Senarai Hotel Di Malaysia Yang Bakal Ditutup Akibat Kesan Pandemik COVID-19

Share

Beberapa hari lepas kita banyak mendengar khabar tidak baik tentang industri pelancongan yang terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka berikutan pandemik COVID-19, terutamanya bidang perhotelan.

Menurut Berita Harian, Plenitude Bhd menutup sepenuhnya operasi tiga hotel milik syarikat mereka, selain mengecilkan operasi hotel yang lain.

Syarikat itu membuat kenyataan kepada Bursa Malaysia, menjelaskan bahawa antara hotel-hotel yang ditutup adalah seperti:

1. Mercure Penang Beach

2. The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang

3. Travelodge Ipoh di Perak

Selain itu, Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang baru saja beroperasi pada Januari tahun lalu terpaksa menutup hotel mereka berikutan terkesan dengan wabak COVID-19 ini juga.

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Jazz Hotel, dua buah lagi hotel yang dikendalikan oleh VHM Hotel Management Group, Penaga Hotel dan Jerejak Island Resort bakal ditutup.

Jerejak Island Resort

The Star

turut melaporkan Kinta Riverfront Hotel and Suites akan ditutup pada 30 April ini selepas 8 tahun beroperasi.

Impak dari COVID-19 yang melanda dunia memang amat besar dan memberi kesan paling teruk buat perniagaan seluruh dunia, terutamanya industri pelancongan yang dijangkakan mungkin menjadikan sektor terakhir yang akan kembali meningkat nanti.

Sebaiknya selepas situasi pandemik ini berakhir, sama-samalah kita menaikkan lagi ekonomi industri pelancongan tempatan dengan bercuti di dalam negara. Sebenarnya, masih banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang kita boleh kunjungi. Jadi selepas ini mungkin kita perlu merantau di negara sendiri, untuk membantu meningkatkan ekonomi.

Semoga semua pihak yang terkesan diberikan kesabaran dan didoakan agar industri pelancongan Malaysia dapat membangun semula.

Sumber: Berita Harian, The Star, New Straits Times

 

IKLAN