Selain menampilkan Sherry al Hadad sebagai pengacara, program terbaru terbitan Astro Ria iaitu ‘All Together Now Malaysia’ juga akan mengandingkan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai Hos untuk program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.

Shaza Bae Teruja Jumpa 50 Juri ‘All Together Now Malaysia’

REMAJA sempat menemubual Dewi Remaja 2019, Shaza Bae untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now dari United Kingdom terbitan BBC One ini.

Shaza Bae atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri bersyukur terus diberi peluang mengendalikan program realiti apatah lagi kali ini, dia bergandingan dengan Juara Hero Remaja tahun lepas iaitu Nadhir.

Shaza Bae Teruja Jumpa 50 Juri ‘All Together Now Malaysia’

Its very easy work with Nadhir. Dia seorang yang sangat senang berkerjasama. Malah kami akan membahagikan tugas bersama macam kalau Nadhir buat intro, Shaza akan buat end kredit. Walaupun baru pertama kali berkerjasama dalam program ini, Shaza harap ada rezeki berkerja lagi dengan Nadhir terutama dalam bidang lakonan.”

Uniknya lagi, buat pertama kali Malaysia bakal menyaksikan jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar,seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.

Ads

Ditanya perasaan ketika perlu menemubual 50 juri, bagi Shaza beliau sangat teruja ketika bertemu dan menemubual primadona filem melayu sepanjang zaman iaitu kak Erra Fazira.

Shaza Bae Teruja Jumpa 50 Juri ‘All Together Now Malaysia’

“Paling nervous kena interview kak Erra Fazira sebab aura dia tu lain macam. So bila Shaza interview dia, macam terkesima dengan kecantikan dia yang tak dimamah usia itu. Dari dulu sampai sekarang sama je cantik.”

“Tapi apa yang Shaza nampak sepanjang menebual semua juri, Shaza dapat lihat kesemua juri berpegang teguh dengan pendirian masing-masing.”

Ads

Tambahan Shaza lagi, dia berasa sangat beruntung menjadi hos kapsul dan sebahagian keluarga All Together Now Malaysia kerana dapat melihat peserta terlebih dahulu dan dapat interview 50 juri yang terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya. Malah rancangan ini juga dihoskan selebriti popular, Sherry Al-Hadad.

Antara juri lain yang terbabit adalah Syamel, Ernie Zakri, Mark Adam, Noryn Aziz, Tuju, Siti Nordiana, Zizan Razak, Khai Bahar, Zizi Kirana dan ramai lagi.

Shaza berkongsi perasaan gembira bertemu ‘adik’ dewi remaja dalam program ini iaitu Dian Fernandez.

Ads

Shaza Bae Teruja Jumpa 50 Juri ‘All Together Now Malaysia’

“Cukup happy bila dapat tahu, ada ‘adik-beradik’ Dewi Remaja yang join dalam program ini, tiap hari Shaza akan tanya krew produksi Dian ada tak hari ini. Tapi bila dapat jumpa Dian, Shaza sempat bagi tahu dia just enjoy dan she did a very well performance,” katanya.”

Shaza bersyukur semua artis menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang penggambaran. ATNMY yang dirakam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam, mulai 6 Jun ini.

Untuk info, dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ATNMY Final untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Dengar cerita Dewi Shaza ni, rasa tak sabar pula penulis nak tunggu 6 Jun ni.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI