Hujan lebat di Lembah Klang semalam pastinya memberi kembimbangan buat orang ramai kerana khuatir sekiranya berlaku banjir teruk sekali lagi. Beberapa kawasan dikatakan sudah menaiki air akibat hujan lebat yang tidak berhenti dari pagi.
Bagi penduduk Selangor yang berhadapan dengan kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan, Smart Selangor telah berkongsi informasi tentang pihak yang korang boleh hubungi segera. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi C51 Smart Selangor di tujuh talian untuk laporan dan aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Antara talian yang boleh dihubungi ialah 0356500501, 0356500502 dan 0356500503 serta menerusi aplikasi WhatsApp di talian 0108887364. Untuk talian WhatsApp beroperasi 24 jam dan talian telefon sehinga pukul 9 malam.
Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beerapa lokasi di sekitar ibu negara dinaiki air, antaranya termasuklah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh ke Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail ke Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.
IKLAN
Antara lokasi lain yang terkesan ialah di Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi sementara di Selangor antara yang terkesan dilaporkan di Sekinchan dan Puchong.
So guys, korang boleh simpan senarai talian yang boleh dihubungi oleh penduduk di Selangor dan sekiranya berlaku masalah banjir dapatkan bantuan dengan segera. Semoga kejadian awal tahun ini tidak lagi berulang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia dan memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Manakan tidak, ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup. Malah, kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Adat orang berniaga, mesti pandai grab peluang yang ada, kemelut wabak ini menjadikan sesetengah pemilik syarikat dari serata dunia berjaya meraih kekayaan dengan mengambil peluang situasi ini bagi menjana pendapatan lumayan.
Ini 10 orang yang bertuah mengaut keuntungan daripada pandemik pembawa maut inidan berjaya memasuki carta Forbes pada tahun ini.
1. Li Jianquan dan keluarga (Hong Kong)
Nilai kekayaan : AS$ 6.8 bilion (RM 28 bilion)
Merupakan orang ke-17 yang terkaya di Hong Kong, Li Jianquan memiliki syarikat Winner Medical, iaitu antara pengeluar terbesar bagi pelitup muka dan PPE yang berjaya menembusi pasaran seluruh dunia dalam melawan wabak Covid-19 ketika ini.
2. Stephane Bancel (Perancis)
Nilai kekayaan : AS$4.3 bilion (RM 17.8 bilion)
Stephane Bancel memegang jawatan CEO bagi syarikat bioteknologi Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts. Pada 18 Disember 2020, vaksin keluaran syarikatnya telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Stephane juga memegang tiga gulung ijazah sarjana dalam bidang perniagaan (MBA) dan kejuruteraan dari universiti berprestij di Perancis dan Amerika Syarikat.
3. Liu Fangyi (China)
Nilai kekayaan: AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion)
Liu Fangyi merupakan pengasas dan CEO bagi Intco Medical Technology, iaitu syarikat yang mengeluarkan kelengkapan PPE seperti sarung tangan perubatan, pelitup muka serta peralatan hospital lain seperti cecair pembasmi kuman, kerusi roda dan kain gauze kasa.
4. Ugur Sahin (Jerman)
Nilai kekayaan: AS$4 bilion (RM16.6 bilion)
Bagi yang mendapat suntikan Pfizer, inilah individu yang berjaya menghasilkannya. Ugur Sahin yang juga merupakan CEO bagi syarikat BioNtech berjaya menghasilkan vaksin Pfizer bersama isterinya dengan kerjasama syarikat gergasi farmasi di Amerika Syarikat.
Dengan keberkesanan sehingga 90%, pasangan ini merupakan satu-satunya saintis muslim yang berjaya menghasilkan vaksin bagi membendung penularan wabak Covid-19.
5. Yuan Liping (Kanada)
Nilai kekayaan: AS$3.6 bilion (RM14.9 bilion)
Setelah bercerai dengan pengerusi firma Shenzen Kangtai Biological Products. Du Weimin, Yuan Liping kini memegang sebanyak 24 % daripada jumlah saham syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Dengan termeterainya perjanjian bersama syarikat farmaseutikal di Britain, Astrazaneca pada Ogos lalu, syarikat ini bermatlamat untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 juta dos vaksin Covid-19 bagi melawan penularan Covid-19.
6) Hu Kun (China)
Nilai kekayaan: AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion)
Hu Kun berperanan sebagai pengerusi Contec Medical Systems, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai produk dalam bidang perubatan termasuklah pulse oximeter dan peranti khas bagi memeriksa kesihatan paru-paru.
7) Chen Xiao Ying (China)
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion).
Wanita ini merupakan pelabur bagi Alibaba Health Information Technology. Syarikat ini telah mengadakan perjanjian dengan penghasil vaksin Sinovac pada September lalu bagi menghasilkan platform digital sebagai usaha mengedarkan vaksin Covid-19 ini.
8) Dai Lizhong (China)
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)
Pada Mei 2020, syarikat yang diterajui Dai Lizhong, Sansure Biotech telah berjaya mendapatkan kelulusan FDA bagi memasarkan kit ujian Covid-19 kepada pasaran seluruh dunia.
9) Karin Sartorius-Herbst (Jerman)
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)
Beliau merupakan seorang pemegang saham bagi syarikat biofarmaseutikal, Sartiorus AS, iaitu pengeluar bagi peralatan ujian Covid-19.
10) Prof. Timothy Springer (AS)
Nilai kekayaan: AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion)
Prof Springer meraih kekayaan sebagai pelabur bagi syarikat Moderna sejak tahun 2010. Beliau juga merupakan seorang pakar immunologi dan profesor dalam bidang kimia biologikal dan farmakologi molekular di Harvard Medical School.
Merafak sembah dan ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-50 , Tengku Permaisuri Norashikin!
Sentiasa tampil anggun dalam apa jua gaya, siapa sangka permaisuri kesayangan rakyat Selangor lahir pada 4 June 1971 dan kini sudah pun mencapai usia 50 tahun. TAPI, baginda permaisuri langsung tidak kelihatan dimamah usia dan kekal awet muda.
Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat lahir dititipkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian warganet.
“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan…
“…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen rata-rata posting ini dihujani ucapan netizen yang mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Permaisuri Norashikin.
Tak kurang juga yang tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun sebaliknya dipuji awet muda seperti umur 30-an.
Sebagaimana kita tahu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang cantik dan ayu dari dulu lagi. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah. Daulat Tuanku!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?
Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.
Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.
Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.
Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.
Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.
Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.
Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.
Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..
"Untuk mengatakan saya baru saja memuat naik tentang Palestin adalah tidak benar.."Begitulah kenyataan yang dilontarkan oleh pempengaruh, Dahlia Rizal berkenaan dakwaan dirinya terus-menerus memuat...