back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Setelah 13 Tahun Kemarau, Air Mata Tan Cheong Min Iringi Kilauan Pingat...

Setelah 13 Tahun Kemarau, Air Mata Tan Cheong Min Iringi Kilauan Pingat Perak Wushu Sukan Asia 2023

Tangisan penuh emosi mengiringi atlet wushu negara, Tan Cheong Min jelas menggambarkan betapa berharganya pingat perak yang dimenanginya pada Sukan Asia 2023.
Setelah 13 Tahun Kemarau, Air Mata Tan Cheong Min Iringi Kilauan Pingat Perak Wushu Sukan Asia 2023
Kemenangan atlet negara tersebut sekaligus menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk meraih pingat sukan itu dalam Sukan Asia bagi acara Nanguan-Nandao di Pusat Sukan Xiaoshan Guali.
Setelah 13 Tahun Kemarau, Air Mata Tan Cheong Min Iringi Kilauan Pingat Perak Wushu Sukan Asia 2023
Wakil negara berusia 26 tahun itu meraih 9.703 mata dalam disiplin nanquan dan 9.716 dalam disiplin nandao untuk mengumpulkan keseluruhan 19.419 mata, sekali gus menjelmakan pingat perak pertama negara dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet tuan rumah, Chen Huiying, muncul pemenang emas dengan keseluruhan 19.590 mata.
Setelah 13 Tahun Kemarau, Air Mata Tan Cheong Min Iringi Kilauan Pingat Perak Wushu Sukan Asia 2023
“Untuk Sukan Asia kali ini, saya agak gementar kerana mendapat tekanan yang agak tinggi dari jurulatih dan ahli pasukan yang lain. Hal ini kerana saya adalah antara atlet yang menjadi sasaran untuk mendapatkan pingat bagi negara,
“Sejujurnya ketika Sukan Asia saya yang pertama, lima tahun lepas di Jakarta, saya sudah menanam azam untuk meraih pingat emas bagi negara. Saya agak terkilan pada ketika itu kerana hanya berjaya menduduki tempat ke-empat,
“Namun, hari ini saya berjaya membuktikan sesuatu buat rakyat Malaysia,” komennya.
Setelah 13 Tahun Kemarau, Air Mata Tan Cheong Min Iringi Kilauan Pingat Perak Wushu Sukan Asia 2023
Sebagai rekod, kali terakhir kontinjen negara meraih pingat dalam acara wushu adalah menerusi Chan Fon Ying dalam acara Taijiquan-Taijijian dalam edisi di Guangzhou pada 2010.
Sekadar info, wushu di Sukan Asia 2022 sedang berjalan di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, Hangzhou, China, dari 24 hingga 28 September 2023.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

KREDIT FOTO: Astro Arena

IKLAN

IKLAN

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI