Setelah Tarik Diri Tahun Lalu, Miss Universe Malaysia Kembali Untuk Edisi 2022

Share

 

Rata-rata gadis Malaysia yang berkelayakan bagi menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di negara ini pasti mengidamkan untuk sekurang-kurangnya mencuba peluang bergelar Miss Universe Malaysia.

Malangnya pada tahun lalu, organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) telah mengumumkan penarikan diri mereka daripada menyertai edisi ke-70 yang dilangsungkan di Eilat, Israel atas sebab keruncingan pandemik Covid-19 yang melanda negara di samping faktor masa yang mencemburui persediaan wakil negara.

Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James kini merupakan wakil negara yang memegang gelaran tersebut untuk tempoh paling lama setelah Malaysia menarik diri daripada menghantar wakil pada edisi lepas.

Justeru, MUMO hanya sempat untuk mengadakan sebahagian sahaja daripada peringkat uji bakat pada tahun lalu.

Kini, barulah ia akan kembali disambung pada Mac 2022 setelah pengumuman rasmi dimuat naik oleh MUMO menerusi media sosial mereka semalam.

Sumber Foto : Instagram Miss Universe Malaysia

Peringkat uji bakat terakhir, pemilihan peserta, sesi penggambaran dan temubual secara tertutup bakal diadakan sepanjang bulan Mac ini. Seramai 18 orang peserta kemudiannya akan diperkenalkan kepada pihak media juga pada bulan Mac.

Bulan April pula dikhususkan untuk aktiviti minggu Bootcamp manakala pentas akhir Miss Universe Malaysia 2022 pula dijadualkan berlangsung pada bulan Jun dalam sebuah acara malam gala seperti tahun-tahun sudah.

Agaknya Malaysia akan diwakili oleh wajah ‘fresh’ dalam dunia ratu cantik ataupun panel juri lebih yakin untuk memilih wakil yang sudah mempunyai pengalaman mendalam?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN