Pelakon jelita, Emma Maembong dan suami tercinta, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram putera sulungnya, Shariq Gabriel, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi video itu rata-rata netizen merasa sebak melihat momen-momen manis Emma bersama anak-anaknya.
Emma turut mendedikasikan video itu buat cahaya mata sulungnya itu yang selama ini telah mengajarnya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik.
“You will always be my firstborn, terima kasih sebab banyak ajar mama,” coretnya lagi.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dinafikan, hujung tahun 2022 telah bertukar dramatik buat YG Entertainment setelah satu persatu artis kelolaannya meninggalkan agensi K-pop terkenal itu.
Pada 27 Disember 2022, anggota Big Bang Daesung secara rasminya telah meninggalkan YG Entertainment. Hanya pada 2 Januari semalam, penyanyi itu mengeluarkan kenyataan rasmi pertamanya.
Daesung.
Menerusi satu hantaran video di saluran YouTube, dia membacakan catatan di dalam sebuah buku lakaran yang ditujukan kepada syarikat berkenaan dan para peminatnya.
“Terima kasih, ‘Y’ou were ‘G’ood. Terima kasih. Saya benar-benar terhutang budi kerana anda menjaga saya selama ini dan membantu saya menjadi seorang dewasa seperti hari ini. Dengan perasaan syukur dalam diri ini, saya akan memulakan perjalanan baharu.”
“Tipulah jika saya katakan saya tidak takut.”
“Namun, secemas mana pun saya untuk mengambil langkah baharu ini, saya percaya ia akan membuahkan hasil,” catatnya.
“Tahun 2023 kini di hadapan kita. Tanpa mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan, saya mengambil langkah ke hadapan dengan hati yang kental dan keazaman yang tinggi.
“Walaupun saya masih belum berpengalaman dan lemah dari banyak aspek, saya berharap anda akan terus menyokong perjalanan saya ini. Terima kasih. Selamat tahun baru, semua.
“Seseorang pernah berkata, tiada apa yang kekal. Tidak. Ada perkara yang kekal.. selamanya. Ia adalah Big Bang,” akhirinya.
Terlebih dahulu, rakan seangkatan Daesung iaitu T.O.P (Big Bang) meninggalkan YG Entertainment seawal Februari 2022.
Langkah itu diikuti oleh Taeyang (Big Bang) berpindah dari YG Entertainment ke THE BLACK LABEL iaitu sebuah syarikat cabang di bawah YG Entertainment. Manakala kontrak bekas ahli Big Bang, Seungri pula terlerai susulan kes mahkamah membabitkannya.
Selain tiga anggota Big Bang yang meninggalkan YG Entertainment, artis lain yang turut melakukan perkara sama sepanjang tahun 2022 ialah Bang Yedam (TREASURE), Mashiho (TREASURE) dan kumpulan iKON.
(Dari atas, kiri): Bang Yedam (TREASURE), Mashiho (TREASURE) dan kumpulan iKON.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tumbuhan hijau boleh menenangkan mata dan dikatakan juga baik untuk pengawalan emosi dan mental. Bukan sahaja dijadikan sebagai dekorasi, tumbuhan yang diletakkan dalam sesebuah ruang mempunyai fungsi dan manfaat tersendiri.
Tapi korang tahu tak ada pokok dan tanaman yang boleh di jadikan penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.
Malah jka anda letakkan beberapa tumbuhan pilihan yang REMAJA senaraikan ini, nescaya ia dapat membantu bentuk tidur yang berkualiti.
Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga, so tak kisah la kalau korang sejenis pemalas melayan tumbuhan!
Aloe Vera
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.
Spider Plant
Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Pokok Lili Paris
Antara yang terbaik memulihkan udara yang tercemar malah dari kajian sains ia boleh menyingkir 90% komponen udara penyebab kanser. Selain itu ia membersihkan udara dari sebarang bau busuk atau hapak.
Flamingo Lily
Pokok Duit-Duit (Golden Pohtos)
Tumbuhan ini cantik jika dijadikan hiasan gantung. Sama seperti yang lain ia membantu dalam beri ketenangan dan tidur. Apa yang perlu jika hendak membela pokok ini ialah dengan biar dibawah pancaran matahari pagi dan siramkan air seminggu sekali.
Monstera deliciosa
Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
Lidah Mak Mertua
Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.
Tapi AWAS…..jangan salah pilih pokok takut nanti beracun pula! Hujung minggu ini dah boleh ke nursery untuk pilih tumbuhan yang mana untuk bilik tidur korang. hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!