Penyanyi terkenal, Shawn Mendes baru-baru ini meraih perhatian orang ramai di media sosial apabila dilihat hadir ke sebuah masjid di New York University (NYU) bagi menunaikan solat Jumaat.
Pelantun lagu Stitches itu difahamkan turut ditemani sahabatnya, Mustafa Ahmed yang juga merupakan seorang penyanyi dan pemuisi beragama Islam.
Kehadiran pemuda berusia 27 tahun itu ke tempat ibadah orang muslim secara tidak dijangka itu telah mengundang pelbagai reaksi warga internet, malah ada yang tidak percaya dengan perkhabaran tersebut.
Setelah tular gambar Shawn dan Mustafa di media sosial, ada sesetengah peminat di platform X tidak dapat menahan kegembiraan mereka, namun dalam masa sama turut berasa keliru tentang kesahihan berita tersebut.
Kelibat Shawn Mendes yang dilhat sedang mendengar khutbah Jumaat
Dalam pada itu, Mendes yang terkenal dengan lagu hit seperti In My Blood dan There’s Nothing Holdin’ Me Back itu sebelum ini difahamkan mengambil keputusan berehat daripada dunia hiburan buat sementara waktu.
Ads
Bekas kekasih Camila Cabello itu juga dilihat duduk bersama dengan jemaah lain sambil mendengar khutbah Jumaat.
Selain itu, spekulasi mengatakan bahawa ia sebagai tanda sokongan Mendes buat sahabatnya Mustafa, membuatkannya sanggup solat Jumaat bersama-sama meskipun kurang faham mengenainya.
Ads
Shawn Mendes yang sempat bergambar bersama peminat selepas solat Jumaat
Pada masa sama, jemaah yang berada di masjid berkenaan berkata, penyanyi pop tersebut juga dilihat berdiri dalam saf dan belajar tentang tatacara solat Jumaat.
Disebabkan terlalu teruja dengan kehadiran selebriti ternama itu, ruangan komen di X dibanjiri komen-komen lucu sehinggakan ada yang menggelar Mendes ‘Brother Shawn’ dan ‘Shabab Mohammed’ untuk nama Islam beliau.
Ads
Walaupun setengahnya menyifatkan ia sebagai misteri awal tahun baharu, peminat sudah mulai suka dengan peribadi Mendes yang tidak kekok mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam.
Meskipun begitu, masih belum ada sebarang pengesahan daripada tuan empunya badan, tetapi perkongsian foto yang dimuat naik di X mencapai tontonan lebih kurang 2.3 juta.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah beberapa kali sebenarnya grup popular, Backstreet Boys turun ke rantau Asia Tenggara tetapi mereka enggan berkunjung ke Kuala Lumpur.
Kali terakhir mereka ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 di Stadium Negara. Tahun lalu, mereka memilih Singapura untuk jelajah Larger Than Life yang berjaya menarik 20,000 orang peminat di Stadium Nasional negara itu.
Nampaknya, nasib kita pada tahun 2019 juga masih tak bertuah selepas senarai penuh bandaraya Asia untuk tour Backstreet Boys dikeluarkan petang tadi di laman web rasmi mereka. Pengumuman itu juga dilakukan melalui video di Facebook.
Sepanjang bulan Oktober hadapan, mereka akan menjelajah ke sekitar Asia terutamanya di Asia Tenggara. Antaranya termasuklah:
12 Oktober – Tokyo Jepun
13 Oktober – Tokyo Jepun
16 Oktober – Osaka, Jepun
19 Oktober – Macau, China
22 Oktover – Taipen, Taiwan
24 Oktober – Bangkok, Thailand
26 Oktober – Jakarta, Indonesia
28 Oktober – Manila, Filipina
30 Oktober – Singapura
Jadi bagi korang yang nak menonton Backstreet Boys secara live, bolehlah rancang percutian ke Bangkok, Jakarta, Manila atau Singapura kelak.
Tiket fan club akan mula dijual lebih awal pada 28 Mac ini dan berakhir pada keesokan harinya. Sementara itu, tiket selebihnya akan dijual pada orang ramai pada 1 April jam 10 pagi.
Bagi yang tak ada bajet lebih untuk tiket penerbangan dan cas hotel tu, korang masih ada konsert Westlife Ogos ini kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemuzik dan pelakon, Kevin Jonas menasihatkan pengikutnya di media sosial agar sentiasa membuat pemeriksaan tahi lalat dengan pakar kulit agar pengesanan kanser dapat dikesan lebih awal.
“Jadi hari ini saya sudah selesai jalani pembedahan dan kini dalam tempoh penyembuhan”
“Pastikan anda sentiasa peka dengan tahi lalat yang mungkin menyebabkan berlakunya kanser”
Kredit: Instagram Kevin Jonas
Anggota Jonas Brothers itu berkata melalui perkongsiannya di media sosial, susulan diagnosis yang mengesahkan dia menghidapi kanser kulit dan mengambil keputusan untuk membuang tahi lalat pada bahagian dahinya.
“Saya telah menjalani pembedahan bagi membuang karsinoma sel basal pada dahi. Ia adalah kanser kulit yang jika dibiarkan boleh merebak”
Karsinoma sel basal adalah kanser kulit paling ringan. Kanser ini dinamakan sedemikian kerana ia bermula dari kumpulan sel yang disebut sebagai sel basal.
Sel basal merupakan sel paling bawah pada epidermis. Ia berubah menjadi kanser apabila terdapat mutasi pada DNA disebabkan terdedah pada sinaran UV dari cahaya matahari dan lampu serta tilam tanning.
Kredit: Instagram Kevin Jonas
Dalam pada itu, Kevin menerima banyak sokongan daripada peminat melalui hantaran yang sama termasuk daripada akaun Instagram Yayasan Kanser Kulit.
“Kami bersimpati terhadap kanser yang dihidapi. Terima kasih kerana memupuk kesedaran awam. Pengesanan awal adalah kunci. Semoga kamu segera sembuh,” kata Yayasan Kanser Kulit.
Sementara itu, Jonas Brothers dijangka meneruskan konsert jelajah mereka di Mexico ketika ini pada Ogos depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mendapat pujian ramai kerana memaparkan jalan cerita yang ‘segar’ dan turut melakar kejutan apabila memenangi dua anugerah di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 yang berlangsung di Victoria Theatre, Singapura.
Terkini, drama bersiri komedia mafia pertama di Malaysia, Keluarga Baha Don kini kembali untuk musim kedua yang menjanjikan lebih banyak babak yang menarik.
Dibarisi Pelakon Hebat
Masih mengekalkan barisan-barisan pelakon utama nya seperti Remy Ishak,Othman Hafsham, Jihan Muse, Mark Adam, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha dan Melissa Campbell, bagi musim kali ini juga bakal memperlihatkan penampilan istimewa dari Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan, Marsha Milan dan ramai lagi.
Mengenai musim kedua Keluarga Baha Don, Jo (Remy Ishak) mendapati bahawa bapanya, Baha Don (Othman Hafsham) berkemungkinan masih hidup. Dalam musim terdahulu, Jo terpaksa pulang ke Malaysia akibat kematian bapanya dan turut mewarisi kekayaan dan perniagaan keluarga biarpun abangnya, Mat Don (Khir Rahman) masih hidup.
Untuk menonton siri komedi ini, muat turun app Viu di Google Play Store dan Apple App Store atau log masuk ke laman web Viu.com . Untuk kepuasan maksima, tontonlah keseluruhan musim pertama sebelum musim kedua. Kemudian tontonlah musim 2 bermula hari ini di mana episod baru akan ditayangkan setiap hari Khamis.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!