Semalam, suhu di Twitter bertambah hangat sedikit apabila pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan kekecewaan berhubung isu stesen televisyen yang enggan membayar pelakon untuk setiap poster promosi drama di akaun Instagram peribadi.
Umum mengetahui tentang rutin pelakon drama serta filem yang selalu memuat naik poster drama, klip 30 saat setiap episod dan sebagainya di Instagram demi mengajak peminat menonton drama lakonan masing-masing.
Namun, tak ramai yang tahu bahawa setiap posting itu sebenarnya dimuat naik secara percuma!
Menurut luahan Sharifah Sakinah di Instagram (dan kemudian dikongsikan di Twitter), isu ini kelihatan tidak adil bagi pihak pelakon kerana setiap posting di Instagram seharusnya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka.
Dengan budaya ‘posting percuma’ oleh stesen televisyen atas alasan untuk menaikkan rating drama lakonan sendiri atau sebagai nilai tambah kepada exposure seseorang pelakon, mereka seolah-olah terpaksa ‘mengekor’ saja kehendak itu kerana ‘posting percuma’ sudah menjadi budaya industri drama.
Luah Sakinah, “Instafamous akan menerima bayaran jika mereka keluar TV tetapi apabila seorang pelakon kena buat promosi di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma. Walhal, kedua-dua platform ini tempat kami cari makan.”
Ads
Instagram
Walaupun jelas kecewa, Sakinah bertanyakan pada followers-nya jika apa yang disoalkan itu adil dan betul. “Nak ikutkan kontrak, saya dibayar untuk kerja lakonan saja. Media sosial saya adalah sumber sampingan yang saya jaga selama ini.
“Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi. Nak tanya saja sebab Instafamous masuk TV pun kena bayar, bukan percuma. Jadi saya rasa Instagram saya pun bukan percuma,” katanya.
Bukan sinikal tetapi itulah fakta.
Luahan Sakinah itu telah mendapat feedback yang mengajak kepada perbincangan terbuka di Twitter. Pelakon, Sharifah Amani berkata, “Enough is enough, no more freebies!” (Cukup sudah dengan kerja percuma).
Ads
Tambah pelakon Sepet itu, mana-mana pelakon yang cuba untuk bincangkan kontrak bersama pihak produksi (jika ingin membuat perubahan tentang bayaran promosi di Instagram, sebagai contoh) dengan mudahnya akan ditukar dengan pelakon lain.
Seorang lagi pelakon lain iaitu Tiz Zaqyah pula berkata, ramai pelakon di Malaysia yang berpendidikan dan memahami kontrak lakonan. Namun, para pelakon masih belum bersatu hati untuk menangkis sebarang isu penting, seperti ini.
Ada yang mempertikaikan itulah tugas persatuan seperti SENIMAN iaitu untuk membela nasib anak seni. Namun terlalu ramai pelakon berpendidikan dan berpengalaman yang lebih sanggup untuk berdiam diri demi menjaga periuk nasi sendiri.
Senang cerita, kalau kru bising mereka tukar kru. Kalau pelakon bising pelakon akan digam.
Hhm, apa pendapat korang?
*
VIDEO REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah apa yang menimpa seorang atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada usia 18 tahun pada 26 Disember lalu.
Mengikut laporan CNA, hal ini disahkan sendiri oleh kakak kepada atlet ini menerusi laman Instagram dan mengatakan ia perkhabaran yang sukar buat keluarganya untuk memaklumkan mengenai perkara itu.
Kredit foto: CNA
“Pada 26 Disember 2022, keluarga kami mengalami sesuatu yang tidak perlu dilalui oleh keluarga.
“Amat sukar mengatakan ini, Victoria kami telah meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar hancur sejak itu, kami merinduinya.”
Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe, Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak diberitahu kepada umum.
Kredit foto: CNA
Info berkaitan Victoria Lee,
1. Victoria Lee dilahirkan di Hawaii, Victoria Lee mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.
2. Victoria dilantik sebagai penolong tenaga pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni bela diri di Singapura.
3. Menurut South China Morning Post, dia dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari di Bangkok.
4. Dia turut diberi gelaran ‘The Prodigy’ dan merupakan adik kepada ONE juara lightweight dan welterweight Christian Lee.
5. Difahamkan, Victoria Lee membuat penampilan pertama MMA profesionalnya pada Februari 2021, mengalahkan pemain Thailand Sunisa Srisen.
Tentu sekali hal ini merupakan kehilangan besar buat dunia MMA. Takziah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Victoria Lee.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, negara Emiriah Arab Bersatu ataupun UAE dikenali sebagai salah satu negara majoriti Islam yang cukup tegas dalam sistem perundangannya yang berasaskan agama Islam.
Sama ada ia membabitkan orang Islam ataupun bukan Islam, sesiapa saja yang berada di negara tersebut sebagai warganegara mahupun pelancong diwajibkan mengikut sistem perundangannya seperti larangan minuman alkohol di kawasan awam dan larangan berzina bagi pasangan yang belum berkahwin secaa sah.
Bagaimanapun, semua itu dilihat berubah selepas UAE mengumumkan beberapa perubahan pada hujung minggu lalu demi menarik perhatian pelabur dan pelancong asing terutamanya dari negara Barat terhadap polisi negara tersebut yang lebih longgar.
Antara perubahan yang diumumkan termasuklah pengambilan alkohol di tempat awam yang kini bukan lagi satu bentuk kesalahan di sana.
Sesiapa yang mengambil, memiliki atau menjual minuman alkohol di kawasan yang dibenarkan kini terlepas daripada sebarang pendakwaan. Baik warga asing mahupun rakyat UAE sendiri kini dibenarkan untuk membeli dan mengambil minuman alkohol secara terang-terangan! Mereka hanya perlu berusia 21 tahun ke atas untuk mengambilnya.
Selain perubahan itu, antara perubahan lain yang dilaporkan oleh media UAE termasuklah undang-undang penceraian, pewarisan harta, cubaan membunuh diri dan undang-undang melibatkan pasangan lelaki dan perempuan yang bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Untuk pengetahuan korang, hampir 90 peratus daripada 10 juta orang yang kini menetap di UAE terdiri daripada warga asing dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Arab yang lain. Ini sekaligus mengakibatkan campuran budaya dan agama di UAE dan ia mendorong jabatan perundangan negara tersebut untuk melaksanakan perubahan terbabit demi menyediakan “tempat yang menarik minat sosial dan ekonomi pelabur antarabangsa”.
Sebelum ini, UAE secaa perlahan-lahan mengubah negara mereka untuk menjadi lebih moden dengan membenarkan kaum wanita mendapatkan lesen memandu dan dibenarkan memandu berseorangan.
Siapa yang tidak terkejut jika melihat anak patung pembunuh yang hit pada tahun 1988, iaitu Chucky berkeliaran di kawasan perumahan. Di Alabama, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berjaya menakutkan masyarakat dengan kostum yang dipakai dari filem Chucky itu.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kendra Walden baru-baru ini telah memuat naik siri gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak seperti anak patung Chucky sedang berjalan di sekitar kawasan kejiranan Alabama.
Gambar-gambar itu menjadi tular dan menerima lebih daripada 50 ribu tanda suka dan lebih 109,000 perkongsian di platform itu selepas Walden menyiarkannya pada 13 Julai lalu.
Menurut Walden, dia seperti melihat sesuatu apabila anak patung Chucky itu muncul di jalan ketika dalam perjalan pulang ke rumah. Apabila semakin dekat, dia melihat bahawa ia adalah nyata dan sangat menakukan.
Namun, budak lelaki yang memakai topeng Chucky itu telah menanggalkannya sebentar tetapi memakai semula apabila menyedari kehadiran mereka.
Selepas hantaran yang dimuat naik di Facebook itu menjadi tular, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu menghubunginya menerusi Facebook dan ketika itu barulah Walden mengetahui bahwa anak lelaki disebalik topeng itu baharu berusia lima tahun.
Aduh, kalau kita terjumpa Chucky tepi jalan pun mesti seriau kan? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!