Sertai Akademi Manchester United Di Usia 11 Tahun, Anak Ronaldo Ikut Jejak Ayah

Share

Anak kepada bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo nampaknya bakal mengikut ayahnya kerana secara rasmi telah menyertai akademi Manchester United di usia 11 tahun.

Instagram: @georginagio

Georgina Rodriguez, kekasih Ronaldo telah memuat naik foto Cristiano Ronaldo Jr memegang jersi Manchester United dengan kapsyen ‘Persiguiendo juntos nuestros sueños. Mamá os ama ❤’ (Kejar impian kita bersama, Mommy sayang kamu).

Ronaldo juga dilihat memuat naik foto menjalani latihan bersama anaknya dengan memakai jersi Manchester United bersama kapsyen ‘Present and future’ (Sekarang dan masa hadapan).

Sebelum ini, Ronaldo tidak pasti sama ada anaknya akan meneruskan karier dalam bola sepak kerana rutin pemakanan anaknya yang tidak disenanginya. Menurut bintang Portugal ini, kita tunggu sama ada anak saya akan menjadi pemain hebat atau tidak kerana dia belum lagi berada di tahap itu. Kadang-kadang dia minum Coca-Cola dan Fanta, makan kentang goreng walaupun dia tahu ayahnya tidak menyukainya.

Instagram: @cristiano

Fuh, bukan mudah ya nak jadi seorang atlet yang hebat. Banyak perkara perlu dikorbankan seperti masa bersama orang tersayang kerana kebanyakkan masa akan dihabiskan untuk sesi latihan. Apa-apa pun sama-sama kita lihat kemajuan Cristiano Ronaldo Jr dalam arena sukan bola sepak.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

IKLAN