Baru-baru ini, anggota kumpulan terkenal K-Pop, SEVENTEEN, iaitu Seungkwan sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam menyokong komuniti dan tempat asal usulnya apabila beliau menyumbangkan dana sebanyak 20 juta Korea Won (sekitar USD14,600) bagi tujuan pelestarian warisan budaya.

Menurut kenyataan rasmi daripada PLEDIS Entertainment pada 11 Jun, sumbangan itu disalurkan kepada Pentadbiran Warisan Budaya dan National Trust for Cultural Heritage.

Dalam pada itu, dana tersebut akan digunakan khusus untuk menyokong pelestarian ‘Arkib Jeju 3 April’, satu dokumen penting yang baru-baru ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada Daftar Memori Dunia oleh UNESCO.

Seungkwan SEVENTEEN Sumbang 20 Juta Won Demi Pelestarian Warisan Dunia UNESCO Di Jeju Seungkwan SEVENTEEN Sumbang 20 Juta Won Demi Pelestarian Warisan Dunia UNESCO Di Jeju

Ads

Seungkwan atau pemilik nama sebenar Boo Seungkwan (27) yang berasal dari Pulau Jeju, telah lama dikenali sebagai figura yang aktif dalam memperjuangkan isu-isu sosial dan pemeliharaan alam sekitar di kampung halamannya.

Menurut beberapa sumber media, antara sumbangan beliau sebelum ini adalah inisiatif untuk melindungi spesies ikan lumba-lumba ‘bottlenose’ Indo-Pasifik yang semakin pupus serta pelantikannya sebagai duta promosi Jeju.

Selain itu, dalam Forum Pemuda UNESCO ke-13 di Paris yang diadakan pada tahun 2023 lalu, Seungkwan turut membawa keunikan Pulau Jeju ke peringkat global dan menekankan bahawa Jeju merupakan satu-satunya wilayah yang diiktiraf dengan tiga gelaran UNESCO dalam kategori alam sekitar.

Ads

Seungkwan SEVENTEEN Sumbang 20 Juta Won Demi Pelestarian Warisan Dunia UNESCO Di Jeju

Dalam perkembangan terkini, bersama kumpulannya SEVENTEEN yang telah dilantik sebagai UNESCO’s Goodwill Ambassador for Youth pertama, Seungkwan terus memperkukuhkan pengaruhnya dalam aktiviti sosial dan kemanusiaan sejagat.

Ads

Selain itu, SEVENTEEN turut mencipta sejarah baru-baru ini apabila album kelima mereka berjudul ‘HAPPY BURSTDAY’ berjaya debut di tangga kedua carta Billboard 200 serta turut mencatat rekod jualan minggu pertama tertinggi untuk mana-mana pelancaran album K-Pop pada tahun ini.

Terdahulu, kumpulan ini turut aktif mengadakan jelajah konsert dunia di serata Asia dan Amerika Utara. SEVENTEEN turut memenangi beberapa anugerah berprestij termasuk Daesang pada acara penghargaan muzik Korea, menjadikan mereka antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri hiburan K-Pop masa kini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads