Seorang ibu, Wan Hasmiza Wan Ismail merayu agar saksi kejadian yang melihat kemalangan maut melibatkan anak sulungnya Nor Hafiz Hafizan Raja Nor Azuan, 19 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan tampil dengan segera bagi meredakan pertanyaan yang membelenggu jiwa raganya.
Mengidap kanser limfoma tahap dua a (bahagian limpa), Wan Hasmiza yang perlu menjalani kemoterapi saban minggu berkata, sejak kejadian menimpa anak sulungnya itu, dia selalu menangis.
“Hati saya tertanya-tanya. Kalau ada saksi kejadian, tolonglah tampil ke balai polis berdekatan untuk menjawap semua pertanyaan di hati saya ini,” katanya yang menangis tatkala dihubungi REMAJA.
“Siapa akan jaga Mama time Mama kemoterapi nanti, itulah pertanyaan Wan Hasmiza selepas pemergian anak sulungnya ini
Menurut wanita berusia 40 tahun yang terpaksa berhenti kerja Februari lalu berikutan kesihatannya semakin melemah kerana kanser, dia begitu terkilan kerana tidak sempat untuk menyambut ulang tahun ke 19 anak sulungnya itu.
“Semuanya sudah saya sediakan termasuk membeli makanan, penyediaan permainan malah pemilihan tema baju yang bakal disambut Ahad ini. Saya ingatkan untuk maklumkan pada anak hari Jumaat itu tetapi Allah lebih sayangkan dirinya,” katanya mengesahkan anaknya ditemui maut di Lebuhraya LDP itu malah orang awam datang ke rumah mencarinya bagi memaklumkan kejadian tersebut Khamis lalu.
Kata Wan Hasmiza, sekitar jam 11 lebih, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa anaknya kemalangan di Jalan Klang Lama dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya sudah hampir masuk tidur ketika itu ditambah rasa tidak sihat akibat kanser. Bila ketukan di pintu, pihak polis memaklumkan kejadian ini. Awalnya saya menyangka bahawa anak kemalangan biasa sahaja.
“Tapi selepas pihak polis pulang, saya ternampak seorang lelaki seperti mencari-cari rumah seseorang. Saya tegur dia, katanya dia mencari rumah Nor Hafiz. Bila saya kata saya emak Along, dia maklumkan anak kemalangan di Lebuhraya LDP tu dan mayatnya ada di lokasi kejadian.
Ads
“Mulanya saya tak percaya kerana pihak polis baru maklumkan lain tapi dia cakap dia bawa bukti iaitu kad pengenalan anak, ketika itulah saya mula rebah sehingga perlu dipapah. Kami bergegas ke lokasi kejadian dan benar Along sudah terbujur kaku,’ katanya terus menangis.
Pelajar Politeknik Shah Alam ini bercita-cita mahu mati syahid dalam melaksanakan tanggungjawab pada keluarganya
Jelas Wan Hasmiza lagi, dari cakap penunggang motosikal, mereka mengakui sudah mengalihkan motosikal Along dari lorong tengah ke tepi sementara mayat anak masih berada di lorong laju.
“Kalau diikutkan dari keadaan motosikalnya, ada besar kemungkinan dilanggar dari belakang. Siapa saksinya tolonglah tampil kerana ia memberi besar ertinya kepada saya,’ katanya lagi.
Menjelaskan kematian anaknya akibat kecederaan dalaman akibat langgaran, Wan Hasmiza menjelaskan bahagian kepala anaknya cuma ada sedikit luka. Tak ada patah di bahagian tubuhnya.
Ads
“Saya tak tahu sama ada anak terbabas atau dilanggar dari arah belakang. Saya mahukan sebuah jawapan. Kalau betul arwah terbabas tolonglah datang ke balai polis ceritakan situasi itu. Sementara kalau arwah dilanggar lari juga, tolonglah tampil. Ada saksi-saksi yang membantu berkata, mereka cuma nampak arwah anak terbaring di lorong laju sahaja dan mereka cuma menolong mengalihkan motosikalnya. Itu saja maklumat saya dapat,” katanya.
Tambah ibu empat anak ini lagi, arwah anaknya kini berada di Semester 3, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (bahagian pembungkusan) di Politeknik Shah Alam.
Dahulu arwah anaknya itu tinggal di asrama namun sejak dia perlu menjalani rawatan kemoterapi, Along meminta izin untuk duduk luar demi menjaga saya.
“Dialah yang masak di rumah bila saya tak sihat terutama lepas kemoterapi. Dialah sidaikan baju malah anak juga bekerja part time di Giant Kelana Jaya demi membantu kewangan keluarga kami kerana suami hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1500 sebulan.
Ads
“Kalau hari biasa Along kerja di Giant tapi hujung minggu arwah kerja tukang bancuh air di PKNS demi membantu saya,” katanya yang sehingga hari ini tidak mampu menjamah nasi kerana berasa kehilangan selain rasa terkilan.
“Hari kejadian, saya masakkan kari, lauk kesukaannya. Biasa lepas balik dari Politeknik, arwah akan makan nasi dahulu tapi pada hari itu, dia solat dulu. Makan pun tak sempat sebelum bergegas ke tempat kerja. Sebab itulah saya begitu terkilan kerana anak tak sempat jamah makanannya,” katanya memaklumkan, selepas kematian anaknya itu, barulah dia dapat tahu bahawa anaknya disayangi ramai termasuk bergiat aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan islam malah menjadi naib presidennya.
“Arwah selalu buat kerja-kerja dakwah selain sampaikan bantuan. Saya ingat lagi dia minta adiknya belikan cakera kosong untuknya. Malah dia minta adiknya bawa turun laptop, cd dan chargernya untuk dia siapkan perbentangan projek itu.Bila dia meninggal, barulah kawan-kawannya bercerita. Allah, mulianya hatimu nak!
Ibu empat anak ini diuji dengan kanser limfoma tahap dua dan perlu jalani kemoterapi
Jelas Wan Hasmiza lagi, anaknya itu selalu mengucapkan ingin mati syahid dalam mempertahankan keluarga ternyata menjadi kenyatan kerana anaknya itu pergi meninggalkan dirinya sekeluarga selepas selesai membuat kerja part time. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sedih, anak yang rapat dengan arwah iaitu Syakirah selalu menyebut dan bertanya di mana abang kesayangannya itu.
Bagi anda yang ada melihat kejadian kemalangan pada 18 Oktober lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan susur ke Lebuhraya Persekutuan, boleh hubungi Wan Hasmiza sendiri di talian 018-4675768. Bantulah ibu ini kerana dia mahukan sebuah kepastian.
Baca juga luahan hati Wan Hasmiza di fbnya:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Sweet Dreams sering kali trending setiap kali bersiaran di televisyen. Namun begitu, semalam penangan drama tersebut sedikit luar biasa kerana watak second lead iaitu Karl yang dilakonkan Sean Lee Jia Ern.
Di dalam episode 14, kelihatan Karl mengorbankan dirinya demi kebahagian orang tersayang membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.
Malah, ramai juga yang turut melahirkan keinginan untuk menemui cinta sebagaimana Karl mencintai Puteri yang dilakonkan oleh Mira Filzah dalam drama tersebut.
Sementara itu, turut menarik perhatian apabila Mira Filzah yang melakonkan watak Puteri memuat naik appreciation post terhadap watak Karl itu.
“I cried heavily right after this scene. WE cried heavily. Sampaikan @deq_yan tanya ‘kenapa Mira tak berhenti nangis? Kan dah cut dah?’.
“Lol. For me, saying goodbye to Karl is not easy. I put my heart and soul to “Putri”, and as Putri, I really love Karl so much.
“He’s a true best friend. A best friend that would do anything for his loved ones. Rest in peace Karl Khalif Abdullah. We love you. Everyone loves you,” tulisnya.
Pasti ramai yang rindu nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Namun di sebalik wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, pasti kita akan tertanya-tanya adakah kerajaan Arab Saudi akan memberikan kebenaran ibadah ini dilakukan tahun ini kerana wabak ini masih ada dan vaksin pun belum ditemui sangat membimbangkan dunia.
Berita baik untuk seluruh umat Islam di dunia, apabila bermula 1 November ini kita bakal dibenarkan mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dibuka secara rasmi. Namun mestilah berusia antara 18 hingga 50 tahun sahaja dibenarkan.
Bagaimanapun, dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19, terdapat beberapa arahan yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah. Antaranya:
1. Jemaah perlu menjalani kuarantin selama 3 hari sewaktu ketibaan di negara itu. Menerusi laporan Saudi Gazette yang memetik sumber Kementerian Haji dan Umrah, kesemua syarikat umrah perlu mematuhi peraturan kementerian dan mengawal kehadiran jemaah dari luar negara.
2. Jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.
3. Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.
4. Setiap jemaah perlu mendapatkan tempahan penerbangan pulang selari dengan program yang diluluskan.
Peraturan itu termasuklah tempahan bagi tempat penginapan yang komprehensif yang turut membabitkan sekurang-kurangnya tiga kali hidangan sehari sepanjang tempoh tiga hari kuarantin.
5. Syarikat umrah perlu mengesahkan segala maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah termasuklah tarikh lahir yang masuk ke dalam sistem umrah, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan.
Melalui sistem itu, data tiket penerbangan juga perlu ada dalam sistem, termasuk nombor tiket, nombor ketibaan pesawat, negara berlepas, masa dan tarikh pelepasan, negara ketibaan, masa dan tarikh tiba serta maklumat penerbangan lain.
6. Maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan juga. Ejen umrah asing yang bekerjasama dengan syarikat di Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk melengkapkan data ini malah berdepan dengan tindakan sekiranya terdapat maklumat tidak benar.
7. Jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan dan syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan.
Rindunya nak jejak kaki di Tanah Suci ni kan…huhuhu
Siapa tak seronok bila artis kegemaran kita follow kita balik di sosial media kan? Begitu juga dengan remaja yang berusia 18 tahun ini. Dirinya masih dalam separa sedar apabila notifikasi laman Instagramnya di follow oleh selebriti Hollywood Emma Watson. Ya! Emma Watson yang berlakon siri filem Harry Potter itu follow remaja yang bernama Nurul Syahira binti Mohd Nordin.
Menerusi keterangannya di laman IG Story nya, dan sedikit temu bual Bersama Remaja, Remaja, ikuti kisah bagaimana dia menjadi fames dalam masa beberapa saat setelah Emma Watson follownya di laman Instagram.
Bagaimana perasaan Sera masa tu?
“Serious Sera tak sangka yang Emma Watson akan follow Sera. Ketika itu pada bulan 12 tahun 2018. Terkejut jugak lah bila Sera dapat notifikasi Emma follow Sera. Masa tu Sera baru saja bukak account Instagram. Bila Sera tengok, ada 5 orang followers yang follow termasuk EMMA WATSON! Sumpah Sera terkejut. Lepas tu, Sera screen shot, dan jadikan ia post pertama Sera, sejak tu semua followers Emma Watson dari seluruh dunia ni start follow Sera”.
Macam mana keadaan Sera bila netizen start mengecam dengan mengatakan awak buat autofollow, beli followers dan hack IG Emma?
“Sejujurnya Sera sendiri tak tahu macam mana nak hack dan fungsi autofollow semua tu. Kalau dah tak tahu, macam mana nak buat kan? Biasalah dengan netizen tu. Sebenarnya, masa awal-awal pun dah kena kecam dah, tapi tak seteruk baru-baru ni. Tak tahan dengan kecaman netizen, Sera buat keputusan untuk DM Emma dan suruh dia unfollow Sera. Tapi, Emma tak notice lagi DM Sera tu”.
Alahai netizen ni, tak kisahlah Emma Watson ter follow ke, atau kena hack ke apa ke. Yang penting memang terbukti Emma Watson to follow Sera. Janganlah jealous dengan pencapaian orang lain.
Apa-apa pun, REMAJA salute dengan Sera sebab bukan senang selebriti Hollywood nak follow kita-kita yang biasa-biasa ni. Sera yang berasal daripada Pahang ini juga kongsi dengan kami bahawa dia amat berminat dalam bidang nyanyian. Pergilah check IG dia, banyak cover lagu best-best!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!