Penyakit jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah jangan pelik sekiranya penyakit ini menyerang golongan yang lebih muda.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian Ashraf Sinclair yang didakwa mengalami serangan jantung. Baru berusia 40 tahun, ramai yang tidak menyangka bahawa Ashraf yang sebelum ini pernah menempa nama di Indonesia sebagai seorang pelakon meninggal dunia gara-gara sakit jantung.
Takziah Remaja ucapkan kepada keluarga Ashraf Sinclair
Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi tidak salah sekiranya kita mengambil tahu dan lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan sendiri.
Antara tanda-tanda serangan jantung yang korang perlu tahu adalah seperti berikut:
• Sakit di tengah dada, menyucuk, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan kiri hingga rasa kebas
• Berdebar-debar
• Loya dan muntah
• Berpeluh-peluh
• Rasa nak pitam
Ads
Gambar hiasan
Siapa golongan berisiko mendapat penyakit jantung?
Menurut Sinar Harian, Pakar Jantung Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Rusani memberitahu, fakta perubatan menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai yang mendapat penyakit jantung. Faktor ini adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti dan kurang bersenam, serta sejarah keluarga.
Tip elak serangan jantung
Jadi apa yang korang perlu buat, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman memberikan beberapa tip yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada serangan jantung.
Ads
Gambar hiasan
1. Makan secara sihat. Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
3. Tidak merokok atau vape, ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
4. Menangani stress, kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Diharap selepas ini sama-samalah kita mengambil berat tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui kondusi tubuh badan korang.
Koleksi tiara dan mahkota yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II selalunya akan dipinjamkan kepada kaum keluarga untuk digayakan sempena majlis rasmi atau pun hari perkahwinan.
Sebagai contoh, isteri Putera William, Kate Middleton dilihat menggayakan tiara Cartier Halo manakala isteri Putera Harry, Meghan Markle pula mengenakan tiara Queen Mary Diamond Bandeau pada hari perkahwinan mereka. Kedua-dua tiara ini dipinjamkan oleh Queen Elizabeth II kepada isteri cucu-cucunya itu.
Namun begitu berbeza dengan mendiang ibu kepada dua putera ini.
Puteri Diana memilih untuk tidak menggayakan tiara dari koleksi DiRaja Britain pada hari perkahwinan dengan Putera Charles, sebaliknya menggayakan tiara milik keluarganya sendiri.
Tiara yang diberi nama The Spencer itu merupakan harta warisan keluarganya yang merupakan keluarga aristokrat Inggeris. Bahkan sepanjang hidupnya dia dilihat lebih selesa menggayakan tiara milik keluarganya saat menghadiri majlis-majlis rasmi.
Puteri Diana bangga menggayakan tiara warisan keluarganya. Ada juga sumber menyatakan banginda lebih suka menggayakan tiara ini kerana ia lebih ringan berbanding tiada dari koleksi DiRaja. Sumber gambar: Instagram @princessdianaa
Tiara tersebut dibuat pada tahun 1930an oleh pakar perhiasan kemas, Garrad, menggunakan perhiasan kemas pusaka yang dimiliki dari abad ke-18 lagi. Tiara tersebut terdiri daripada rekaan bunga berlian, motif dedaunan dan elemen berbentuk hati. Kesemua batuan tersebut diikat dengan perak dan emas.
Tiara ini pernah digayakan oleh nenek Puteri Diana, Lady Cynthia Spencer yang merupakan Lady of Bedchamber kepada Ibu Ratu Elizabeth II, Ratu Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon.
Lady of Bedcamber merupakan seorang pembantu peribadi kepada Ratu yang mesti berasal dari keturunan wanita aristokrat. Dari arkib lama, dilihat nenek Puteri Diana menggayakan tiara ini saat berada di majlis keraian DiRaja.
Rekaan tiara The Spencer yang moden menjadikan ia sesuai digayakan dengan pelbagai jenis busana. Sumber gambar: Instagram @princessdianaa
Selepas kematian Puteri Diana, tiara The Spencer ini disimpan rapi oleh keluarganya dan pernah digayakan oleh anak saudara mendiang, Celia McCorquodale ketika hari perkahwinannya.
Anak saudara Puteri Diana menggayakan tiara The Spencer di hari perkahwinannya. Sumber gambar: Glamour
Walaupun begitu kedua-dua menantunya Kate Middleton dan Meghan Markle dilihat tidak pernah lagi menggayakan tiara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang terfikir kenapa setiap individu itu mempunyai lemak di ‘kawasan tertentu’ pada badan mereka?
