Senarai Lokasi Yang Mencatatkan Kes Positif COVID-19 Setakat 8 Januari 2021

Share

Semalam (7 Januari 2021) Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi dengan jumlah sebanyak 3,027 sekali gus mencecah jumlah keseluruhan kes 128,465 kes.

Ia sesuatu yang membimbangkan kerana virus ini nampaknya sedang berlegar di merata-rata tempat. Jadi, apa yang korang perlu buat adalah duduk rumah sekiranya tidak mempunyai apa-apa urusan penting di luar.

Berikut kami ingin senaraikan antara lokasi sah kes positif COVID-19 di seluruh negara setakat 8 Januari 2021.

Perniagaan

• Ben’s Independent Grocer (BIG), Publika Mall, KL

Pihank pengurusan telah mengeluarkan notis bertarikh 8 Januari bahawa seorang pekerja di bahagian minuman keras dari cawangan Publika disahkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021. Pekerja lain yang dikesan sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah. Kerja pembasmian kuman telah dilakukan pada 7 Januari.

• Village Grocer, 1 Mont Kiara, KL

Seorang lagi pekerja di premis ini didapati positif COVID-19 dan dilaporkan kali terakhir bekerja pada 2 Januari 2021. Semua kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah. Premis juga telah menjalani proses pembasmian kuman.

• Café Yamatatsu, Jalan Klang Lama, KL

Seorang pekerja diuji positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 setelah semua kakitangan menjalani ujian swab sehari sebelumnya. Kafe ini ditutup selama dua minggu bermula 6 Januari hingga 21 Januari bagi kerja pembersihan.

• Resorts World Genting, Genting Highlands

Pihak pengurusan telah memaklumkan bahawa beberapa pekerja di kantin kakitangannya diuji positif COVID-19 semasa pemeriksaan rutin dan telah segera diasingkan. Anggota kakitangan yang makan di kantin itu juga telah diasingkan. Kantin dan kawasan umum yang terjejas telah dibersihkan dan pengesanan kontak rapat sedang dilakukan.

Kantin tersebut tidak dibuka kepada orang ramai, disebabkan itu resort tersebut akan terus beroperasi.

Foto: Astro Awani (Gambar hiasan)

• DailyMuscle, Glomac Damansara

Seorang ahli di pusat kecergasan ini yang mengikuti kelas 6.30 pagi pada hari Isnin telah diuji positif COVID-19. Pihak pengurusan memaklumkan bahawa kes itu mungkin merupakan kes terpencil, dan kemungkinan mendapat jangkitan di luar premis mereka, namun ia telah menghubungi semua ahli lain di kelas yang sama untuk menasihati mereka menjalani ujian.

Premis ditutup sementara untuk operasi pembersihan dan semua pekerja akan menjalani ujian swab.

• Jaya One, Petaling Jaya

Seorang pekerja di sebuah pejabat di Blok D-61/63, Tingkat 3 telah disahkan positif sehari sebelumnya. Pejabat itu ditutup sementara semua kakitangan menjalani ujian swab. Jaya One mengatakan bahawa pihak pengurusan mereka telah melakukan pengesanan kontak rapat dan membersihkan semua kawasan umum di Blok D.

• Pasar Raya Tong Hin, Kota Kinabalu

Borneo Post melaporkan pada malam tadi pasar raya ini telah menutup cawangan di Gaya Street untuk kerja pembersihan kerana seorang pekerja disahkan positif COVID-19.

• Happy Place Restaurant & Bar, Kota Kinabalu

Salah seorang pelanggan di kedai makan ini didapati positif COVID-19 pada 31 Disember dan juga pekerja yang di acara swasta pada hari yang sama. Premis telah dibersihkan tetapi akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

• Din Tai Fung, The Gardens Mid Valley

Seorang pekerja telah diuji positif COVID-19 semalam dan kakitangan itu telah dikuarantin sementara premis mereka telah dibersihkan. Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.

• Mei by Fat Spoon, Petaling Jaya

Dua orang pelanggan dari kedai makan ini di cawangan The Hub SS2 telah disahkan positif COVID-19. Salah seorang pelanggan mengunjungi premis pada 1 Januari antara 8 hingga 9 malam dan seorang lagi pada 5 Januari antara 12 tengah hari hingga 1 petang.

Gambar hiasan

Penempatan

• Kondominium 9 Bukit Utama, Bandar Utama

Seorang penduduk dari Blok A didapati positif Covid-19 pada 7 Jan, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh pada hari yang sama.

• Le Yuan Residence, Taman Gembira

Pihak pengurusan mengeluarkan notis bertarikh 7 Januari bahawa sat ukes COVID-10 telah dikesan di Blok A. Pesakit dibawa ke hospital pada hari yang sama.

• Temasya 8 Residence, Shah Alam

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 7 Jan bahawa satu kes positif Covid-19 telah dikesan di Temasya 8 Residence.

• Isle of Kamares, Setia Marina, Cyberjaya

Pihak pengurusan mengumumkan semalam bahawa seorang penduduk di Blok K20 diuji positif Covid-19 dan tindakan segera telah diambil, termasuk pembasmian kuman.

• Hijauan Saujana Service Apartments, Shah Alam

Pihak pengurusan mengatakan pada 6 Januari bahawa seorang penduduk di Blok A, Tingkat 12, telah menunjukkan positif Covid-19 dan dua yang lain di unit yang sama telah menjalani ujian dan mengasingkan diri di sebuah hotel.

• Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu, Kedah

Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengatakan kes Covid-19 telah dikesan di kawasan perumahan.

• Pelbagai kawasan di Kulai, Johor

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai berkata, kes Covid-19 telah dikesan di kawasan berikut semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 166 kes.

Mukim Senai: Jalan Nuri (1 kes); Kampung Baru Sengkang (1); Taman Handal (2); Pekan Senai (1); Taman Mas (1); Jalan Merak, Bandarputra (2); Taman Makmur (1); Taman Perindustrian Murni (57); Jalan Perindustrian 1 (87).

Mukim Kulai: Taman Pancasila (1 kasus); Jalan Matahari (1); Taman Muhibbah (1); Taman Putri (2); Taman Lagenda Putra (1); Jalan Rambutan (1); Taman Saleng Gaya (2); Jalan Teratai, Indahpura (1).

Mukim Bukit Batu: Felda Bukit Batu (2 kes).

Mukim Sedenak: Kampung Melayu (1 kes).

Pejabat

• Setiawalk, Pusat Bandar Puchong

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 6 Jan bahawa terdapat lima kes baru di Setiawalk, dengan satu kes masing-masing di Blok H, Blok E dan Blok C dan dua kes di Blok D.

Stay at home guys! Kita masih belum menang.

Sumber: Malaysiakini

IKLAN