
Baru-baru ini, jaguh karate negara, C Shahmalarani berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila meraih kemenangan pingat perak dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram pada Kejohanan Karate Asia (AKF) 2025 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan, pada Ahad lalu.
Apa yang lebih menarik, pencapaian beliau itu juga telah menamatkan penantian 13 tahun buat Malaysia untuk merangkul pingat perak dalam disiplin kumite.
Walaupun begitu, hasrat atlet remaja berusia 26 tahun itu untuk menghadiahkan emas tidak kesampaian selepas tewas 1-7 kepada wakil tuan rumah Gulshan Alimardanova dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Yunusobod.

“Pingat ini sangat peribadi bagi saya. Ia lebih daripada sekadar kemenangan ini adalah satu pencapaian besar”
“Orang kata jatuh tujuh kali, bangkit lapan kali! Saya ambil tujuh penampilan di AKF untuk akhiri kemarau 13 tahun dan kembalikan nama Malaysia ke pentas final AKF,” katanya.
“Kejayaan ini menuntut pengorbanan besar, lima penyingkiran awal yang mendidik saya tentang kesabaran, ketabahan dan terus berusaha. Kini, saya akhirnya berada di tahap yang saya idamkan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, menurut Shahmalarani, kejayaan itu turut membakar semangatnya untuk terus melakar lebih banyak kejayaan demi mencipta legasi dalam sukan karate.
“Saya tidak akan berhenti di sini. Saya mahu terus mencipta kejayaan demi kejayaan kerana matlamat utama saya adalah meninggalkan legasi bermakna dalam sukan ini,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kali terakhir Malaysia meraih pingat perak dalam acara kumite adalah menerusi R. Loganesha Rao dalam kategori lelaki bawah 55 kilogram pada edisi 2012 di Tashkent.
Manakala, pingat emas terakhir pernah diraih oleh Mohd Hatta Mahamut dalam kategori bawah 84 kilogram pada edisi 2011 di Quanzhou, China.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 11 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375712.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 12 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375714.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 13 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375709.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 14 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375711.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 15 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375708.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 16 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375710.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 17 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375706.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 18 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375707.jpeg)
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 19 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375713.jpeg)







