Lipstick atau gincu merupakan bff seorang perempuan. Alat solek basic yang wajib ada dalam beg kebanyakan wanita. Walaupun tanpa mengenakan solekan yang tebal, at least gincu bibir dapat menaikkan seri wanita untuk kelihatan lebih menawan.

Hari Wanita di sambut pada 8 Mac setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi. Tahun ini di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah : WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN

Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.

So, disebabkan lipstick merupakan bff wanita, kami kongsikan sejarah dan fakta mengenai lipstick ini…

1. Lelaki pada zaman purba Mesir juga suka memakai lipstick! Cara mereka mencipta lipstick dengan menggunakan semut untuk dimasukkan dalam formula.

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Fakta Dan Sejarah Lipstick Yang Korang Kena Tahu

2. Wanita zaman Roman pula, menggunakan wine merah sebagai lipstick. Sehingga kini, ramai menggunakan cara ni tau.

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Fakta Dan Sejarah Lipstick Yang Korang Kena Tahu

IKLAN

3. Terdapat jenama yang menggunakan plumbum dalam formula lipstick mereka. Kuantiti yang digunakan tidak cukup untuk membunuh tapi ia masih dalam keadaan membimbangkan.

4. Yup, perempuan banyak menghabiskan wang untuk membeli lipstick. Kumpul koleksi lah katakan…

5. Pakar kimia, Hazel Bishop yang mencipta lipstick anti-smudge. Terima kasih Hazel!

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Fakta Dan Sejarah Lipstick Yang Korang Kena Tahu

6. Pada tahun 1960, lipstick warna putih sangat popular ketika itu. Ianya merupakan trend kepada budaya Mod yang sedang menular.

IKLAN

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Fakta Dan Sejarah Lipstick Yang Korang Kena Tahu

7. Wanita yang memakai lipstick pada Zaman Pertengahan di England dianggap ahli sihir!

8.  Ada kajian mendapati lipstick mampu mengubah tanggapan lelaki terhadap seorang wanita, dari segi status, kekayaan dan kecantikan. Really?

9.  Ratu Elizabeth I sangat obses dengan lipstick sehingga membenarkan lipstick dijadikan sebagai mata wang.

IKLAN

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Fakta Dan Sejarah Lipstick Yang Korang Kena Tahu

10.  Jaga-jaga..lipstick memang ada tarikh luput. Lipstick yang telah digunakan selepas dua tahun boleh diucapkan selamat tinggal.

11. Wanita Perancis sangat obses dengan lipstick. Mereka dikatakan memakainya hampir tiap hari dan masa.

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Fakta Dan Sejarah Lipstick Yang Korang Kena Tahu

12. Lipstick pernah diharamkan dibeberapa buah negeri di Amerika Syarikat. Pada tahun 1915, negeri Kansas tidak membenarkan wanita bawah umur 44 tahun memakai lipstick.

Sumber : Wanista

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI