Ramai mak ayah terfikir, dengan arahan dan kekerasan anak boleh dengar kata. Tapi sebenarnya kasih sayang adalah terapi terbaik untuk anak. Jadikan mereka kawan kerana zaman ini fitnah merata-rata.
Itu nasihat Ustaz Ebit Lew kepada seorang ayah yang menangis teresak-esak di bahunya selepas terkejut bila mendapat tahu anaknya itu sudah mulai berzina pada usianya 10 tahun hingga anaknya berusia 17 tahun ketika itu.
Kata bapa ini lagi, dia setiap hari solat, ke surau tetapi anaknya berzina dengan ramai rakan lelaki.
Baca perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang luahan hati seorang ayah yang begitu terkejut selepas anaknya membuat pengakuan sudah berzina dengan ramai lelaki selepas anaknya itu membuat pengakuan dan mengakui sudah insaf selepas menghadiri program Prokids 2017 yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew.
Ustaz Ebit Lew banyak berdakwah di kalangan remaja – pix dari fb Ebit Lew
Mungkin cara penyampaian yang lembut, penuh kasih sayang membuatkan gadis remaja ini sedar akan salahnya sebelum ini. Semoga dirinya terus istiqomah dan mendapat kerahmatan dari Allah.
Ustaz Ebit Lew sekarang gigih berdakwah di kalangan remaja dengan mengunjungi tempat-tempat yang selalu remaja lepak. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew mendapat kerahmatan dari Allah.
Baca perkongsian ini!
Terkejut..seorang ayah pegang tangan saya tadi di belakang petronas. Dia peluk saya menangis..apa saya dah buat ustaz..apa saya dah buat ustaz..
Ads
Anak perempuan saya ada buat pengakuan pada ustaz yer. Dia tak pernah solat. Tukar pakwe setiap bulan. Berzina semenjak umur 10 tahun dan sampai kini dah 17 tahun… Ya Allah hancur hati saya ustaz. Saya dah hantar dia pergi sekolah agama semenjak kecil. Saya hari-hari pergi masjid. Apa saya patut buat. Balik ni siap dia. Saya tak bercakap semenjak semalam saya tahu dari isteri saya.
Macam mana abang tahu? Balik kem ustaz. Dia peluk maknya dan menangis. Dia minta maaf pada maknya. Dia cerita pada maknya. Maknya cerita pada saya..saya kecewa dan rasa nyawa saya dah melayang..dunia saya terus jadi gelap. Tak percaya langsung..
Beginilah abang, percaya tak saya kata Allah sayang anak abang. Allah sayang abang dan isteri. Semua orang buat salah. Dah sudah-sudah abang. Yang penting kita perbaiki silap kita masing-masing. Saya dari mula dengar saya menangis. Tak habis lagi menangis sampai sekarang. Kerana rasa salah saya tak buat dakwah..anak abang tu baik sangat..saya nampak kesungguhannya nak berubah. Dia banyak menangis..
Kenapa jadi begini yer? Tanya abang tu lagi..
Ads
Sebab Allah sayang. Anak abang dah sedar. Dia mengaku semuanya. Dia menangis. Dia nak bertaubat. Dia nak berubah. Kita semua ada kelemahankan. Tapi yang utama ialah kasih sayang dalam keluarga. Bimbing. Pegang tangan anak-anak. Cium dia. Peluk dia. Hargai dia..
Kita semua nak sempurna hidup ini. Tetapi hakikatnya semua takdir telah terjadi. Yang penting usaha kita dalam rumahtangga..Allah jadikan semuanya sempurna. Kita usaha dan doa.
Ramai mak ayah ingat dengan arahan dan kekerasan anak boleh jadi baik. Sebenarnya menjadi contoh yang baik. Ketegasan dalam rumahtangga. Bimbing dengan kasih sayang. Bila anak dah membesar kena jadi kawan. Boleh berbual. Sohbah..bersama-sama buat kebaikan. Jangan biarkan mereka. Bersama-sama berjalan sama jadi kawan. Buat semuanya bersama-sama..kerana zaman fitnah ini kita benar-benar kena kuatkan hubungan kekeluargaan.
Ads
Abang tadi menangis lagi. Saya peluk dia kuat-kuat..dia menangis..terima kaseh ustaz. Bimbing anak saya. Terima kaseh buat dia luahkan masalahnya..
Sebenarnya ini semua salah saya. Saya memang tak berbual langsung dengan anak. Saya didik dia macam ayah saya dulu-dulu. Saya garang dan selalu marah jer. Saya tahu keras jer. Saya suka serahkan pada sekolah agama. Serahkan pada orang lain. Saya biar isteri saya seorang diri urus semuanya. Ya Allah ampunkanlah dosaku ini..dia menangis lagi. Saya terima semua ini ustaz. Saya akan perbaiki diri saya
Hakikatnya kita belum tahu boleh besarkan anak kita seperti ibubapa besarkan kita. Cuma zaman ini telah berubah. Semuanya dihujung jari. Ya Allah lindungilah anak perempuan kami. Lindungilah anak lelaki kami dari ujian dan godaan dunia ini. Hanya kepada kau kami serahkan segala urusan. Lahaulawala quwata illa billah.tiada daya upaya melainkan dengam pertolongan Allah..Ampunkanlah dosa-dosa kami sebagai ibubapa dan juga sebagai anak..-ebit lew
Bekas ratu cantik negara yang kini bergelar pelakon meningkat naik, Sanjna Suri menyuarakan pandangannya berkenaan isu video tular baru-baru ini melibatkan trio penyampai radio ERA iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy.
Sanjna, 32 menerusi satu entri di bahagian Instagram Story berkongsi bahawa dirinya pernah bekerjasama bersama mereka bertiga. Sepanjangan perkenalan, ketiga-tiganya menurut Sanjna telah bersikap profesional, baik dan menghormatinya sebagai rakan seindustri serta sebagai seorang selebriti daripada kaum India.
Disebabkan terpalit dengan kontroversi video yang menunjukkan kelakuan yang mencuit sensitiviti masyarakat beragama Hindu pada awal minggu lepas, Sanjna merasa sedikit terkilan apabila trio tersebut terpaksa berdepan serangan warganet daripada segelintir pihak sehingga ada yang mengugut menjatuhkan karier mereka menerusi budaya ‘cancel culture’.
Pelakon dan Miss Supranational Malaysia 2018, Sanjna Suri.
“Kesilapan selalu terjadi, kita semua adalah manusia biasa. Mereka juga telah memohon maaf. Saya faham ada pihak yang terkesan dengan apa yang terjadi namun saya benar-benar percaya ia tidak berlaku dengan niat yang tidak baik.
“Usahlah kita terlalu menekan budaya ‘cancel culture’ terutama terhadap mereka yang tidak pernah berniat untuk mewujudkan sifat perkauman. Keharmonian dan kasih sayang terhadap satu sama lain sekian lama menjadi tunjang menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia,” ulasnya.
Pelakon yang menempa nama menerusi filem Pulau itu juga meminta maaf sekiranya pandangannya ini tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. Jauh sekali niatnya untuk mencurah minyak ke bara api.
Namun sebagai penggiat seni dan pempengaruh, Sanjna merasakan adalah tanggungjawabnya untuk merapatkan kembali hubungan yang mungkin sedikit goyah sesama kaum di Malaysia akibat isu tular berkenaan.
“Lelaki-lelaki ini adalah orang terakhir yang ingin menjadi rasis. Malah, orang yang benar-benar menyimpan sikap rasis tidak akan secara sengaja melakukan sebegitu rupa di depan kamera. Ia jelas merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.
“Saya tidak sabar untuk semua ini berakhir dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu semalam; Nabil, Azad dan Radin dilaporkan tidak akan dikenakan tindakan kompaun oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sebaliknya, hanya pengendali stesen radio ERA iaitu Maestra Broadcast yang dikenakan kompaun berjumlah RM250,000 oleh MCMC.
Berita baik untuk korang yang suka tidur, jika sebelum ini ada yang berharap pekerjaan tidur wujud di dunia ini, sekarang mungkin impian korang dah jadi kenyataan.
Sebuah syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn Bhd telah pun menawarkan jawatan kosong sebagai “Sleep Executive” dengan ganjaran sebanyak RM3,000.
Sekiranya korang berminat, inilah masanya dengan hanya meletakkan kepada di bantal, korang akan menerima ganjaran wang.
Berikut adalah maklumat tentang jawatan yang ditawarkan:
• Status jawatan: Kontrak (1 Sep-10 Dec 2020)
• Ganjaran: RM3,000
• Tilam Sonno Lite dan bantal akan disediakan oleh pihak syarikat, korang hanya perlu menyediakan bilik tidur dan katil sahaja
Gambar hiasan
Jobscope yang korang perlu buat adalah seperti berikut:
• Tempoh tidur adalah 8 jam bagi setiap malam
• Tugas selama 100 hari bermula pada 1 September hingga 10 Disember 2020
• Korang perlu tulis report tentang pengalaman tidur menggunakan tilam tersebut
• Rekod dan hantar dua video berdurasi 30 saat setiap minggu kepada pihak syarikat
Menarik bukan? Paling best, tilam dan bantal yang disediakan akan menjadi hak milik korang terus. Ha, bagi siapa yang berminat bolehlah cuba mohon pekerjaan ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selamat hari lahir August babies! Sudah lapan bulan berada di tahun ini, so far apa pencapaian terbaik korang?
Masih lagi sama? Atau masih berusaha untuk menjadi lebih baik? Ya, jangan pernah putus asa, teruskan segala usaha kerana tidak ada isitlah terlambat bagi orang-orang yang nak berjaya.
Seperti karakter individu yang lahir bulan Ogos, mereka mempunyai semangat juang yang luar biasa. Apa saja yang mereka inginkan, pasti diusahakan sampai menjadi. Tak kiralah cepat atau lambat hasilnya, mereka tetap akan berusaha sehabis baik.
Antara selebriti yang lahir pada bulan ini adalah Stacy, Shila Amzah, Ummi Nazeera, Kylie Jenner dan Chris Hemsworth.
Chris Hemsworth lahir pada 11 Ogos
Apa lagi karakter-karakter yang ada pada August babies ini? Let’s check this out!
1. Suka berlawak
2. Mudah tertawan kepadanya
3. Sopan santun dan penyayang
4. Berani dan tak tahu takut
5. Pandai pujuk orang lain
6. Terlalu pemurah
Shila Amzah lahir pada 13 Ogos
7. Bersikap ego
8. Cepat marah & mudah mengamuk
9. Suka mencari kawan
10. Sangat cemburu
11. Cepat berfikir
Stacy lahir pada 18 Ogos
12. Fikiran yang berdikari
13. Mudah marah apabila cakapnya dilawan
14. Suka berangan
15. Sikap kelam kabut
16. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
17. Nilai harga diri yang sangat tinggi
18. Romantik
19. Daya pemerhatian yang tajam
Ini adalah sekadar pemerhatian dan kajian yang telah dibuat dengan melihat kepada orang sekeliling. Mungkin juga tidak sama 100 peratus, jadi janganlah percaya bulat-bulat. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Selangor tawar kelas bahasa percuma Selangor bermula 2026 melibatkan Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa secara dalam talian untuk semua rakyat.