Sebentar tadi, rata-rata jantung rakyat Malaysia bagaikan nak luruh melihat salah seorang pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh ketika perlumbaan acara keirin yang berlangsung di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Foto Kredit : Bernama
Insiden ini berlaku di perlumbaan kedua pusingan kelayakan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tampak seakan tergelincir dan terjatuh ketika sedang mengejar pendahulu. Kejatuhannya itu telah menyebabkan seorang lagi pelumba di belakangnya, Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan turut terjatuh.
Namun, semangat juang anak kelahiran Muar, Johor ini tidak pudar apabila akhirnya beliau berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam satu lagi perlumbaan Men’s Keirin Repechages -Heat 1 yang diadakan sebentar tadi.
Dalam keadaan sakit akibat kemalangan yang pertamanya, sekali lagi beliau hampir terbabas sekali lagi selepas terdapat sentuhan bersama dengan pelumba lain ketika sedang mengejar pelumba di hadapannya.
Mujur beliau dapat mengawal basikalnya dan sekali gus berjaya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan. Beliau telah berusaha memecut laju memotong satu demi satu pelumba yang berada di hadapannya untuk berada di tempat kedua selepas tamat perlumbaan.
Tempat kedua itu sudah cukup untuk melayakkan dirinya ke pusingan seterusnya mengikut jejak langkah Dato’ Azizulhasni Awang. Sementara itu, seorang lagi atlet trek basikal Malaysia ‘The Pocket Rocket Man’, Datuk Azizulhasni Awang telah menamatkan perlumbaan pusingan pertama acara Keirin lelaki dengan menduduki tempat pertama. Kemenangan itu melayakkan mereka untuk ke peringkat suku akhir.
Lantas, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya Shah Firdaus, pelumba trek negara berusia 25 tahun ini.
Ini merupakan lima fakta menarik mengenainya.
.
01
Pemililik nama penuh Muhammad Shah Firdaus Sharom ini merupakan seorang atlet kelahiran Muar, Johor.
Ads
.
02
Shah telah diintai sebagai atlet trek pelapis negara sejak beberapa tahun yang lalu apabila dia semakin ‘garang’ melaungkan keringat di velodrom dan dilihat berpotensi untuk meneruskan kejayaan Malaysia dalam sukan tersebut.
Antara pencapaian yang masih diingati adalah semasa Shah meraih pingat perak dalam acara Keirin di Kejohanan Asia di Jakarta pada tahun 2019.
.
03
Ini sebenarnya bukanlah kejohanan pertama yang menyaksikan Shah mengenepikan Azizulhasni. Pada Februari lalu, pencapaian satu-dua yang sama telah diraih olehnya di Kejohanan Keirin Victoria.
Shah dan Azizulhasni masing-masing telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan Julai depan. Lalu, kejohanan yang disertai mereka pada awal tahun ini dianggap sebagai satu sesi latihan serta simulasi untuk kejohanan terbesar dunia itu.
.
05
Ini juga bakal menjadi penampilan pertama atlet berketinggian 181cm ini di Sukan Olimpik. Sebelum ini, dia melangkah ke Sukan Komanwel pertamanya pada tahun 2018 di Gold Coast, Australia.
Biapun dia gagal menghadirkan sebarang pingat pada waktu itu, ia ternyata satu pengalaman bermakna untuknya membuktikan potensi di arena sukan sebesar itu.
Syabas Shah Firdaus dan Dato’ Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit selama 6 bulan sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.
Bagaimanapun, moratorium pinjaman bank yang bakal berakhir September ini di lanjutkan tapi dengan bersyarat.
Menerusi lintas langsung pengumuman lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar oleh Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memuat keputusan bahawa moratorium tetap akan dilanjutkan.
Antara golangan yang mendapat lanjutan moratorium.
1. Individu kehilangan pekerjaan pada 2020 dapat tempoh 3 bulan lanjutan moratorium.
2. Bagi individu masih kerja tetapi gaji terjejas dan bayaran dikurangkan ikut pinjaman.
Dalam pada itu, semua golongan juga turut mendapat moratorium dengan keadah seperti di bawah ini :
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan pemberian lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar itu akan diberi kepada individu kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19.
Alhamdulillah, moga berita lanjutan moratorium ini dapat meringankan beban buat korang yang terjejas akibat Covid19 ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan Datuk Jimmy Choo, pereka fesyen terkenal dengan rekaan kasut yang dihasilkannya. Bukan calang-calang selebriti yang pernah dilihat menyarung sepatu dan aksesori rekaan Jimmy Choo antaranya ialah Scarlett Johansson, Bella Hadid, Lady Gaga, Jennifer Lopez dan mendiang Lady Diana.
Malah, mendiang Lady Diana antara nama besar pertama yang menyokong jenama Jimmy Choo sejak ia dilancarkan di London pada tahun 1996.
Baru-baru ini, Seorang fashion vlogger yang bertempat di London, World Microphone telah temu ramah pendek dengan Jimmy Choo. Menariknya, dalam video tersebut, pereka fesyen yang berasal dari Malaysia segak mengenakan persalinan blazer yang diperbuat daripada songket.
Beliau juga dilihat bangga ketika menceritakan tentang fabrik unik digunakannya itu dalam sesi temu ramah tersebut. Menurutnya :
“Bahan untuk hasilkan blazer ini adalah songket. Ia merupakan fabrik berharga dari Malaysia yang dihasilkan dengan tangan serta diperbuat daripada benang emas dan perak. Blazer ini pula direka oleh anak didik saya,” katanya.
Anak didiknya, pereka bernama Peony Sin Hui Wen turut menggayakan baju dress diperbuat daripada kain songket. Rata-rata penonton vlog World Microphone memuji persalinan yang direka Peony dan memuji betapa humble dan beradab Jimmy Choo ketika ditemu bual.
Rata-rata komen netizen dari Malaysia turut meluahkan rasa bangga mereka melihat komen-komen peminat fesyen luar negara yang memuji fabrik songket yang bagi mereka tersangat unik dan cantik.
Bagus Prof Jimmy Choo, selalu mengangkat Malaysia di mata dunia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Namun, tular baru-baru ini di media sosial mengatakan sekitar dua juta penerima dua dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac di Malaysia berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bermula 1 April ini.
Mesej Palsu Di Media Sosial
Tampil menegaskan perkara sebenar, KKM menerusi laman rasmi facebooknya menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesej yang tular di media sosial ini adalah palsu. Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada:
Semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak setelah layak; dan
Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak setelah layak;Hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan BUKAN dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut.
Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, KKM menyarankan penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi cepat-cepat membuat temujanji dan menerima suntikan penggalak.
Sebelum ini, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Hmm…bahaya betul berita palsu ni kan, jadi korang jika tidak pasti berita itu betul jangan la panjangkan pula.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.