Uji bakat Pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun melabuhkan tirainya. Sambutan yang diterima tahun ini lebih hangat dengan kehadiran lebih daripada 500 penyertaan dari calon di seluruh negeri.
Bermula pada sesi pertama uji bakat pada 7 September lepas, seawal jam 8 pagi peserta sudah pun memenuhi ruang legar di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Pelbagai aksi dan gelagat peserta yang dapat dilihat, serta pujian juga harus diberi kepada keluarga mereka yang sanggup menunggu giliran bakal finalis untuk ditemuduga sehingga lewat malam.
Kelihatan beberapa wajah yang dikenali turut hadir memeriahkan sesi uji bakat kali ini. Antaranya pelakon drama Isteri Untuk Disewa, Nynaa Harizal dan Nelissa Nizam. Selain itu, ramai juga instafamous yang turut mencuba nasib, termasuklah Eyta Juwita, Syasya Rushdiena dan ramai lagi.
Menampilkan barisan juri seperti Datuk Aznil Nawawi, Anzalna, Dynas Mokhtar, Yusry Abdul Halim, Ramona Zam Zam dan Rozita Che Wan, sudah pasti calon peserta uji bakat kali ini berpeluang untuk menimba lebih banyak pengalaman daripada selebriti jemputan yang hadir.
Ads
Jom kita lihat antara warna-warni sepanjang 4 hari berlangsungnya sesi uji bakat Pencarian Dewi Remaja 2019.
Ads
Antara peserta yang berjaya disenarai pendekSesi bersama juriSuasana semasa pendaftaran
Jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua peserta uji bakat yang hadir pada tahun ini. Kepada yang berjaya disenarai pendek, tahniah kami ucapkan. Dan pada yang tidak berjaya, ini bukan pengakhiran perjalanan korang untuk mencapai impian. Teruskan usaha dan insyaAllah kita jumpa lagi pada edisi Pencarian Dewi Remaja yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-satunya wakil peserta dari Borneo, Lydia De Sal tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib di tanah Semenanjung buat pertama kalinya.
“Terus terang memang Lydia ambil risiko. Guna gaji sendiri pergi audition, then terpilih sebagai Top 20 dan terbang lagi ke KL berharap dapat masuk Top 12. Syukur Alhamdullilah Lydia akhirnya masih berada di sini,”
“Berada dalam Dewi Remaja ini membolehkan Lydia belajar sesuatu yang baru ini dan Lydia ingin menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk menunjukkan bakat. Mungkin ada yang lihat potensi Lydia dan bolehlah Lydia mencari rezeki di Semenanjung,”
Dalam masa yang sama, Lydia berharap dapat menjadi inspirasi untuk mereka di luar sana supaya lebih percaya pada diri sendiri dan berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
Sering kali mengambil bahagian dalam acara ‘ratu cantik’ di Sabah, gadis ini pastinya bakal memberikan saingan sengit kepada semua peserta Pencarian Dewi Remaja kali ini.
Korang nak tahu dah berapa banyak Lydia menyertai pertandingan di Sabah? Nah, berikut kami senaraikan antara pencapaiannya sejak usia 15 tahun lagi.
Unduk Ngadau 2013-2015, sekitar kampung dari daerah Inanam, Pekan Menggatal, Kota Marudu, Matunggong.
Ratu Mitarab Momogun Runggus peringkat Daerah Matunggong
Mitarab Momogun Runggus peringakat negeri 2017 Top 6
Pageant
Dewi Remaja sabah 2017
Ratu Tahun baru cina Dearah Pitas 2018
Ratu Grand Merdeka Mall 2018
Winner Aura Ambassador DHg event
Dewi Remaja Sabah
Dewi Remaja Sabah adalah pertandingan besar yang pertama Lydia sertai tahun lepas. Disinilah dia menimba pengalaman dan mencari ilmu berguna untuk dibawa dalam setiap pertandingan yang disertainya.
“Dalam pertandingan Dewi Remaja Sabah Lydia masih fresh lagi. Catwalk pun macam robot dan tak pandai juga nak pose kalau ada photoshoot. Pertama kali photoshoot, muka Lydia paling buruk. Lydia rasa sangat down dan terus berfikiran negatif sehingga rasa nak tarik diri,”
“Cuma Lydia kalau dah masuk satu-satu pertandingan, Lydia mesti akan habiskan juga. Waktu ini memang Lydia cuba positifkan diri. Penat memanglah penat sebab Lydia perlu memberikan komitmen selama tiga bulan untuk pertandingan ini,”
“Tapi akhirnya Lydia dapat apa yang dah diusahakan. Bila dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja Sabah, itulah pengalaman manis dalam hidup kerana Lydia tidak kecewakan keluarga dan penyokong. Bila diumumkan sebagai juara, rasa macam nak lompat daripada pentas pergi peluk Mommy,” jelasnya memberitahu bahawa keluarga dan rakan-rakan antara yang sering memberikan sokongan.
Melihatkan kesungguhan Lydia, kami pasti gadis ini mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap perkara yang dia lakukan. Mengakui bahawa pada mulanya dia tidak berapa biasa dengan environment di Semenanjung, namun itu bukan halangan untuk dia meneruskan impiannya itu.
“Mula-mula Lydia tidak berapa biasa sebab mungkin masalah bahasa juga membuatkan ia sukar sedikit. Mereka tak faham apa yang Lydia cakap dan Lydia pun tak faham apa yang mereka cakap. Hehe!Tapi lama-lama dah dapat biasakan diri dan sudah mula faham. Jadi senanglah Lydia bergaul dengan yang lain,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD bermula 25 November, jam 10.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selaku salah seorang juri yang mengadili 2 minggu berturut-turut sewaktu proses ujibakat pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Datuk Aznil Hj. Nawawi turut merasa terkilan dengan insiden yang berlaku sejurus kemenangan disandang oleh Haneesya Hanee pada hari Ahad lalu.
