Malam itu agak gelap. Langsung tidak kelihatan bulan dicelah awan tebal.
Dua sahabat baik, Aishah dan Lina baru pulang dari mengaji. Mereka sudah bersahabat baik dari kecil lagi kerana rumah agak berdekatan. Dalam santai menuju ke rumah, secara spontan Aishah mengajukan soalan.
“Kalau aku jadi pocong, kau takut tak,” tanya Aishah ketika mereka santai-santai balik dari kelas mengaji di rumah Ustazah Juwita malam itu.
“Apa kau merepek nie. Takkanlah kau nak jadi pocong. Mana boleh jadi hantu,” kata Lina sambil mencubit lengan kawan baiknya itu.
“Kalau aku jadi pocong kau takut ke tak. Aku betul-betul nie,” tanya Aishah lagi., tanyanya seolah sedikit mendesak. Memikirkan soalan itu tidak sesuai, Lina mengabaikannya sahaja. Tetapi selama tiga hari itu jugalah mulutnya tidak pernah lekang bertanya soalan yang sama hingga Lina malas melayannya.
Namun ternyata pertanyaan Aishah ada maksud di sebaliknya. Masuk hari ke empat, dalam keduanya pulang kerana baru habis mengaji, sewaktu lalu di sebatang pokok besar, secara tiba-tiba dahan besar menimpa kepala Aishah sehingga mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan parah.
Di saat tubuhnya berlumuran darah itulah, mulutnya tidak henti-henti mengatakan pedih, sakit berulang kali di hadapan Lina yang terlalu panik sehingga suaranya akhirnya terhenti sendiri. Sewaktu ambulan datang, paramedik mengesahkan Aishah sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Sedih di hati Lina bukan kepalang kerana dia menyaksikan sahabat baiknya maut di depan mata.
Jenazahnya segera dibawa ke hospital. Seluruh ahli keluarganya menangisi pemergian secara tiba-tiba itu. Memandangkan diri arwah tiada sebarang sakit,maka satu post mortem dilakukan oleh pihak hospital sebelum boleh dibawa balik. Hasil pemeriksaan, arwah meninggal akibat kecederaan parah di kepala selain organ dalamannya pecah. Sebelah pagi itu, barulah jenazahnya boleh dibawa keluar sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di surau kampung. Jenazah Aishah akhirnya selamat dikebumikan sekitar jam 2.00 petang.
Malam itu keluarganya mengadakan kenduri tahlil dan Lina tidak terkecuali hadir.
Ads
Kenduri itu selesai jam 10 malam. Memandangkan dia dan arwah Aishah berjiran, tiada apa ditakutkannya. Namun menjelang tengah malam, matanya seakan tidak boleh tidur. Waktu semakin menginjak ke jam 1 pagi. Ketika itu dia terdengar suara yang menyebut “pedihhhhh, sakitttt berulang kali.
Penampakan pocong pernah dilaporkan dan kisah ini benar-benar berlaku
Suasana malam adalah waktu di mana makhluk halus bermaharajalela mengganggu manusia
Tersentak diri Lina ketika itu. Suara didengarinya sama seperti suara arwah Aishah yang meminta tolong ketika dahan pokok besar itu menimpanya. Namun tidak mahu berburuk sangka, dia pura-pura tidur biarpun hatinya terlalu takut.
Suara itu kemudiannya berlalu begitu sahaja.
Malam kedua, dari hanya sahutan suara berbunyi pedih dan sakit, kali ini Lina betul-betul mahu pengsan. Ini kerana sekitar jam 2 pagi dia terdengar satu suara berbunyi, “Lina…kalau aku jadi pocong kau takut takkkkkkkk…berulang-ulang suara itu berbunyi dari luar dan Lina sendiri pengsan kerana itulah pertanyaan Aishah kepadanya sebelum tragedi itu berlaku.
Esoknya heboh sekampung yang mana mereka mendengar suara pedihh, sakittt dan berbagai bunyi lagi. Sejak itu heboh kononnya hantu Aishah balik menuntut bela.
Trauma dan ketakutan penduduk amat berasas kerana hampir seminggu juga mereka mengalami gangguan ini. Ada melihat pocong melompat-lompat keliling kampung sehingga pernah ada anak muda kemalangan kerana terlalu takut. Ketika itu kecoh bahawa Aishah sudah menjelma menjadi pocong.
Ads
Hati keluarga arwah terlalu sedih. Mereka bukan keluarga bomoh atau mengamalkan ajaran songsang sehingga roh anak jadi begitu. Mereka kemudiannya memanggil seorang Ustaz yang juga pengamal perubatan untuk memulihkan kampung dari gangguan yang terjadi.
Malangnya, biar Ustaz Hambali sudah hadir, suara dan bayangan pocong tetap juga kembali menakut-nakutkan penduduk.
Bingung selain rasa ingin tahu, Ustaz Hambali berniat mahu bertemu keluarga Aishah. Ini kerana semasa dia menziarahi kubur remaja berkenaan, keadaan kuburnya elok dan tidak berlubang di kepala seperti yang biasa berlaku ke atas mayat yang diambil untuk tujuan ilmu hitam. Masa yang sama, ramai menyampaikan mereka selalu mendengar suara menyebut, pedihhhh, sakitttt…
Lompatan mayat berkafan disebut pocong antara mistik yang sering diperkatakan kerana sudah ramai mengalaminya
Sesampaikan dia di rumah keluarga arwah Aishah, Ustaz Hambali berborak seketika sebelum bertanya mana baju terakhir yang dipakai oleh arwah.
“Saya dah basuh Ustaz. Elok lagi cuma penuh dengan kesan darah. Saya nak simpan buat kenangan,”kata ibu arwah dalam nada sebak.
Serentak mendengar jawapan itu, Ustaz Hambali sedikit mengelang.
“Kenapa Ustaz, kenapa dengan baju arwah, apa kena mengena,”soalnya bertalu.
Ads
Boleh saya tanya, akak basuh baju guna apa ya,”tanya Ustaz yang membuatkan keluarga arwah seakan tidak senang duduk.
“Saya basuh guna basuh la Ustaz. Apa kena mengena pula.
“Lagi akak guna apa ya…soal Ustaz bertali arus.
“Saya gunakan limau kerana mahu bersihkan darah yang melekat di bajunya. Kenapa salah ke,”aju mak arwah.
Sambil mengemaskan silaan duduknya, kata Ustaz Hambali dia sudah mendapat jawapan kerana suara berkenaan muncul sekaligus menakutkan penduduk kampung.
“Ini sedikit nasihat dari saya. Seandainya ada ahli keluarga yang mati kemalangan, mati berdarah dan sebagainya, jangan sesekali membersihkan darah arwah dengan limau. Begitu juga kalau mangsa kemalangan, sebaiknya curah saja darahnya dengan air bersih unuk mengelak roh jahat dari mendekati. Kadang kala ada sesetengah dari kita terutama pengamal ilmu hitam suka pergi ke lokasi kemalangan dan memerah limau untuk menarik roh jahat mengikut mereka. Sebaiknya guna sabun dan air sahaja. Bila kita menggunakan limau, kita menyakitkan qarinnya dan kerana itulah suara pedihhh, sakitt berulang kali disebut. Itu tandanya roh dalam keadaan tidak tenteram. Nanti saya perbetulkan,’katanya yang terus memulakan rukyah perubatannya.
Sejak itu, tiada lagi gangguan suara yang muncul dan Lina juga semakin melupakan kejadian seram dialaminya.
Kisah diatas adalah sebuah kisah benar yang menimpa seorang gadis remaja dari utara tanahair yang dimaut di hempap pokok. Kisah ini diceritakan oleh ahli keluarga mangsa untuk berkongsi.
Semua tahu, bukan mudah untuk mengharungi tempoh beberapa minggu di tanah suci Mekah dan Madinah ketika seseorang menunaikan ibadah Umrah.
Apatah lagi apabila kita berada di negara asing, jemaah perlu segera menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca, muka buminya yang berbeza, budaya dan jadual beribadah ekstra memandangkan niat ke sana adalah untuk mendapat keberkatan daripadaNya.
Sama jugalah pengalaman penyanyi Vroom Vroom, Nabila Razali yang telah ke sana untuk menunaikan Umrah pada akhir tahun lepas. Ketika REMAJA menemui Bella baru-baru ini, dia telah berkongsi satu barangan rahsia yang membantu perjalanannya di sana.
“Bella bukan nak propa tapi Bella nak berkongsi rahsia ini. Mana tau ada di antara korang yang akan ke Mekah tak lama lagi. Mungkin ini boleh mempermudahkan urusan korang di sana.
“Semasa ke Umrah, Skechers adalah jenama pertama yang terlintas di fikiran untuk jalankan Umrah. Seperti yang kita tahu, di sana kita selalu berjalan kaki, naik turun bukit dan sebagainya. Jadi sepanjang berada di sana Bella hanya memakai kasut Skechers.
“Bella sangat selesa untuk naik bukit dan gua. Langsung tak rasa sakit kaki, malah Bella lebih bersemangat untuk mengajak menjalankan ibadah pada hari keesokan. It was a good experience and moment apabila kita selesa menjalankan ibadah wajib kita,” kongsinya kepada kami.
Nak tahu juga kasut Skechers bagaimana yang dipilih Bella.
“Honestly, Bella tak ingat nama model kasut itu. Tapi alang-alang nak beli Skechers baru tu, why not korang dapatkan koleksi terbaru Skechers x One Piece yang merupakan koleksi istimewa mereka bermula bulan April ini.
“Ramai tahu One Piece ialah Japanese animation yang popular dan 5 karakter utamanya telah dijadikan inspirasi 5 sneaker terbaru mereka. Selesa itu pasti, tapi ia juga cantik! Jadi dua-dua pun balance,” katanya yang memakai model Portgas D. Ace yang mempunyai corak api di belakang.
(Dari kiri): Trafalgar D. Law dan Jimbei.
Love juga koleksi Skechers x One Piece ni!
Ia boleh didapati pada harga RM459 di stor konsep Skechers.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, kerajaan menerusi ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020.
Tambahan tempoh selama 2 minggu tersebut dilihat sebagai satu tuntutan meskipun ramai yang mengeluh. Maka, pengumuman rasmi yang dilakukan oleh PM sebentar tadi diharap dapat membuatkan kita melakukan persediaan lebih awal.
Sambil diiringi dengan bacaan doa oleh PM untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT, berikut adalah 5 poin penting yang REMAJA ambil daripada perutusan tersebut.
01
“Saya mohon agar semua tenang dan tidak panik. Saya mendapat laporan lebih 95 peratus rakyat mematuhi perintah PKP. Ramai yang mematuhi nasihat duduk di rumah. Hanya ada beberapa insiden kecil pelanggaran perintah ini di sana-sini. Pihak polis dan tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal.
“Saya ingin ingatkan, jika perintah ini tidak dipatuhi, maka ianya tidak akan membawa apa-apa kesan positif dan segala tindakan kita akan menjadi sia-sia.”
02
“Saya tahu, bukan mudah. Pastinya banyak cabaran yang kita hadapi pada waktu ini. Dan keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar.
“COVID 19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Kadar jangkitannya begitu cepat. Hari ini seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.
“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID- 19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.”
03
”Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan.
“InsyaAllah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh. InsyaAllah, no one will be left behind.”
04
“Saya telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.
“Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.
“Saya ingin memanggul agar organisasi di Malaysia membantu dalam waktu-waktu sukar ini. Saya percaya bantuan anda akan membantu meringankan beban mereka.”
05
“Saya tahu kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil cuti rehat secara berperingkat.
“Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.
“Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara. Kita telah berikhtiar sedaya upaya. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.”
*
Untuk mendengar ucapan penuh Perdana Menteri, klik link di bawah.
Stanford Ryan Sidi, seorang pemuda berumur 26 tahun dari Sibu, Sarawak, harumkan nama Malaysia di WCOPA Amerika Syarikat.
Pemain sape, Stanford Ryan Sidi dari Sibu, telah mendapat pengiktirafan dunia dengan memenangi pingat emas untuk karya asli beliau, “Borneo Journey” di peringkat akhir Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) ke-27 di Amerika Syarikat.
Stanford, yang berusia 26 tahun, menonjol dalam kategori Karya Asli Muzik di bawah Bahagian Senior. Selain pingat emas, beliau turut memenangi pingat perak dalam kategori Kontemporari, Klasik, dan Terbuka, serta pingat gangsa dalam kategori Jazz.
“Saya sangat gembira dipilih mewakili Malaysia di WCOPA 2024. Pada masa yang sama, saya sangat gementar kerana bertanding dengan 20 peserta dari 60 negara lain dalam kategori saya,” kata Stanford, yang bekerja sebagai juruteknik, menurut laporan.
“Pertandingan bermula dengan pusingan awal, dan walaupun saya gemetar, saya terkejut dapat melayakkan diri ke separuh akhir bersama lapan peserta lain dan kemudian ke peringkat akhir bersama lima peserta lain. Lebih mengejutkan lagi apabila memenangi pingat dan diumumkan sebagai Pemenang Bahagian untuk kategori Karya Asli,” tambahnya.
Stanford menjelaskan bahawa beliau dan beberapa peserta lain diminta untuk mencipta gubahan asli untuk WCOPA 2024.
“Ia agak mencabar untuk mencipta lagu sendiri, terutamanya dengan sape sebagai alat muzik. Saya mengambil masa dua bulan untuk mengarang karya untuk kategori Karya Asli. Saya tidak bersendirian dalam usaha ini; Ajis The Crew membantu meningkatkan kualiti muzik,” katanya.
Stanford merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan (MTCP) Sarawak kerana membiayai penyertaannya di Amerika Syarikat.
“Tanpa pembiayaan tersebut, saya tidak akan dapat ke WCOPA. Saya juga berterima kasih kepada Persatuan Anak Seni Sape Kuching (Pusak) atas bantuan penting mereka dalam semua persiapan untuk penyertaan saya di WCOPA 2024,” tambahnya lagi.
5 fakta menarik tentang alat muzik Sape Sarawak
Asal Usul: Sape adalah alat muzik tradisional kaum Dayak di Sarawak, terutamanya dimainkan oleh kaum Kenyah, Kayan, dan Iban.
Bentuk dan Reka Bentuk: Sape biasanya mempunyai bentuk bujur dan panjang, dengan badan yang lebar dan tali yang tegang. Ia sering diukir dengan motif etnik yang indah.
Bahan Pembuatan: Sape diperbuat daripada kayu keras seperti kayu adau atau kayu meranti, yang diukir dengan tangan untuk menghasilkan bentuk dan bunyi yang diingini.
Tali Sape: Pada asalnya, sape mempunyai dua hingga empat tali yang diperbuat daripada serat tumbuhan atau rotan. Namun, versi moden menggunakan tali nilon atau dawai.
Permainan dan Teknik: Sape dimainkan dengan cara memetik tali menggunakan jari. Pemain biasanya menggunakan teknik khas seperti plucking dan strumming untuk menghasilkan bunyi yang merdu.
Sape bukan hanya alat muzik, tetapi juga simbol identiti budaya yang kaya dan warisan yang dihargai oleh masyarakat Dayak di Sarawak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!