Bintang K-Pop sensasi, Seungkwan SEVENTEEN, sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil menghulurkan sumbangan berjumlah 10 juta Korea Won kepada Jeju Hallim Shelter iaitu sebuah pusat perlindungan anjing terbiar yang terletak di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak Jeju Hallim Shelter menerusi satu perkongsian di akaun Instagram rasmi mereka pada 12 Januari yang memaparkan sijil sumbangan sebagai tanda penghargaan terhadap keprihatinan penyanyi berusia 27 tahun itu.

Difahamkan, sumbangan berkenaan dibuat susulan penglibatan Seungkwan atau nama sebenarnya Boo Seungkwan dalam projek khas majalah ELLE Korea berjudul ‘Hello Little Love’, yang memberi tumpuan kepada kehidupan bersama haiwan serta kepentingan hubungan harmoni antara manusia dan haiwan.

Prihatin Nasib Haiwan, Seungkwan SEVENTEEN Derma 10 Juta Korea Won Demi Kebajikan Anjing Terbiar Di Jeju Prihatin Nasib Haiwan, Seungkwan SEVENTEEN Derma 10 Juta Korea Won Demi Kebajikan Anjing Terbiar Di Jeju Prihatin Nasib Haiwan, Seungkwan SEVENTEEN Derma 10 Juta Korea Won Demi Kebajikan Anjing Terbiar Di Jeju

Ads

Apa yang lebih menarik, Seungkwan turut menyertai projek tersebut bersama anjing peliharaannya bernama Bbu‑kkeu, sekaligus memperlihatkan sisi peribadi beliau yang penyayang terhadap haiwan dan prihatin atas kebajikan mereka.

Selepas selesai sesi penggambaran projek tersebut, Seungkwan dilaporkan telah menyatakan hasratnya secara peribadi untuk menderma kepada pusat perlindungan berkenaan. Pihak shelter kemudiannya merakamkan penghargaan dan memaklumkan bahawa sumbangan itu akan digunakan dengan sebaiknya demi kebajikan anjing‑anjing yang berada di bawah jagaan mereka.

Ads

Prihatin Nasib Haiwan, Seungkwan SEVENTEEN Derma 10 Juta Korea Won Demi Kebajikan Anjing Terbiar Di Jeju Prihatin Nasib Haiwan, Seungkwan SEVENTEEN Derma 10 Juta Korea Won Demi Kebajikan Anjing Terbiar Di Jeju

Ads

Dalam perkembangan lain, Seungkwan turut kembali aktif dalam dunia muzik apabila berganding bersama rakan sekumpulan, DK, menerusi pelancaran mini album pertama unit mereka berjudul Soirée. Album tersebut menampilkan lagu utama berjudul Blue, sebuah balada musim sejuk yang sarat dengan emosi dan penghayatan mendalam tentang cinta.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Seungkwan menunjukkan keprihatinannya terhadap Pulau Jeju. Sebelum ini, beliau pernah menyumbangkan sebanyak 20 juta Korea Won bagi menyokong usaha pelestarian warisan dunia UNESCO di Jeju, khususnya berkaitan pemeliharaan rekod sejarah iaitu ‘Arkib Jeju 3 April’. Tindakan berterusan Seungkwan ini jelas membuktikan komitmennya dalam memberi kembali kepada masyarakat dan negeri kelahirannya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads