Rahsia ajal maut sememangnya adalah ketentuan Ilahi dan jauh daripada pengetahuan manusia.

 

Namun di saat menghampiri kematian, kita sering terdengar atau terbaca kisah arwah yang seakan memberi petanda kecil bahawa masanya sudah tidak lama.

Dalam insiden malang yang menimpa Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut  di Kem Lok Kawi di Sabah, semalam, balu kepada arwah juga seperti dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena.

“Arwah Seperti Jauhkan Diri, Saya Pula Seakan Marah” – Balu Mejar Mohd Zahir Armaya

Nour Shafinar Harun, 31 dilihat masih dalam keadaan pilu mengenangkan pemergian suami semasa ditemui oleh rakan media. Ia bermula sejak arwah dihantar ke Lapangan Terbang Subang oleh isterinya itu.

“Kami bersalaman dan cium seperti biasa. Saya minta maaf dan minta halalkan makan minum, juga seperti biasa.

IKLAN

“Tapi saya berasa marah dengan tugasnya kali ini dan pemergiaannya ke Sabah. Bila dah sampai di sana, saya dapat rasakan dia jauhkan diri daripada saya. Dia juga ‘beri peluang’ untuk saya marah dia, macam nak jauhkan diri daripada saya,” kongsi ibu kepada 3 cahaya mata itu.

“Saya sempat untuk menelefon dan beritahu saya rindu serta saya dia. Dia cuma menjawab ‘sayang’ dan tidak cakap banyak. Itu kali terakhir kami bercakap.”

“Arwah Seperti Jauhkan Diri, Saya Pula Seakan Marah” – Balu Mejar Mohd Zahir Armaya

Katanya lagi, perkahwinan mereka selama ini membuatkannya merasa bahagia. Malah dia rasa bertuah mendapat arwah sebagai suami dan menganggapnya sebagai ayah terbaik untuk anak-anak mereka.

IKLAN

Setakat ini, Nour Shafinar belum lagi melihat apa-apa video kejadian. Dia hanya menerima berita pemergian suami.

BACA: Netizen Pertahan Angkatan Tentera Yang Pernah Dilabel ‘Hanya Makan & Tidur’

“Arwah Seperti Jauhkan Diri, Saya Pula Seakan Marah” – Balu Mejar Mohd Zahir Armaya

IKLAN

Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan anak kepada pelakon komedi A R Badul maut dalam satu insiden tertembak raifal ketika melakukan demonstrasi di pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu semalam.

SUMBER: AWANI

 

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI