Pempengaruh yang terkenal fasih bercakap dialek Melayu Kelantan, Mek Yun baru-baru ini berkongsi bahawa dia juga tidak terlepas menjadi mangsa buli siber walaupun sentiasa menyebarkan aura positif.
Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee (27) berkata dia pernah dibuli di media sosial dan diejek kerana mempunyai bentuk tumbuh gempal.
Justeru, apa yang berlaku kepada pempengaruh, Rajeswary Appahu atau Esha baru-baru ini turut meninggalkan kesan kepada anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.
“Tentulah saya terkesan dengan kes Esha kerana saya juga seorang pencipta kandungan di media sosial seperti mendiang dan sama-sama terdedah dengan perkara seperti itu (buli siber)”
“Satu perkara mengenai media sosial, kita tidak boleh kawal apa yang orang nak kata. Di awal penglibatan, saya pernah rasa tidak mahu hasilkan apa-apa video kerana kerap terima komen negatif”
“Bila fikir semula, adakah berbaloi untuk kita berhenti lakukan sesuatu yang kita suka hanya kerana mereka yang berada di belakang skrin (warganet) dan tidak mengenali kita secara peribadi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun juga berharap agar pihak berkuasa memperketat undang-undang dengan lebih tegas terhadap para pembuli, lebih lagi di ruang siber.
“Wujudkan satu undang-undang dan ambil tindakan tegas terhadap pembuli siber”
“Kebanyakan orang, mereka fikir kata-kata mereka itu biasa sahaja tetapi bila kita berada dalam posisi seseorang yang mungkin mengalami masalah, baru mereka tahu betapa sukarnya berdepan dengan komen negatif,” jelasnya.
Ads
Dia turut mengingatkan pempengaruh lain untuk membina ‘dinding’ supaya setiap komen negatif yang dilontarkan oleh warga maya di media sosial tidak memberi kesan yang buruk kepada mereka.
Selain itu, wanita berdarah Tionghua itu juga turut memberi pesanan kepada masyarakat yang mahu meninggalkan komen tidak baik agar sentiasa berfikir banyak kali sebelum meninggalkan sebarang komen di media sosial kerana bimbang ia akan beri kesan buruk, lebih lagi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Mek Yun diberi kepercayaan membawa watak Dee dalam sebuah drama terbaru Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham yang ditayangkan di Astro Warna.
Sumber: Sinar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah namanya Nur Fazura, pakailah baju apa, mekap dan dandanan rambut bagaimana sekalipun, hasilnya tetap gorgeous juga.
Petang tadi telah berlangsungnya persandingan kali ketiga untuk Fazura dan Fattah Amin. Kali ini, mereka meraikan penyatuan ini bersama para peminat pula selepas majlis resepsi sebelum ini diadakan khas untuk keluarga, sahabat, rakan media dan selebriti.
Dalam pada semua orang memuji busana songket ber-cape berwarna biru cair daripada Altelia Amani yang disarung Fazura, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang.
Fazura mendapatkan khidmat jurumekap Japhet (KF) Bong dan jurudandan CKay Liow.
Untuk bahagian wajah, KF mulakan dengan langkah skin preparation seperti moisturizing cream dan instant mask untuk melembapkan kulit dan menutup liang pori.
Selepas KF siapkan solekan natural untuk Fazura, dia menggunakan bulu mata palsu 3D Silk Lash by BeFaz. Menurutnya, ia tidak sukar pun untuk dipakai – hanya lekat, tekap dan siap!
Bagi dandanan rambut sanggul ke belakang pula, CKay menggunakan produk dari koleksi Schwarzkopf Osis seperti hair wax dan hairspray.
Kesemua rahsia ni sebenarnya bukanlah rahsia sangat pun, semuanya ada dijual di portal online dan kedai farmasi. Cuma tinggal curi masa sedikit dan apply pada muka dan rambut.
Mana tahu, boleh jadi secantik Fazura!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan anak muda ini dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Terbaharu, Sofyank sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan sebuah video promo bagi filem Fast and Furious 9 bersama pelakon antarabangsa, John Cena.
Apa yang menarik, menerusi video itu John Cena dilihat ada bercakap dalam bahasa Melayu dan ia sekali gus menarik perhatian orang ramai, selain teknik suntingan hebat yang dihasilkannya.
Pelakon lelaki Fizo Omar sebentar tadi telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya mengatakan bahawa anak perempuanya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar telah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini seang menerima rawatan di hospital.
Jelas Fizo, mereka berada dalam keadaan stabil dan dia sudah pun menjalani ujian swab pada 2 Januari 2021 dan keputusannya adalah negatif.
Finalis Hero Remaja 2007/2008 ini juga menasihati kepada semua masyarakat supaya jangan mengambil mudah dengan virus pandemik ini dan patuhilah segala SOP yang ditetapkan kerana ia akan memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga.
Beliau juga meluahkan rasa penghargaan kepada semua yang menitipkan doa dan berharap agar Maryam dan Mawar cepat sembuh.
Rakan selebriti dan pengikutnya di IG turut mendoakan agar anak dan bekas isteri Fizo cepat sembuh.
Kes positif COVID-19 nampaknya terus menular di negara kita dan diharap agar korang semua lebih berwaspada dan mematuhi SOP dengan menjaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Remaja mendoakan agar Mawar dan Maryam baik-baik sahaja dan semoga Fizo Omar kuat menghadapi ujian ini.