Sejak kebelakangan ini, tanah suci Makkah memperlihatkan pembangunan serba moden dan tinggi melangit di sekeliling titik tumpunya, Masjidil Haram.

Ini secara tidak langsung menerbitkan rasa gentar dalam kalangan masyarakat beragama Islam tempatan yang serba tahu mengenai tanda-tanda kecil apabila hari Kiamat semakin dekat. Seperti yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad SAW, salah satu petanda jelas akhir zaman adalah apabila masyarakat dunia berebut-rebut membina bangunan pencakar langit dan ia telahpun berlaku secara drastik termasuklah di tanah suci.

Terbaru, perancangan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Makkah telah menjadi perbualan ramai.

Kota Suci Makkah Bakal Ada Pusat Beli-Belah Terbesar ‘Masar Mall’

Mengikut laporan agensi berita Saudi, pegawai di negara itu telah memeterai perjanjian membina dan mengendalikan pusat beli-belah mewah yang akan dikenali sebagai Masar Mall.

IKLAN

Perjanjian kerjasama pembangunan Masar Mall ini melibatkan syarikat tempatan, Umm Al-Qura sebagai syarikat pembangunan & binaan, pemilik dan pelaksana projek serta Hamat Holding.

Ia telah ditandatangani oleh CEO Umm Al-Qura bagi Pembangunan dan Binaan iaitu Yasser Abu Atiq dengan pengerusi Hamat Holding, Saleh Al-Habib.

Kota Suci Makkah Bakal Ada Pusat Beli-Belah Terbesar ‘Masar Mall’

Kota Suci Makkah Bakal Ada Pusat Beli-Belah Terbesar ‘Masar Mall’

IKLAN

Dengan memakan belanja sebanyak Saudi Riyal 2.7 bilion atau kira-kira RM40.9 bilion, kerja-kerja pembinaan Masar Mall dijangka selesai pada 2026.

Kalau korang hendak tahu, Masar Mall akan dibangunkan pada tapak melebihi keluasan 71,000 meter persegi dan akan menyediakan ruang membeli-belah melebihi 130,000 meter persegi.

Pembangunan yang terletak di pintu masuk bahagian barat Masar ini juga dikatakan ingin memajukan bahagian tanah suci itu sebagai pusat membeli belah dengan peralatan canggih, pusat berlibur dan pusat projek kebudayaan yang terletak di bahagian barat kota Makkah.

Tambahan pula dengan lokasi yang mudah diakses menerusi lebuh raya utara & selatan King Abdul Aziz serta stesen kereta api Haramai, ramai pengunjung dijangka akan ke sini setelah ia selamat dbangunkan.

IKLAN

Hhm..elok-elok Makkah menjadi tanah suci untuk umat Islam beribadah, semakin lama ia seakan sudah terlajak dari trek dan kini bakal menjadi lokasi bercuti pula.

Ingatlah, Umar r.a pernahberkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya “ – (Riwayat Ahmad).

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Arab News

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI