Penyakit jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah jangan pelik sekiranya penyakit ini menyerang golongan yang lebih muda.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian Ashraf Sinclair yang didakwa mengalami serangan jantung. Baru berusia 40 tahun, ramai yang tidak menyangka bahawa Ashraf yang sebelum ini pernah menempa nama di Indonesia sebagai seorang pelakon meninggal dunia gara-gara sakit jantung.
Takziah Remaja ucapkan kepada keluarga Ashraf Sinclair
Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi tidak salah sekiranya kita mengambil tahu dan lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan sendiri.
Antara tanda-tanda serangan jantung yang korang perlu tahu adalah seperti berikut:
• Sakit di tengah dada, menyucuk, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan kiri hingga rasa kebas
• Berdebar-debar
• Loya dan muntah
• Berpeluh-peluh
• Rasa nak pitam
Ads
Gambar hiasan
Siapa golongan berisiko mendapat penyakit jantung?
Menurut Sinar Harian, Pakar Jantung Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Rusani memberitahu, fakta perubatan menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai yang mendapat penyakit jantung. Faktor ini adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti dan kurang bersenam, serta sejarah keluarga.
Tip elak serangan jantung
Jadi apa yang korang perlu buat, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman memberikan beberapa tip yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada serangan jantung.
Ads
Gambar hiasan
1. Makan secara sihat. Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
3. Tidak merokok atau vape, ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
4. Menangani stress, kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Diharap selepas ini sama-samalah kita mengambil berat tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui kondusi tubuh badan korang.
Bila kita terpaksa tak tidur malam disebabkan assignment yang maigadd terlampaulah banyak, atau bila kita perlu lakukan kerja overtime bagi yang sudah berkarier – impak mata lesu pasti akan jelas kelihatan.
Badan tentulah kurang bertenaga, namun apa yang dikhuatiri adalah kesam lebam kantung mata atau eyebag. Jangan risau, pakar nutrisi sebenarnya boleh membantu korang. Bukan dengan menyapu krim kecantikan tau (walaupun eyemask boleh membantu).
Tetapi dengan mengambil 4 jenis sayuran dan buahan ini lebih daripada kuota harian.
TOMATO
Kita selalu dengar yang tomato membantu menjadikan kulit lebih cerah dan glowing. Ini kerana ia mengandungi Vitamin C dan antioksidan. It works for your eyes too.
TIMUN
Jangan korang hiris timun dan letak atas mata pulak! Hehe, timun yang dimakan memberikan kolagen lebihan kepada kulit. Lantas, ia membuatkan warna kulit di sekitar mata lebih sekata.
BROKOLI & BAYAM
Sedaplah kedua-dua sayuran ni, dah jangan mengada tak nak makan. Brokoli dan bayam kaya dengan Vitamin K di mana ia membantu meratakan tona kulit dan membantu pengaliran darah agar lebih lancar di sekitar wajah. Kesan eyebag serius berlaku kerana aliran darah tak sempurna.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian pereka fesyen terkenal tempatan, Putra Aziz yang merupakan sebahagian daripada duo yang bertanggungjawab membangunkan jenama Cosry sejak tahun 2004 telah membuatkan ramai bersedih.
Golongan selebriti terutamanya begitu terkesan apabila menerima berita dukacita itu sejak jam 8.30 malam tadi. Ini memandangkan mereka ialah di antara insan rapat yang pernah bekerjasama dengan Putra sebelum ini.
Tentunya korang masih ingat bagaimana Cosry merealisasikan pelbagai rekaan gaun perkahwinan para selebriti terutamanya gaun milik pelakon, Anzalna Nasir pada tahun 2016.
Menerusi hantaran di Instagram, Anzalna mengimbas semula kisah di sebalik penghasilan gaun yang diinspirasikan daripada animasi Barbie ‘Mariposa & The Fairy Princess’.
“Baru kelmarin post baju pengantin Anzalna di Instagram Story. Malam tadi dapat berita abang Put sudah tiada. Macam tak percaya! Hanya gambar jadi kenangan.
“(Saya) tidak pernah lupa jasa arwah abang Putra yang bertungkus-lumus menyiapkan (gaun perkahwinan) sampai bangun pengsan, bangun pengsan dia cakap; hanya kerana hendak buat Anzalna gembira.
“Sampai sekarang, (gaun perkahwinan) masih menjadi bualan. Betapa bertuah Anzalna dapat menyarungkan wedding dress Mariposa hasil tangan abang Put and the team. Semoga abang Put ditempatkan bersama orang yang beriman,” catat jelitawan itu.
Dalam pada itu, adik Anzalna iaitu Afifah Nasir yang juga merupakan seorang pelakon berkata hajatnya untuk menyarungkan gaun perkahwinan ciptaan Arwah Putra untuk Cosry tidak kesampaian.
“Abang Put, tak dapat nak merasa abang Put buat baju kahwin. He will be missed. Semoga tenang di sana abang Put sayang,” katanya.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam, dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS).
Menurut laporan BERNAMA, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan, semua fasiliti kesihatan mengambil langkah berwaspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE, terutama daripada lokaliti Sungai Bakap serta daerah SPS amnya. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes berkenaan. "Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang ialah pada 2018.
Memandangkan Malaysia sudah lama tidak mencatatkan kes ini sejak bertahun lalu dan terkini ada kes dicatatkan, REMAJA kongsikan artikel mengenai J.E yang ditulis oleh Doktor Fuad Hashim yang dikongsi di Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai bahaya penyakit bawaan nyamuk Culex ini.
Jadi pastikan persekitaran rumah kita bersih dan bebas dari semua bahaya ya.
Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah, dalam kes ini ialah nyamuk
Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut
Tanda dan Gejala
Hampir semua pengidap akan mendapat gejala ringan atau tiada gejala sama sekali. Biasanya gejala akan timbul selepas 4-16 hari digigit nyamuk pembawa virus JE.
Pada kes-kes yang teruk, Japanese encephalitis bermula dengan demam selsema, sejuk badan, letih, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.
Keliru dan rasa celaru (agitation) boleh berlaku di peringkat awal penyakit.
Sawan berlaku dalam 66% pesakit terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi
Komplikasi yang berlaku di antaranya:
Radang otak- akibatkan kematian pada 30% kes.
Kes yang selamat- 30% akan mendapat kerosakan otak teruk termasuklah lumpuh.
Rawatan
Diagnosa dibuat melalui ujian darah dan cairan serebrospinal yang diambil melalui tulang belakang. Tiada rawatan khas untuk Japanese Encephalitis. Antibiotik tidak berkesan melawan virus dan tiada ubatan anti-viral ditemui. Tumpuan hanya kepada rawatan kurangkan gejala dan rawatan komplikasi sahaja.
Pencegahan
Cegah gigitan nyamuk melalui:
Guna Kelambu
Guna racun semburan serangga aerosol, lingkaran ubat nyamuk dan krim sapu mengelak nyamuk (repellent).
Pasang jaringan penahan nyamuk
Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang apabila keluar ke kawasan ternakan babi
Musnahkan kawasan pembiakan nyamuk Culex
Bina sistem perparitan yang sempurna
Tutup kawasan air bertakung
Pastikan kawasan ternakan babi bersih
Sembur racun serangga di kawasan ternakan
Suntikan pelalian perlu kepada golongan berikut:
Penternak babi
Orang yang tinggal berhampiran dengan ladang ternakan babi dalam 2 km radius (terutamanya kanak-kanak).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!