Ada wanita yang cenderung untuk memperoleh lemak di bahagian perut, pinggul dan paha. Setiap daripada kita mempunyai isu lemak berlebihan dan tahukah korang bahawa hal ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang sesuai mengikut bentuk tubuh badan?
Istimewa kali ini, REMAJA ingin mengupas masalah ‘kawasan berlemak’ yang sering menghantui golongan wanita dengan memberikan tip pengambilan makanan untuk mengurangkan lemak di kawasan-kawasan tertentu pada tubuh.
1. Rectangle
Jika mempunyai bentuk tubuh seperti segi tiga, bahagian pinggul dan pinggang yang agak kecil, korang perlu untuk mendapatkan makanan daripada lemak sihat seperti avokado, badam dan ikan salmon. Pengambilan protein juga baik untuk diet. Ingat, walaupun berbadan kurus, masih perlu mengikut cara diet makanan yang sihat. Kurangkan pengambilan makanan segera dan bergula.
2. Apple
Jika mempunyai bentuk tubuh seperti ini, korang mempunyai masalah lemak yang berlebihan pada bahagian tengah tubuh badan. Oleh itu, diet yang sesuai diamalkan adalah dengan cara makan yang sedikit dan kerap. Makan enam kali sehari tetapi dengan portion yang kecil. Ambil makanan yang kaya dengan serat, buah-buahan, sayuran, vitamin C dan bahan tenusu rendah lemak. Elakkan makanan seperti makanan segera dan roti.
3. Pear
Bentuk badan seperti buah pear digambarkan dengan ukuran pinggul yang lebih besar daripada ukuran dada. Individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini cenderung untuk menghadapi masalah lemak di bahagian pinggul dan paha kerana mungkin mengalami situasi water retention.
Ambil makanan seperti daging, ikan, telur, produk tenusu dan makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi. Buah-buahan seperti tembikai dan nanas adalah terbaik untuk membantu mengeluarkan toksin yang memperlahankan kadar metabolisme.
4. Hourglass
Walaupun ramai wanita yang mengidamkan bentuk badan seperti ini, namun mereka cenderung untuk mendapatkan berat badan secara merata dan kekurangan muscle tone.
Korang juga lebih berisiko mempunyai tahap gula dalam darah dan disarankan untuk memilih makanan dengan indeks glycemic yang rendah dan makan sehingga 5 atau 6 kali sehari dengan portion yang kecil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal Pakar Perbidanan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Sebagai pakar perbidanan dan sakit puan yang telah banyak membantu kaum wanita, sudah pasti kepakarannya amat dihargai.
Hari ini, beliau telah berkongsi pengalaman di fbnya mengeluarkan hampir 100 ketulan fibroid pada seorang wanita berusia 37 tahun.
Mungkin telah lama berkarier dalam kerjaya namun jarang melihat situasi ini, beliau berkongsi untuk para pembaca dan mengharapkan doa buat pesakit ini mendapat cahayamata.
Dato Dr Hamid Arshad, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang amat disegani dan telah membantu ramai wanita
Baca perkongsiannya!
Subhanallah. Saya terkejut bila saya bedah pesakit ini yang berumur 37 tahun, mengidap tumbuhan FIBROIDS yang amat banyak, tidak terkira banyaknya, mungkin hampir 100 ketul.
Mulanya saya sangka hanya beberapa ketul tumbuhan sahaja.
Inilah ketulan fibroid yang berjaya dikeluarkan ketika pembedahan
Kes saperti ini sepatutnya perlu bedah buang rahim , tapi bila saya fikirkan beliau masih belum punyai anak, saya hanya buang tumbuhan2 sahaja dan kekalkan rahim. Memang sukar prosedur pembedahan tersebut dan banyak perdarahan berlaku.
Sebelum bedah tahap darah pun sangat rendah, hemoglobin hanya 5 gm%. Beliau diberi transfusi darah sebelum, ketika dan juga lepas pembedahan.
Dengan izin Allah SWT, mungkin pesakit ini boleh hamil.
Jika ini berlaku saya anggap satu miracle, Allah Maha Berkuasa Maha Pengasih dan Penyayang.
Mari kita doakan agar pesakit ini cepat sembuh. Aamin.
Sumber : Fb Dr Hamid Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!