Hanya dalam tempoh tujuh jam selepas diluncurkan, klip video terbaru daripada ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manobal untuk single solo berjudul Rockstar telahpun mencatatkan 12 juta tontonan di YouTube!
Fenomena tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Lisa mempunyai tarikan magnet yang cukup kuat bagi mengumpulkan sokongan peminat setianya. Sama ada korang menyukai tariannya, wajahnya, gaya fesyennya ataupun personalitinya yang ceria lagi riang, Lisa tidak disangkal lagi merupakan salah satu ikon pop muda paling popular di dunia pada masa kini.
Bukan pencapaian jumlah tontonan Lisa yang REMAJA ingin sentuh pada kali ini tetapi lebih kepada lokasi penggambaran klip video Rockstar yang telahpun mencuri tumpuan ramai.
Ini kerana klip video terbitan RCA Records (bukannya YG Entertainment yang bertanggungjawab ke atas lagu-lagu nyanyian kumpulan Blackpink) ini telah mempamerkan lokasi-lokasi di sekitar kawasan Chinatown Bangkok yang berubah wajah daripada lokasi perniagaan sibuk menjadi set penggambaran lagu pop!
Khabarnya, pengurusan Lisa menawarkan USD540 atau kira-kira RM2,550 kepada setiap pemilik kedai yang berada di kawasan Chinatown itu demi menutup premis mereka buat sementara waktu demi memudahkan sesi penggambaran sebelum jam 5 pagi.
Hasilnya, tiada seorang insan pun selain Lisa dan para penarinya berada di sekitar kawasan tersebut dalam klip video itu. She really shut everything down tanpa membiarkan sesiapa membocorkan rahsia sewaktu dan selepas penggambaran dilakukan.
Tambahan pula, Chinatown Bangkok digelar antara Chinatown terbesar di dunia di belakang kota New York dan San Francisco di Amerika Syarikat.
Jom lihat empat lokasi yang ditonjolkan dalam klip video Rockstar ini. Tidak mustahil setiap satu daripadanya akan menjadi zon popular bagi para pelancong di Bangkok jadikan spot OOTD setiap kali berada di sana.
1. Yaowarat Road
Lokasi laluan popular di Chinatown Bangkok ini merupakan salah satu kawasan kafe dan warung makan paling sibuk di Thailand. Ia sering dikunjungi oleh warga lokal mahupun para pelancong yang ingin merasai suasana seperti rakyat tempatan. Turut ada di sini adalah kedai-kedai kecil yang menjual barangan cenderamata serta kafe pencuci mulut.
Ads
2. Papan Tanda Neon
Laluan Yaowarat Road juga terkenal dengan kedai-kedai-kedai dengan papan tanda neon termasuklah restoran Texas Suki dan bermacam-macam stor yang menjual sarang burung. Bukan sahaja mempromosikan kebudayaan kota Bangkok, Lisa juga memilih lokasi sebegini kerana efek lampu neon dalam klip video tersebut.
Ads
3. Eskalator The Oscar Theatre
Merupakan salah satu lokasi paling mencuri perhatian dalam klip video Rockstar, Lisa kelihatan cukup on-point ketika menuruni eskalator di panggung The Oscar Theatre yang dibuka pada tahun 1976. Setelah ia ditutup pada awal tahun 2000 dan dibiarkan begitu sahaja, mungkin sekali pihak berkuasa Bangkok akan menjadi lokasi ini sebagai salah satu tarikan pelancong baharu disebabkan pengaruh Lisa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan hos terkenal Uyaina Arshad telah pun selamat diijab kabul bersama pasangannya, Raja Syahiran dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Colony by KLCC sebentar tadi.
Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat isterinya, Uyaina Arshad.
Khabarnya, tiada pertukaran dulang hantaran diantara dua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Uyaina yang ditemubual mengucapkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya pagi ini berjalan lancar walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran sebelum ini.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis,”
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” jelas Uyaina.
Majlis akad nikah ini hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat seramai 100 orang dan pasangan ini masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.
Tahniah kami ucapkan kepada Uyaina dan Raja Syahiran, semoga bahagia menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri, serta berkekalan hingga ke jannah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hutang oh hutang. Kerana hutang dari kawan boleh jadi lawan. Siapa pernah alami hal begini? Semuanya kerana hutang. Masa meminjam muka nampak manis tapi bila part bayar semula, akhirnya boleh jadi musuh.
Baca perkongsian ini yang dipetik dari facebook Doc Ensem di page Penang Kini, semoga ada manfaat yang memberi kebaikan kepada kita semua. Selepas ini, sekiranya ada yang liat mahu bayar hutang korang, ikut cara ini: HERET TERUS KE MAHKAMAH!
Menurut beliau cara paling mudah untuk si penghutang membayar hutang yang dipinjam dengan hanya perlu membayar caj RM20 di Mahkamah Sivil.
Namun amaun yang dipinjam mestilah RM5,000 ke bawah sahaja.
Langkahnya :
Pergi ke Mahkamah Sivil, bayar RM20 untuk membuka fail tuntutan kecil. Beritahu tuntutan kepada siapa dan fakta penghutang.
Mahkamah akan menghantar surat panggilan untuk pendengaran di hadapan hakim. Sekiranya defenden (penghutang) mengaku bersalah meminjam tetapi tidak membayar, mahkamah akan beri arahan untuk melakukan bayaran segera.
Tempoh masa 30 hari diberi, dan jika penghutang masih tidak membayar, plaintif (pemberi hutang) boleh ke mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat akan dikenakan; sama ada bayar on the spot atau waran tangkap akan dikeluarkan untuk ditahan.
Memang berkesan. Jadi jika anda ada ‘rakan’ yang terlalu liat membayar hutang, bolehlah segera ke Mahkamah Sivil berdekatan bagi membuka fail.
Dah susah sangat nak bayarkan, ini habuannya. Pesanan buat yang berhutang: DAH HUTANG BAYARLAH!
Sumber: Penang Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kelahiran tanah air yang kini menuai nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya disatukan dengan jejaka pilihan hatinya Jean Todt, selepas 19 tahun menjalin ikatan tali pertunangan.
Terbaharu, ibu tercintanya, Datin Janet Yeoh, memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Menerusi laporan Sinar Harian, Janet bagaimanapun melihat ‘kerahsian’ berkenaan dari sudut pandang positif, selain berharap pelakon filem popular Everything Everywhere All at Once itu akan mengadakan majlis resepsi di Malaysia kelak.
“Anak saya memang sentiasa menghubungi saya tetapi menerusi perbualan dua minggu lalu, dia tidak bercakap mengenai perkara itu (majlis perkahwinannya).
“Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya,” katanya dalam wawancara bersama media berbahasa Cina, baru-baru ini.
Pada masa sama, Janet juga adalah individu paling gembira dengan berita perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini dia kerap meminta mereka agar segera berumah tangga.
“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” tambahnya lagi.
Sekadar informasi, berita perkahwinan Michelle dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, 70, diketahui ramai selepas bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa berkongsi dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Perkahwinan itu menoktahkan penantian Todt selama 19 tahun untuk menjadi suami Michelle selepas mereka bertunang pada 26 Julai 2004.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!