Kebanyakan kes positif COVID-19 kini dikesan di kawasan-kawasan perumahan dan situasi ini sudah tentu mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat sekeliling.
Sebanyak 35 buah kondominium/pangsapuri telah merekodkan kes positif COVID-19 sepanjang 22 hari yang lalu. Rekod terbaru dicatatkan dengan 23 kes positif dari flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya. Kesemua kondo/pangsapuri yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 telah pun menjalani proses sanitasi.
Berikut merupakan antara kondominium dan pangsapuri yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 yang direkodkan sehingga 22 Oktober 2020.
3 Oktober
Penduduk di Parc Regency Serviced Apartment di Johor Bahu disahkan positif COVID-19
4 Oktober
Penduduk di Blok B Magnaville Apartment di Selayang disahkan positif COVID-19
5 Oktober
Penduduk di Blok B Sri Anggerik 1 Apartment di Puchong Jaya disahkan positif COVID-19
Kredit foto: Polis Daerah Petaling Jaya (Gambar hiasan)
6 Oktober
Penduduk di Blok 1 Puteri Palma Condominium di IOI Resort, Seri Kembangan disahkan positif COVID-19
7 Oktober
• Dua penduduk yang tinggal di kediaman yang sama di Blok H Desa Impiana Condo di Puchong disahkan positif COVID-19
• Ibu dan seorang anak lelakinya dari Pangsapuri Kasturi, Bandar Dato Onn, Johor Bahru juga dilaporkan positif COVID-19
8 Oktober
• Penduduk di The Pines Residence, Gelang Patah, Johor disahkan positif COVID-19
• Penduduk di Blok C East Lake Residence di Taman Serdang Perdana disahkan positif COVID-19
• Penduduk di Blok D Residensi Damai Meriah, Damansara Damai disahkan positif COVID-19
Kredit foto: Polis Daerah Petaling Jaya (Gambar hiasan)
10 Oktober
• Penduduk di Blok B Fadason Business Centre di Kepong disahkan positif COVID-19
Ads
• Penduduk di Blok D Riana Green East Condominium di Wangsa Maju disahkan positif COVID-19
11 Oktober
Seorang lelaki yang tinggal di Blok A Menara Simfoni (Symphony Tower) Service Apartment, Seri Kembangan disahkan positif COVID-19
12 Oktober
• Penyewa di Blok D di Pelangi Utama Damansara Condominium, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19
• Penduduk di Palazio Serviced Apartment, Johor Bahru disahkan positif COVID-19
14 Oktober
• Penduduk di Blok AK Subang Perdana Apartment, Subang Jaya disahkan positif COVID-19
• Penduduk di Blok 5 Seri Intan Apartment di Setia Alam disahkan positif COVID-19
15 Oktober
• Dua kes positif dikesan di Blok C H20 Residences di Ara Damansara, Selangor
• Penduduk di Blok B Gembira Residen di Taman Gembira, KL disahkan positif COVID-19
16 Oktober
• Seorang pekerja kilang yang tinggal di Prima Bayu Apartment, Klang disahkan positif COVID-19 dan menurut laporan The Star Online, seramai 21 pekerja Nepal yang tinggal disitu juga disahkan positif dan 30 lagi rakan mereka sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 22 Oktober.
Ads
• Penduduk Blok A Prima Midah Heights Apartment, Taman Midah, Cheras disahkan positif COVID-19
17 Oktober
Satu kes positif COVID-19 dikesan di Seri Borneo Condominium, Kota Kinabalu
18 Oktober
• Penduduk di Blok B tingkat 25 Aurora Residence di Taman Pinggiran Prima, Puchong disahkan positif COVID-19
• Penduduk di Blok J tingkat 23 di BSP21 Condominium, Bandar Saujana Putra disahkan positif COVID-19
Kredit foto: Polis Daerah Petaling Jaya (Gambar hiasan)
19 Oktober
• Penduduk di Blok A tingkat 16 Maxwell Towers, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19
• Penyewa di Blok B Seasons Garden Residences, Wangsa Maju disahkan positif COVID-19
• Pekerja kontraktor di tingkat LG8 dan 11 GenKL Condominium disahkan positif COVID-19 pada 15 Oktober 2020
20 Oktober
• Penduduk di Blok 2 tingkat 1 Seri Baiduri Apartments, Setia Alam disahkan positif COVID-19
• Dua kes positif dikesan di Amara Serviced Residence, Batu Caves
• Penduduk di Blok b PV2 Condominium, Taman Melati disahkan positif COVID-19
• Satu kes positif dikesan di Pangsapuri Jati Selatan, Kg Baru Salak Selatan
• Penyewa di Blok D PPR Kg Baru Air Panas disahkan positif COVID-19
21 Oktober
• Seorang lagi penduduk di Blok b, Level 25 Aurora Residence Taman Pinggiran Prima, Puchong disahkan positif COVID-19
• Penduduk di De Bay Apartment, Setia Alam disahkan positif COVID-19
• Lima beranak di Flat Setapak Indah Jaya, Setapak disahkan positif COVID-19
• Dua kes positif di Puri Aiyu Condominium, Seksyen 22 Shah Alam disahkan positif COVID-19
• 23 orang penduduk di Flat Pelangi Damansara, Persiaran Surian dilaporkan positif COVID-19 dan ujian swab telah pun dijalankan bagi penduduk yang tinggal di Blok B dan akan diteruskan pada penduduk blok yang lain.
Dengan kes yang dicatatkan ini, diharap masyarakat Malaysia lebih berjaga-jaga lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.
Demi membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia, pelakon Ummi Nazeera mengikut saranan kerajaan mengkuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.
Ummi berkata dia juga mengambil inisiatif sendiri dengan menjalani ujian saringan di hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Kepada yang pernah ke luar negara baru-baru ini, saya sarankan untuk buat ujian saringan Covid-19 ini walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) suruh kuarantin sahaja.
Ummi Nazeera membuat ujian ini secara pandu lalu sahaja , dan keputusan boleh didapati dalam masa 10 minit sahaja, tidak dinafikan harganya agak mahal tapi apa lah sangat dibandingkan dengan nyawa kita.
Dalam masa yang sama, Ummi sempat memberikan pesanan kepada orang diluar sana agar patuhi arahan pihak berkuasa andai kata tidak mahu menjalani ujian kesihatan jika ada travel sebelum ini.
Apapun, penulis setuju dengan Ummi Nazeera 100%, kalau ada duit travel tak kan tak boleh buat ujian Covid-19 ni kan.
Sumber : Instagram Ummi Nazeera
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang popular dengan lagu 1999, Charli XCX berdepan dengan kecaman peminat Taylor Swift kerana memanggil mereka ‘budak lima tahun’.
Dalam temu bual bersama Pitchfork, Charli yang juga merupakan persembahan pembukaan untuk konsert jelajah Reputation bersama penyanyi lagi Me! itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Saya sangat bersyukur bila Taylor mengajak saya turut serta dalam konsert jelajah tersebut. Tapi, sebagai seorang artis, ia terasa macam saya naik ke atas pentas dan melambai kepada budak berusia lima tahun,” katanya.
Seperti dijangka, Charli menerima banyak kecaman kerana mengeluarkan kenaytaan tersebut terutamanya daripada peminat Taylor yang turut dikenali sebagai Swifties.
Malah, Charli juga turut dihina dan menerima ugutan daripada netizen hanya kerana berkata demikian.
Susulan itu, Charli akhirnya tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Twitternya. Dalam keterangannya mengatakan bahawa dia ada menjelaskan maksud ‘budak lima tahun’ itu tetapi tidak disiarkan dalam berita tersebut.
“Cuma nak jelaskan, seperti yang saya katakan dalam artikel dan banyak kali sudah sebelum ini, saya sangat bersyukur kepada Taylor kerana menjemput saya untuk membuat persembahan pembukaan tersebut.
“Dia adalah salah seorang artis tersebar untuk generasi saya dan konsert jelajah Reputation merupakan salah satu konsert jelajah terbesar dalam sejarah.
“Dalam versi cetak, penceritaan saya mengenai konsert ini adalah lebih besar namun ia dipendekkan kepada ayat yang pelik.
“Sebelum konsert ini, saya sering membuat persembahan di kelab dan mempunyai penonton berusia 18 tahun keatas dan apabila berada di atas pentas dimana penontonnya pelbagai umur adalah sesuatu yang baru utuk saya membuatkan persembahan saya dipenuhi dengan tenaga yang berbeza-beza.
“Kebanyakkan saya banyak mengatakan betapa saya sangat bersyukur dengan Taylor kerana diberikan peluang ini dan sangat seronok kerana dapat buat persembahan di depan penonton yang berbeza.
“Mana-mana konsert jelajah mengajar saya banyak perkara. Seronok sekali melihat artis lain buat kerja mereka dan bagaimana mereka bercakap dengan peminat.
“Semoga penjelasan ini akan membuka mata anda mengenai temu bual itu,” tulisnya.
Terbaru, menurut laporan Sinar Harian Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan sedang merancang membina sebuah terowong dasar laut bagi sistem rel yang menghubungkan negeri itu dengan Dumai, Indonesia.
Ketua Menterinya, Sulaiman Md Ali berkata, jika mengikut perancangan jangka panjang, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka yang jaraknya sepanjang 47 kilometer.
Sementara itu, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Ab Raub Yusoh berkata, setakat ini sebuah firma telah menyatakan minat untuk membina terowong itu, tetapi projek tersebut tidak dapat dimulakan kerana ia memerlukan persetujuan dan kelulusan dari Kerajaan Indonesia.
Selain itu, firma berkenaan hanya bersetuju untuk menampung kos pembinaan 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
Sekiranya perancangan itu berjalan lancar, pembinaan terowong tersebut hanya akan mengambil masa empat hingga lima tahun sahaja.
Projek itu juga dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih tinggi bagi negeri itu di mana ketika itu Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang dilihat semakin meningkat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!