Shah Alam Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Ini 7 Amalan Yang Korang Boleh Buat

Share

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 107 tengah hari semalam.

Menurut Sinar Harian

, berdasarkan peta taburan IPU sebanyak 66 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya tiga stesen mencatatkan bacaan baik iaitu di Sandakan dan Tawau, Sabah dengan bacaan IPU 27 dan 38.
Gambar hiasan

Manakala, Kota Tinggi Johor juga mencatatkan bacaan IPU rendah iaitu 43.

Untuk pengetahuan korang, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Gambar hiasan

Pagi ini juga bandar Shah Alam masih dilihat masih berjerebu. Kesan jerebu ini boleh menyebabkan korang sukar untuk bernafas, gatal-gatal tekak, gatal mata dan bahagian kulit, malah boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian saluran pernafasan.

Oleh itu, korang dinasihatkan untuk melakukan beberapa amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan akibat jerebu.

Antaranya adalah seperti:-

• Kurangkan aktiviti luar

• Jangan merokok

• Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari

Gambar hiasan

• Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar

• Dapatkan nasihat perubatan

• Guna topeng muka (mask) apabila tahap kualiti udara tidak sihat

• Pastikan persekitaran dalam rumah sentiasa bersih

Secara kesimpulannya, elakkan berada di luar rumah/bangunan sekiranya korang tidak mempunyai apa-apa urusan penting okay?

IKLAN