Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Aryana meraih perhatian di media sosial apabila tampil dengan imej lebih sopan selepas memutuskan untuk mula mengenakan hijab. Penampilan terbaharu ini turut mencuri tumpuan warga internet dan mendapat reaksi positif dari ramai pihak.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya, pemilik nama sebenar Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya (31) yang lebih mesra disapa Yana Alyahya berkata, keputusan untuk berubah itu datang dengan keikhlasan selepas melalui pelbagai fasa penting dalam kehidupannya.

“Saya gunakan perkataan ‘cuba’ sebab ada orang tanya sama ada ini hanya untuk bulan Ramadan atau akan terus kekal. Saya sendiri pun tidak tahu,” katanya.

“Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik” Sharifah Aryana Tampil Berhijab, Harap Imej Baru Akan Terus Kekal “Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik” Sharifah Aryana Tampil Berhijab, Harap Imej Baru Akan Terus Kekal

Ads

“Saya rasa sejak dulu lagi saya tahu suatu hari nanti saya akan memakai tudung, tapi bila tu saya tidak tahu,” jelasnya dengan tenang.

Dalam pada itu, Yana Alyahya turut berkongsi bahawa pada tahun lalu beliau telah mencecah usia 30 tahun, satu titik dalam hidupnya yang mendorong dirinya membuat keputusan penting ini. Ujarnya, usia yang semakin matang membawa satu ketenangan yang membantunya menghadapi perubahan dengan lebih positif.

“Saya tidak mahu terlebih berjanji dan akhirnya tidak dapat tunaikan apa-apa. Jadi saya mohon semua bersabar dan kalau boleh jangan marah atau mengecam saya. Saya hanya manusia biasa yang sedang mencuba menjadi sebaik mungkin,” tambah Yana.

“Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik” Sharifah Aryana Tampil Berhijab, Harap Imej Baru Akan Terus Kekal

Ads

Menurut pelakon yang popular menerusi filem ‘Mukhsin’ dan ‘Puaka Tebing Biru’ ini, selepas melahirkan anak dan melalui pelbagai pengalaman dalam hidup, beliau menyuarakan keinginan untuk menjadi lebih baik.

Pada masa yang sama, Yana juga menyedari bahawa perubahan ini merupakan satu penyesuaian besar dalam hidupnya dan bertekad untuk melakukannya dengan kesungguhan, tanpa memberi tekanan kepada diri sendiri, agar ia dapat dilakukan dengan baik dan berkekalan.

Ads

Di penghujung video, Yana sempat bertegas mengenai setiap individu mempunyai hak untuk berubah, belajar dan memperbaiki diri agar menjadi versi terbaik diri sendiri, tanpa mengira pengalaman lampau atau keadaan diri sebelum ini.

Sumber artikel & foto: Instagram Sharifah Aryana

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads