!