Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Ads
Tahun ini organisasi Miss Universe Singapura memperkenalkan mahkota baharu yang dinamakan The Better Crown. Rekaan dengan lima bintang ini mewakili lima bintang pada bendera negara itu.
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Ads
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Ads
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Kehadiran Sandra Lim Shue Hui di pertandingan Miss Global 2022 sejak awal lagi menjadi perhatian ramai. Bukan sekadar cantik, bahkan keterampilan yang ditonjolkannya memikat hati para peminat dunia ratu cantik.
Berketinggian 175cm, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini membawa nama Malaysia dengan baik dan dilihat bersiap sedia dari segala segi. Ini termasuklah dari gaya komunikasi, peragaan dan juga kecerdasan minda dalam menjawab soalan.
Ketika sidang media Miss Global 2022 dijalankan, dia telah menerima anugerah istimewa Media Choice Award yang dipilih para media tempatan Indonesia yang berada di lokasi.
Membuktikan kehebatannya pada malam finale, gadis berusia 21 tahun ini telah dinobatkan sebagai naib juara Miss Global 2022. Dari 74 peserta seluruh dunia yang menyertai dia berada pada kedudukan kedua secara keseluruhan.
Ketika berada di kedudukan top 13, dia telah menerima soalan tentang siapakah personaliti popular wanita yang disukainya.
Lantas dia menjawab, “Michelle Yeoh, dia juga merupakan seorang ahli sukan bela diri, Miss Malaysia dan dia menginspirasikan saya dari segala segi. Kerana juga dia percaya apa yang saya percaya. Saya percaya yang kita harus membawa tinggi kuasa wanita, versatiliti dan itu perkara yang saya percaya dan saya mahu semua wanita lihat perkara ini apabila mereka memandang saya sebagai Miss Global.”
Menjawab soalan tersebut dengan tenang, dia ternyata berjaya memenangi hati juri dan seterusnya berjaya melangkah masuk ke dalam kelompok lima peserta terbaik bersama wakil Filipina, Lithuania, Brazil dan Australia.
Top 5 Miss Global 2022
Ketika pusingan penentuan untuk memilih Miss Global yang baharu, setiap peserta diberikan petikan kata-kata hikmah tokoh wanita terkenal dunia. Sandra menerima huraian kata hikmah yang diutarakan Oprah Winfrey. Cabarannya, mereka perlu memberi huraian berdasarkan setiap potong ayat yang diberikan.
“Membesar sebagai seorang atlet saya harus menghadapi pelbagai stigma yang dilontarkan kepada wanita. Satu perkara yang saya belajar adalah keyakinan diri bukan datang dari kesempurnaan. Sebaliknya ia datang dari mengetahui yang tidak kira berapa banyak kali jatuh kita harus berdiri dengan lebih tinggi.
“Ini adalah perkara yang saya mahu semua wanita tahu yang mereka memiliki kuasa untuk bangun kembali dan melawan segala halangan, kerana semakin cepat kita belajar darinya maka semakin cepat kita berkembang. Suatu hari apabila anda berada dit empat yang lebih baik anda boleh menjadi seorang wanita yang kuat dan cantik,” ucapnya panjang lebar memberikan inspirasi.
Wakil Filipina,Shane Tormes telah dinobatkan sebagai Miss Global 2022 manakala wakil Australia, Brooke Rankin pula berada dikedudukan ketiga. Wakil Lithuania dan Brazil pula terpaksa berpuas hati berada di kedudukan keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya korang berdarah jenis A, bolehlah menderma di Tabung Darah HTAR pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam.
Pihak hospital juga turut mengambil inisiatif untuk membuka operasi derma darah di Aeon Bukit Tinggi bermula pada 18 sehingga 22 Mei 2020. Korang boleh semak waktu operasi di laman Facebook mereka.
Jika korang memenuhi syarat-syarat untuk menderma darah dan berada dalam keadaan yang sihat, mungkin ini adalah sumbangan yang boleh dibuat kepada golongan yang memerlukan.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin ada yang tolong kita pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun apabila Malaysia menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Grand International (MGI), momen paling dinantikan para pengikut dunia ratu cantik adalah momen wakil Malaysia beraksi di pentas bagi segmen kostum nasional.
Bertempat di Bangkok Thailand semalam, penantian kostum Malaysia bagi edisi 2024 tidak mengecewakan apabila wakil negara, Melisha Lin muncul di dalam persalinan kostum bertemakan ‘Celestial Creature of Gawai Kenyalang’ ataupun mahkluk istimewa cakerawala di upacara Gawai Kenyalang.
Miss Grand Malaysia 2024, Melisha Lin.
Kostum nasional sentuhan pereka fesyen kelahiran Sarawak, Aldrin Grame itu tampil dalam skala agam dan tampak cukup menyakinkan di atas pentas peragaan tersebut.
Dalam lautan kostum nasional lain yang melambangkan kebudayaan dan konsep simbolik negara masing-masing, kostum nasional Malaysia nyata tidak kurang gahnya di mata pemerhati.
‘Celestial Creature of Gawai Kenyalang’ menceritakan tentang figura ikonik Sengalang Burung (nenek moyang masyarakat Iban) dari Sarawak yang dihormati oleh masyarakat Iban sebagai tokoh semesta yang menguasai alam roh.
Burung Kenyalang (juga dikenali sebagai burung Enggang) merupakan raja segala burung di Sarawak dan dikenali sebagai God of War. Ia melambangkan semangat istimewa yang cuba diserap oleh kaum lelaki masyarakat Iban setiap kali mereka keluar mengembara dan berburu.
Justeru, kostum nasional yang dibawakan Melisha ini merupakan satu bentuk intrepretasi terhadap lambang keberanian Sengalang Burung dan penghormatan terhadap adat resam masyarakat Iban, salah satu komuniti yang membentuk kekayaan budaya di Malaysia.
Melisha dan Aldrin memasang misi untuk memberikan inspirasi dan berkongsi kisah istimewa ini di pentas dunia dan ternyata, ia membuahkan hasil!
Selain prop berupa tengkorak manusia (hasil buruan) dan parang di tangan Melisha, beliau turut membawa bersama prop berskala agam yang menampilkan tujuh ekor burung Kenyalang, corak Pua Kumbu yang sinonim dengan masyarakat Sarawak dan kepak hijau keemasan bagi mencerminkan keyakinan sang burung; persis keyakinan Melisha dalam persembahannya semalam.
Sebagai info, pemilihan angka tujuh bagi jumlah burung Kenyalang itu sememangnya bertepatan dengan jumlah burung pada patung ukiran yang dibina oleh kaum Iban.
Menurut kepercayaan, ketujuh-tujuh roh burung Kenyalang itu akan melepaskan diri daripada patung untuk terbang melakukan serangan di kubu musuh.
Memetik kenyataan perekanya, Aldrin berharap agar kostum nasional ini berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan representasi budaya negara kita di pentas antarabangsa.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sokongan, bantuan dan ucapan istimewa buat Melisha sendiri yang baginya merupakan seorang insan yang memudahkan kerjasama yang terjalin.
Terdahulu, Aldrin pernah menggalas tanggungjawab menyiapkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran bertemakan Ulek Mayang di pertandingan Miss Grand International 2021. Istimewanya, ia telah dinobat sebagai juara kategori Busana Kebangsaan Terbaik bagi edisi tersebut.
Adakah kostum nasionalnya kali ini bakal mengulang semula sejarah berkenaan buat Malaysia?
Miss Grand International 2024 bakal menobatkan juara baharunya pada 25 Oktober ini dalam kalangan 69 negara yang bertanding.
Penganjur membuka platform undian bagi memahkotakan salah seorang pesertanya dengan anugerah Country’s Power of the Year; sekaligus membolehkan peserta itu diserap masuk ke dalam kedudukan 20 terbaik.
Penganjur turut meneruskan tradisi memperkenalkan kategori undian Miss Popular yang membolehkan penerima anugerah tersebut melangkah ke dalam kedudukan 10 terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!