Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 107 tengah hari semalam.
Menurut Sinar Harian, berdasarkan peta taburan IPU sebanyak 66 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya tiga stesen mencatatkan bacaan baik iaitu di Sandakan dan Tawau, Sabah dengan bacaan IPU 27 dan 38.
Gambar hiasan
Manakala, Kota Tinggi Johor juga mencatatkan bacaan IPU rendah iaitu 43.
Untuk pengetahuan korang, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Gambar hiasan
Pagi ini juga bandar Shah Alam masih dilihat masih berjerebu. Kesan jerebu ini boleh menyebabkan korang sukar untuk bernafas, gatal-gatal tekak, gatal mata dan bahagian kulit, malah boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian saluran pernafasan.
Ads
Oleh itu, korang dinasihatkan untuk melakukan beberapa amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan akibat jerebu.
Antaranya adalah seperti:-
• Kurangkan aktiviti luar
Ads
• Jangan merokok
• Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Gambar hiasan
• Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
Ads
• Dapatkan nasihat perubatan
• Guna topeng muka (mask) apabila tahap kualiti udara tidak sihat
• Pastikan persekitaran dalam rumah sentiasa bersih
Secara kesimpulannya, elakkan berada di luar rumah/bangunan sekiranya korang tidak mempunyai apa-apa urusan penting okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai ibu bapa yang bekerja hari ini demi sebuah kelangsungan keluarga. Ada ketika mereka memang tidak sempat membuat bekal untuk sarapan anak kerana perlu berkejar ke tempat kerja.
Foto Via Harian Metro
Jadi, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sangat membantu ibu bapa terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Malah, program ini telah dilaksanakan pada tahun 1979 lagi.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook, tampil meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan makanan yang diterima oleh cucu saudaranya. Wanita ini mendakwa makanan tersebut merupakan makanan RMT yang diterima di sekolah sebelum dibawa pulang ke rumah.
Foto Facebook Zurina Hassan
Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat satu bungkusan nasi dengan sedikit kuah tanpa sebarang lauk mahu pun sayur-sayuran.
Ikuti kisah yang dikongsi oleh Zurina Hassan berikut:
Dalam ruangan komen, beliau kemudiannya menyambung lagi:
Yang buat andaian budak itu sudah makan lauk sebagainya, jawapannya tidak. Dia memang bawa balik lebihan ke rumah. Kiranya as where as it is. Boleh tengok gambar ya, ada nampak seperti diusik oleh seseorang? Budaknya sangat cermat, boleh nampak makanan tu masih elok kedudukannya walaupun sudah dibawa balik?
Kedua, sebelum itu, mak dia sudah tanya berkali-kali, takut anak dia sudah makan lauk (jika ada) dahulu. Itu yang dia sedih memikirkan ‘jika’ makanan begitu hari-hari dihidangkan buat anak dia (saya meletakkan ‘jika’ ya.. ‘jika’.. jadi bukan menyalahkan sesiapa). Tunggu siasatan. Telah diajukan pada AJK (harap bukan nanti alasan semata-mata – perkara biasa kalau nak tutup kes).
Maaf kalau ada kata saya tutup komen sebab maybe wrong somewhere, sebenarnya takut dengan komen netizen yang agak melampau bagi saya. Kesian emak budak tu baca.
Actually kisah RMT yang teruk ni bukan kali ni je, memang selalu sahaja ada di mana-mana satu Malaysia. Kita mungkin rasa eh, tak mungkin, tapi realitinya memang ada kes, boleh rujuk kepada PPD. Kenapa sampai ke PPD kalau kata sekolah memantau setiap kali? Sebab ada orang boleh accept, ala makanan budak je, budget rendah je. Ini memang terjadi.
By the way, saya kenal friendlist saya yang selalu komen baik-baik, kalau tegur pun baik. Gaduh pun manja-manja je. Jadi sebab itu saya limit komen pada friendlist saya sahaja. Saya pun jenis kalau komen mungkin ada 1-2 yang harsh selama saya berFB ni, selain itu hanya komen kelakar, mengusik atau komen baik-baik walaupun teguran.
Maaf ya. Peace!”
Respon Menteri Kanan Pendidikan
Mengambil serius perkara ini, menurut laporan mStar, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan kebajikan pelajar.
“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat,” jelas beliau.
Untuk info, pada tahun 2020, penambahbaikan telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang menyarankan lebih 20 menu hidangan sihat untuk disediakan oleh pihak kantin sekolah.
Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.
Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.
Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah menfatwakan ‘claw machine’ atau mesin permainan kaut sebagai haram dalam agama Islam.
Ketua Fatwa MUI iaitu Asrorun Niam dalam kenyataannya kepada media Indonesia berkata, permainan popular di lokasi seperti arked, taman tema dan funfair itu menjadi haram kerana asasnya membabitkan kaedah cuba nasib demi mendapatkan hadiah berupa patung permainan yang ada di dalam kotak mesin.
“Permainan yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan faedah atau hadiah termasuk cara kaedah seperti mencuba nasib adalah haram.
“Permainan ini sudah pun dianggap mengandungi unsur judi,” jelasnya. Beliau turut menyenaraikan permainan lain seperti Medal Game, Pusher Machine dan Redemption Machine sebagai haram.
Tiada jaminan pemainnya akan memperolehi apa-apa item daripada mesin permainan kaut ini yang dipercayai menggunakan teknik penipuan bagi menggagalkan peluang mendapat hadiah.
Oleh itu, ia disamakan dengan perbuatan perjudian (kerana tiada jaminan akan menang) dan dijatuhkan hukuman haram ke atasnya.
Terdahulu, permainan ‘Loot Box’ juga dilihat sebagai salah satu permainan berunsur perjudian di Eropah sehingga beberapa persatuan menyeru agar ia dilarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...