Bagi korang yang menonton siaran langsung program tersebut, pastinya korang juga tahu bahawa Pak Nil merupakan salah seorang juri jemputan yang hadir bagi mengadili persembahan setiap peserta pada malam finale.
Pak Nil ketika bertanyakan soalan semasa sesi Q&A kepada peserta di atas pentas. Kelihatan di sebelah beliau ialah Dewi Remaja 2014/2015 Raysha Rizrose.
Sejak peringkat ujibakat lagi, Pak Nil sudah terang-terangan menyatakan yang rupa paras bukanlah kayu pengukur utama dalam pencarian seperti ini tetapi potensi, bakat, keinginan dan kebolehan yang diambil kiran daripada diri peserta. Beliau juga sempat untuk mengucapkan tahniah kepada juara, Haneesya Hanee sejurus selepas namanya diumumkan selaku Dewi Remaja 2018/2019.
Bagaimanapun, berikutan insiden video kontroversi yang tersebar sekaligus mengakibatkan gelaran tersebut ditarik semula daripada Haneesya, Pak Nil tampil untuk memberikan respon beliau berkenaan isu ini melalui sesi Insta Live di Instagram, petang tadi.
Dari Kiri: Dato’ Hans Isaac selaku juri tetap, Noor Neelofa dan Pak Nil sebagai juri jemputan.Mahkota dan gelaran terpaksa dipulangkan semula kepada pihak penganjur.
“Ramai yang bertanya kepada Pak Nil untuk berkongsi pendapat mengenai isu ini sejak hari pertama ia tersebar lagi, kira-kira 3 hari lalu. Tapi Pak Nil enggan ulas lanjut kerana kita tak tahu kesahihan berita tersebut.
“Namun selepas pihak Majalah Remaja mengadakan sidang media sebentar tadi, nampaknya jelaslah kesalahan tersebut telah dilakukan oleh pemenangnya dan 2 orang finalis lain.
Haneesya perlu melalui peringkat ujibakat sama seperti peserta lain walaupun sudah bergelar pelakon.
“Bagi Pak Nil, tiada siapa yang sempurna pun. Kita semua manusia yang lakukan kesalahan, cuma sama ada orang lain tahu atau tidak je. Syukurlah kesalahan kita masih ditutupi olehNya. Tetapi sempat tak untuk kita bertaubat? Korang puas selepas mencaci semua?
“Hanee, awak masih terlalu muda. Kesilapan pasti akan berlaku, cuma bagaimana kita bangun. Dan memperbetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya.
Haneesya diterima sebagai salah seorang peserta yang disenarai pendek selepas cemerlang dalam sesi temu ramah stage ketiga, oleh Pak Nil.
“Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak seorang, tetapi orang lain juga belajar daripada kesilapan itu. Awak membesar tanpa ayah di sisi, mungkin tiada figura ayah untuk menegur. Tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran. Learn and move on,” tuntas beliau di dalam sebuah posting Instagram Story.
Instagram: @aznilnawawihm
Seperti kata juri kita ini, kami di Majalah Remaja juga percaya kepada kebangkitan semula seseorang itu selepas dirinya dilanda ujian. Baik Haneesya, Fazreen mahupun Ernisha, perkara yang lalu itu seharusnya dijadikan pengajaran agar menjadi seorang yang lebih baik bukan saja di mata manusia, tetapi kepada Sang Pencipta yang Esa insyaAllah.
Musim minggu fesyen Spring Summer 2020 hampir sampai ke kemuncak dan tahun ini, selebriti Noor Neelofa terpilih menjadi di antara fesyenista dan jemputan utama di pertunjukan fesyen mega.
Di Milan dan Paris saja, Neelofa tak berkesempatan untuk berehat setelah dia terlibat untuk menghadiri beberapa pertunjukan utama di dua buah kota fesyen itu.
Ini termasuklah pertunjukan fesyen Prada, Max Mara, Fendi, Tods, Gucci, Salvatore Ferragamo, Dior dan jenama sepatu terkenal Giuseppe Zanotti.
(Dari kiri) : Neelofa di Max Mara, Dior dan Prada.
Terbaru, Neelofa terpilih untuk sesi Instagram Takeover bersama majalah fesyen terkenal dunia, Vogue Italia.
Menerusi Instagram Story majalah tersebut, Neelofa dipaparkan dalam beberapa video ketika sedang bersiap sedia sebelum menghadiri pertunjukan fesyen Miu Miu di Paris pada malam ini.
Untuk pengetahuan, Miu Miu ialah jenama yang mempunyai talian kepada Prada. Cuma identiti dan stail kedua-dua jenama mewah ini yang membezakannya.
Menurut Miuccia Prada sendiri, proses rekaan di Miu Miu adalah berbeza dengan Prada. Miu Miu tidak sekompleks Prada dan ia adalah lebih ‘remaja’ dan spontan.
Apapun, REMAJA cukup berbangga melihat kelibat Dewi Remaja 2009/2010 itu di minggu fesyen antarabangsa sepanjang tempoh sebulan ini.
Bukan mudah untuk sampai ke tahap Neelofa yang diletakkan sebaris dengan sosialit dan fesyenista antarabangsa.
Neelofa bersama model Jasmine Sanders dan Halima Aden di pertunjukan fesyen Fendi.
Tetapi kerana itulah hanya akan ada seorang Neelofa saja. Dia telah membuktikan semangat #GirlPower itu bukanlah omong-omong kosong. Jika minat dan usaha ada, tiada apa yang mustahil.
P.S: Tak sabar nak tengok gaya Neelofa di Miu Miu nanti.
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.